Malamnya, saya bergegas ke Istana Budaya. Jemputan oleh bekas guru saya yang menawarkan tiket percuma pementasan teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak dapat saya tolak. Meskipun terlewat hampir 15 minit akibat kesesakan jalan raya, saya masih berpeluang memasuki Panggung Sari dan menikmati perjalanan teater hingga ke penghujung. Cukup menghiburkan!
Kerinduan terhadap telatah Budin dan rakan-rakannya menyakat warga flat Seri Wangi di warung Pak Uda akhirnya terubat. Teater ini banyak memberi impak yang begitu luas pada masyarakat.
Saya kira ramai antara kita membesar dengan gelak tawa dan suka duka penduduk flat Seri Wangi yang dipaparkan dengan begitu sinis.Teater dan muzikal digabungkan bagi memberi satu kelainan. Bukan sekadar berdialog, menurut apa yang saya baca dalam akhbar, barisan pelakon terpaksa menghadiri kelas vokal kerana mereka juga perlu menyanyi.
Bayangkan, untuk menonjolkan ekpresi dan mesej dialog dalam lagu bukan sesuatu yang mudah. Secara peribadi, saya merasakan pementasan ini sangat sesuai dan patut ditonton oleh semua golongan masyarakat.
Mengapa? Sudah tentu kerana kisah ini sendiri berkenaan dengan masyarakat dan persekitarannya. Adunan kehidupan ibu kota menjadi latar kisah. Memang mencuit perasaan saya melihat gelagat-gelagat dan kerenah penduduk Flat Seri Wangi. Watak Pak Uda tak henti mengeletek hati saya. Kini Pak Uda yang dilakonkan oleh Zami Ismail sudah pun tua. Semakin bongkok dari dulu.
tp takdela teresak-esak..cuma tersentuh..bimbang ia mungkin terjadi pada kita..
CINTA..tiada yang mustahil!
Terima kasih kerana...
part fasha-eizlan best apa..aku suka babak first date diorang..romantik gila dinner yg eizlan atur.
bahagian cerita Dian-Dhani memang paling mengharukan..air dicincang takkan pernah putus..hatta nyawa sekalipun sanggup dikorbankan..dan lagu Anggun tu..mistikal betul!
sama-sama...dan terima kasih atas sinopsis anda.
ada satu dua rangkap perenggan anda yang mana saya sependapat dengannya yang saya buat sedikit pengubahsuaian.
What made me a tad bit dissatisfied is the fact that they did not go deep in each story. I wish they'd focus more on the character's feelings instead of the storyline.
But all in all, I enjoyed it...and ada la sikit air mata keluar :)
aliaxox: yup.story dia memang more to feelings..most of the audience yg tgok dis movie akan tergerak emosi..adakala kita tak berapa faham apa yg cuba diceritakan tp sbb jalan cerita tu bermain dgn emosi membuatkan kita tak sedar ttg kekurangan tu. apapun, filem ni memang lain dari filem2 malaysia yg lain!