Suara Rakyat, Suara Keramat!

Petang tadi laungan keramat rakyat kembali bergema di Kuala Lumpur. "Gelombang Kuning" yang bertumpu di sekitar Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek dan kawasan pusat beli-belah SOGO jelas memberikan isyarat bahawa rakyat kini sudah mulai sedar dan muak dengan segala kebejatan dan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Saya kurang periksa dengan jumlah kehadiran tetapi apa yang pasti, puluhan ribu (ada laporan mengatakan mencecah 100,000) manusia tidak mengira bangsa dan agama kelihatan membajiri ibu kota negara untuk bersama-sama berhimpun bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Bersama dengan puluhan ribu rakyat, saya nekad meredah hujan untuk turut serta berarak menuju ke Istana Negara petang tadi.

Saya bersama dengan dua orang teman tiba di Masjid Negara sekitar jam 2 petang. Pasukan polis beserta dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah pun kelihatan bersiap sedia mengawal di hadapan masjid. Kami bertiga dilarang masuk dengan alasan bilangan hadirin yang ada di dalam masjid sudah terlalu ramai, pun begitu kami nekad dengan memanjat pagar di bahagian hadapan Masjid Negara.

Di dalam masjid terdapat ribuan manusia, majoritinya berbaju kuning dan kelihatan cukup bersemangat. Kami bertiga mengambil giliran untuk bersolat Zuhur sambil mengawal kasut, bimbang dikebas pencuri bertopengkan reformis. Dewan solat penuh dengan aktivis-aktivis yang bersolat sunat, berdoa dan berwirid. Di suatu sudut terdapat sekumpulan aktivis mengerumuni Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang. Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Isa serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Ustaz Badrol Amin.

Lebih kurang jam 2.30 petang, kedengaran bunyi riuh-rendah serta gema takbir berulang-ulang kali dari bahagian bawah masjid. Perarakan telah pun bermula! Puluhan ribu rakyat mula membanjiri jalan di hadapan bangunan Dayabumi sambil melaung-laungkan tuntutan demokrasi serta reformasi dalam pengendalian sistem pilihanraya negara. Jalan-jalan menghala ke Istana Negara ditutup dan perarakan berjalan lancar tanpa gangguan. Kenderaan-kenderaan di lorong bertentangan yang terperangkap di dalam kesesakan juga mulai membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada para aktivis.

Lebih kurang jam 3 petang, kami semua tiba di perkarangan Istana Negara. Polis dan FRU mengadakan sekatan di hadapan pintu utama Istana Negara. Waktu itu saya mendapat maklumat bahawa terdapat puluhan ribu lagi yang tidak dapat bersama-sama dengan kami kerana disekat oleh pihak polis. Khabarnya pihak polis menggunakan semburan air dan bom asap untuk menghalang perarakan rakyat yang berhimpun di sekitar kawasan Masjid Jamek.
 
Sekitar jam 3.15 petang, Haji Mohammad Sabu kelihatan memberikan ucapan sambil mengetuai para demonstran melaung-laungkan slogan anti rasuah serta menuntut reformasi sistem pilihanraya. Turut menyampaikan ucapan ialah saudara Badrul Hisham Shaharin, Tian Chua, Ustaz Salahuddin Ayub, Tuan Guru Datuk Seri Hadi serta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya menyeru agar para demonstran bersurai secara aman sebaik sahaja memorandum tuntutan diserahkan kepada wakil DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Perhimpunan kemudiannya mulai bersurai dengan aman secara berperingkat di mana kesemua demonstran berarak kembali menuju Masjid Negara. Ketika dalam perjalanan untuk ke Masjid Negara, suasana menjadi kecoh dan aliran pergerakan menjadi sesak apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul. Orang ramai mulai berebut-rebut mengerumuni beliau untuk bersalaman sehingga menyebabkan saya terpisah dari teman-teman dan terpaksa mengikut kumpulan yang mengiringi Anwar ke Masjid Negara.

Lebih kurang jam 4.30 petang, persekitaran Masjid Negara mulai dibanjiri oleh orang ramai yang ikut serta dalam perarakan aman. Saya menemui kembali dua orang teman yang terpisah ketika proses bersurai tadi.

