Wahabbi

Satu-satunya negeri di Malaysia ini yang majoriti penduduknya menganut fahaman Wahabbi ialah Perlis. Jika anda berkesempatan mengunjungi Perlis, kuatkanlah diri anda untuk cuba bersolat Subuh di mana-mana masjid atau surau sekitar Arau dan Kangar dan anda akan mendapati doa Qunut tidak akan dibaca oleh imam.

Begitu juga dalam beberapa ibadah lain seperti solat tarawih, lazimnya bacaan salawat akan dilaung oleh bilal setiap kali selesai dua rakaat solat. Di Perlis, ini tidak berlaku. Talkin selepas pengebumian juga tidak dipraktikkan.

Arab Saudi merupakan pendukung kuat fahaman yang diasaskan oleh Muhammad ibn Abd al Wahhab ini dan antara tokoh yang menganut fahaman yang memegang Al-Quran dan Hadis sebagai asas sebenar Islam ini ialah Osama Bin Laden.

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalam,

wondering why has this space for comments been left vacant all the while unattended.. (????)
anyway, the term 'wahabbi' is, to a great extent, a popularized rhethoric coined with by those ppl who especially find it hard to accept, share or at least open up to the way of reformation within the workscope of AQ and As-Sunnah. These ppl (wahabbi-name-calling mainstream)normally are the ones with blind obedience (taqlid) or any other reasons therefor.
O btw, found out you were with Uniten. Hmm.. I wonder how it has been hitherto since i left?
♡daisy♡ berkata…
Salam,

Memetik beberapa kerat tulisan saudara -

"Satu-satunya negeri di Malaysia ini yang majoriti penduduknya menganut fahaman Wahabbi ialah Perlis"

Mohon saudara jelaskan apa itu Wahabi yang penduduk Perlis anuti.

"doa Qunut tidak akan dibaca oleh imam" ,

" Talkin selepas pengebumian juga tidak dipraktikkan."

dan,

Mohon saudara perjelaskan apakah Sunnah yang kami ikuti ini wajar dikatakan sebagai Wahabi.

Saudara, blog saudara menarik dan membawa saya memahami isu politik DSAI yang sebenarnya. Barakallah, Teruskan perjuangan saudara selagi hayat dikandung badan.
Terbaru Lebih lama