Jumaat lalu saya berpeluang mengikuti Bengkel Penulis Muda anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dan Konrad Adenauer Foundation (KAF) bertempat di Hotel Midah, Kuala Lumpur.
Program selama tiga hari ini antara lain bertujuan untuk melahirkan aktivis masyarakat yang mahir dan berkemampuan mengartikulasikan idea dalam pelbagai medium penulisan. Antara tenaga pengajar dalam bengkel ini ialah pemikir, Khalid Jaafar; budayawan, Hasmi Hashim; pengkritik sosial, Fathi Aris Omar; editor, Mustaqeem Mahmood Radhi; juga beberapa orang wartawan dari media arus perdana seperti Wan Hamidi Hamid dan Zin Mahmud.
Antara yang diajar ialah asas-asas penulisan seperti teknik memproses kenyataan media, latihan wawancara serta bagaimana menulis rencana, komentar dan ulasan seni yang baik.
Bengkel ini juga menemukan saya buat pertama kalinya dengan saudara Amir Sari, Aqil Fithri, Adihamka dan beberapa rakan bloggers yang lain. Saya juga berpeluang mengenali secara lebih dekat lagi antara lain penulis-penulis dari Komunite Seni Jalan Telawi seperti saudara Hasmi Hashim dan Fathi Aris Omar. Nyata, kesemua mereka mesra-mesra belaka.
Dan kemesraan itu terbukti sehinggakan proses perbincangan dan pertukaran idea antara pengajar dengan peserta bengkel mampu dihidupkan meski pun hanya dari dalam tandas!
Terima kasih mengajar aku cara menulis rencana tempoh hari. Banyak lagi sebenarnya yang aku kena menuntut dengan kau ni.
Amir Sari
www.amirsari.wordpress.com
saudara macho bangat..
saudari di sini jeles la...heehee.
Nanti aku kirimkan. Beserta dengan tugasan yang kau bagi tempoh hari.
Cayang:
terima kasih saudari..jejaka itu selamanya milik saudari..hehe