Kami puas. Hari ini telah membuktikan bahawa bukan semua rakyat gembira dan bangga dengan penipuan dan pengkhianatan yang selama ini telah dilakukan oleh UMNO-BN dalam menerajui pentadbiran negara. Penyelewengan dalam pilihanraya merupakan antara taktik jahat dan kotor yang sering digunakan oleh UMNO-BN dalam mengekalkan kuasanya selama ini dan tindakan mereka itu telah dipertahankan secara bermati-matian oleh penyangak-penyangak UMNO dengan diketuai oleh menantu presidennya, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Apa yang pasti, ugutan serta amaran Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung UMNO semalam supaya rakyat jangan mencabar beliau dan kerajaannya nyata tidak diendahkan langsung oleh rakyat yang telah bosan mendengar penipuan demi penipuan pemimpin-pemimpin UMNO-BN.

Nah! Hari ini Kuala Lumpur kembali bergema dengan laungan "Hidup rakyat", "Reformasi" dan "Allahu Akbar"! Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar meski pun kedengaran berita tentang beberapa tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis, pun begitu khabarnya ramai yang telah pun dibebaskan. Terima kasih buat semua; rakyat marhaen yang sedar dan insaf, mahasiswa yang berani dan perkasa, sukarelawan Unit Amal PAS yang dedikasi dan tabah serta semua pimpinan yang sanggup berhujan bersama rakyat dalam menuntut kebebasan dan keadilan buat negara yang bertuah ini.

Suara rakyat, suara keramat! Hidup rakyat!

11 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tahniah Najwan dan rakan-rakan! dan syukur kepada Tuhan saudara selamat dan tidak di apa-apakan. teruskan perjuangan murni ini, insya'ALLAH kuasa rakyat akan mengalahkan kerajaan yang zalim dan tidak bermaruah !

AIC UK
iBNuZaCK berkata…
aaaa..sedap la orang kat Masjid Negara.FRU tak berani buat dajal sbb TG dan DSAI ada kat situ.Di Masjid Jamek habis hah kene sembur.

Tengok x RTM?Tadi Zam mengamuk kat Al-Jazeera.Emo semacam.haha.Terkejut kot rakyat buat tak endah dengan ugutan Pak Lah.Bohong Zam bila dia kata Polis tak buat kekerasan.kalau tak buat kekerasan,yang polis buat kat kami di masjid Jamek tu apa?Sampai habih muslimat menangis sakit.Azalina kata peserta bacul sbb demo di jalan.Aku kata FRU bacul sebab sembur cecair dan gas berasid pada orang tua,wanita dan kanak2.

Bohong RTM kata yang hadir cuma 4000 orang.Dekat Masjid Jamek je jumlah dia dah dekat 4000 dah.Tu branch je.Tak campur di masjid Negara,Sogo,Pasar Seni lagi.Aku bajet paling sikit 50k yang hadir.Tu pun,ramai yang tak mampu sampai ke Istana kerana sekatan polis.

Ok bro.Mission accomplish!Sultan terima memorandum. :D

DAULAT TUANKU!!
Tanpa Nama berkata…
FUCK! FUCK! FUCK! ANWAR IBRAHIM AL BONTOTI TU PATUT DITANGKAP KERANA CUBA NAK WAT DEMONSTRASI AMAN YANG KONONNYA AMAN LA TUH! MUKA DAH LAH PENIPU DAN SEMUA RAKYAT DAH DITIPU!!! NASIB BAIK PAKLAH DAN KHAIRY ADA JUGA RASA KESIAN, SO PEMIMPIN KITA NI CONSIDER BIARKAN MEREKA ANTAR MOMERANDUM! ITU PUN DIKATAKAN ZALIM?? WAK KEPAALA BUTO LA PAS, PKR DAN DAP!!!!
-Trojan of UMNO
Tanpa Nama berkata…
Celaka Trojan of UMNO...Go to hell you!...Pemimpin macam Pak Lah pun nak pertahankan ke..Dah lah lemah,lembik dan BODOH pulak tuh...setiap hari tengok muka..semakin benci...biar dia cepat mampus..
Tanpa Nama berkata…
Trojan, itu aje ke output yg orang pro kerajaan buleh bagi? FUCK dan BONTOT? Itu aje yang bermain dalam fikiran hang? Macam ini ke kami nak harapkan hang & kerajaan hang menguruskan negara kami nih?

Sekarang seluruh dunia nampak apa yang berlaku tau. Seluruh dunia nampak FRU yang tembak teargas dulu tau, bukan Gelombang Kuning yang memulakan keganasan, tapi polis. Trojan, hang boleh tipu diri hang sendiri, hidup dalam self-denial, tapi hang tak boleh tipu seluruh dunia.

To you all brave defenders of justice, Gelombang Kuning, I salute you! May Allah be with us always! Ameen!
Tanpa Nama berkata…
teringat lagu Bob Marley - Get Up Stand Up....heheheh...sori sbb x dpt join...aku dh kat kampung halaman time tuh...ape2 pun thanx to saudara najwan sbb slalu bagi live coverage kat aku thru henfon...dun weri...kite dh ade kat landasan benar...kerajaan dh mula gentar
Tanpa Nama berkata…
UMNO=RASUAH
UMNO=PENGAMPU
UMNO=JILAT BUNTOT
UMNO=BERJUANG UNTUK DAPATKAN PROJEK!
UMNO=GADAI NEGARA!
UMNO=MAKAN DUIT RAKYAT!
UMNO=MEROSAKKAN MELAYU!
UMNO=PEKIDA

Takyah layan budak si Trojan tu..upahan UMNO! brapa hang dapat trojan?
Tanpa Nama berkata…
Nice demonstration. Glad it can be done peacefully and without any complication, but only at the beginning. I don't know who started the fire, FRU or the demonstrators, as I'm not there. By the way, I hate to follow those kind of demonstrations.

Enough with the demonstration. More important is, the memorandum had been passed to the Sultan. As long as they (Majlis Raja2) have healthy brain, not senile, they sure can understand most of us.

We need clean election. No more corruptions. It's very hard to get. But not impossible. As long UMNO is still here (and still quite strong), there will be a very slim chance to get it.

Above all, these are only my personal opinion. I'm not related to any politic organization and what so ever. All neutral. What I hope is only peace in our country and re dominate our own country that has been crowded by Chinese and other races. Yes, I'm a racist, but a racist with good heart.
Tanpa Nama berkata…
Najwan, CGPA brape? Nak jadi pemimpin kene bijak.. Dgr2 CGPA tu cukup MAKAN je.. Khairi tu KONONnya CGPA beliau rendah tapi Grad dari OXFORD.. Ranking num 3 this year..

Uniten top 500 pon xde.. Xyah cite la CGPA die brape.. Dah masuk OXFORD tu pon dah kire bagus.. Saudara boleh masuk ke? Komen orang nombor 1.. Semua orang die nk tibai.. Skrg nk komen MENTERI.. Dahsyat Dahsyat... Ilmu tu dh cukup tinggi ke? Seluar dalam beli sendiri ke Mak yang beli lagi??

Kalau nak tahu, orang Yang ade PPE( Phils, Politic n Economy) boleh kire dgn jari kat Malaysia ni.. Termasuklah KJ..

Kalau nk compare saudara grad dengan Degree M.E dr Uniten tu macam langit dengan bumi...

Cukupkan ILMU tu dulu NAJWAN.. Jangan pandai komen dan menulis je, tapi xblh nak deliver..

Kalau rase diri tu hebat sgt ganti lah tempat NAzri tu.. Nk bertanding MPP di Uni sendiri pon kecut ni nk tunjuk pandai pasal politik..
Tanpa Nama berkata…
Tinggal 2 sem je lagi.. Make sure x kene buang.. Abg Najwan ni kene cover sket.. Risiko pon risiko jgk, if kene buang dah x gune.. Mmg lah perjuangan, tp tgk mahasiswa2 yg dibuang Uni semasa Reformasi dulu, ape jadi dgn mereka skrg?? Take Care...
Tanpa Nama berkata…
Najwan!!!

Saya mendengar khabar bahawa Penglibatan saudara di perhimpunan haram telah diketahui oleh Pihak Universiti. Mereka mempunyai bukti mengenai penglibatan saudara pada hari tersebut berdasarkan gambar-gambar yang diambil.. Dinasihatkan jikalau ada gambar-gambar yang boleh menjadi bukti, sila lenyapkan..

Semoga Allah menlindungi saudara

-salam perjuangan-
Terbaru Lebih lama