Apa Ada Pada Nama?

“Hanya orang Islam boleh menggunakan ‘Allah’. Ia perkataan dalam Islam. Ianya dari (bahasa) Arab. Kita tidak boleh biarkan agama lain menggunakannya kerana ia boleh mengelirukan orang ramai."
-Datuk Johari Baharum, 21 Disember 2007

Di atas merupakan petikan kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang dilaporkan oleh Malaysiakini baru-baru ini berhubung dengan syarat baru yang dikenakan oleh kementerian tersebut terhadap sebuah akhbar mingguan, Herald.

Herald yang merupakan akhbar rasmi Gereja Katholik di Malaysia, menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya, kerana dikatakan telah menggunakan perkataan "Allah" bagi merujuk kepada "God" dalam seksyen Bahasa Malaysia akhbar tersebut. Menurut Johari, keputusan itu dibuat berasaskan kepada satu laporan yang dikemukakan kepada jabatan penerbitan di kementerian berkenaan.

“Herald boleh guna perkataan lain, tetapi bukannya ‘Allah’. Itu akan mengelirukan orang ramai," tegas beliau.

Sebetulnya, saya agak terkejut dan sedikit gerun ketika meneliti laporan ini. Apakah ajaran Islam sebegitu eksklusif sehingga melarang penggunaan perkataan "Allah" di kalangan bukan Islam? Sepanjang saya mendalami ajaran Islam, belum pernah saya menjumpai dalil atau nas berkenaan dengan perkara ini. Ketika mengikuti kursus Tamadun Dunia beberapa semester yang lepas, saya dapati ajaran Kristian dan Yahudi itu sendiri sememangnya berakarkan kepada ajaran tradisi yang diwarisi dari Nabi Allah Ibrahim a.s. iaitulah kepercayaan kepada tuhan yang satu. Islam seterusnya diturunkan sebagai pelengkap kepada ajaran-ajaran terdahulu yang disampaikan kepada beberapa orang nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW.

Saya pernah mendalami kitab Bible beberapa tahun yang lalu dan masih lagi menyimpan nashkah terjemahan New Edition dan juga terjemahan versi King James. Beberapa catatan di dalam Bible menyebut tuhan dengan nama "Yahweh" dan "God". Jika anda menonton filem The Passion Of Christ (arahan Mel Gibson), ketika babak yang menggambarkan Nabi Isa a.s. mati disalib, baginda menyeru tuhan dengan panggilan "Eli" yang membawa maksud "God" di dalam bahasa Inggeris.

Dan alasan Johari bahawa perkataan "Allah" berasal dari bahasa Arab dan dari itu tidak boleh digunakan oleh kalangan bukan Islam sememangnya tidak boleh diterima dan nyata tidak berasas. Bagaimana jika sekiranya seorang Arab itu menganut ajaran selain dari Islam, maka apakah Johari ingin melarangnya dari menggunakan perkataan "Allah" juga?

Apa ada pada nama sebenarnya? Apakah Johari tidak tahu bahawa nama "Allah" itu hanyalah pelabelan pada sesuatu yang kita ketahui sebagai Tuhan. Ianya sama dengan Yahweh, Jehovah, God atau Eli. Dan jika sekiranya Herald menukar penggunaan nama "Allah" dengan nama "Ar-Rahman" atau "Al-Haq", apakah Johari akan melarang juga?

6 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ekslusiviti..

non sense..

ini satu contoh orang melayu yang menganggap arab = islam..

sedangkan arab juga ada yahudi dan kristian..

orang arab (muslim, kristian, mahupu yahudi) juga menyebut Allah, yakni tuhan..
Tanpa Nama berkata…
Aku setuju ngan cakapbelakang..!

Yang penting mereka semua agama dari wahyu Allah SWT. tak kira kalu mereka mahu guna nama Allah atau tidak. Di dalam Yahudi Allah di pangil Jehovah, Ellah, El...

-Kakiberuk
Tanpa Nama berkata…
Once the name Allah was clearly printed in the old King James Version Bible, this was pointed out by Muslim scholar Shaikh Ahmed Deedat, because he knows we're talking about the same one God. Unfortunately, after a while, the Church publisher managed to erase the name Allah from newer Bibles, another blatant erudition on their part.

Iblis the Reprobate, tries so hard to erase the name of Allah from human lips and by far, from human reading and remembrance. He would very much like to thank Johari Baharum, for obliging the task of making Man forget about his true Creator, Allah.
Tanpa Nama berkata…
On a related note : http://www.othermalaysia.org/content/view/140/1/
Yusmir Yusop berkata…
Macam ulamak pula dia(johari) memutuskan begitu ya?

Sombong dan bodoh.Mana ulamak yang nak counter balik ni???

Astaghfirullah.
Tanpa Nama berkata…
I personally think that, the used of Allah in the bible will not cause confusion among muslim or any other monotheism religion.its just a matter of language used to refer to the only one GOD

As a muslim,we believe theres only one god, which is Allah, which created the humanbeing. Therefore, as for the Christian, they are also refering to the same God (as the muslim), unless if they are refering to the son of God, then it is not Allah, as for the muslim, we believe that Allah do not bare child.

112:3 "He begets not, and neither is He begotten - Al-Ikhlas (The Purity).

I think, we should not make a big fuss over this matter,if we studied in detail of every monothiesm religion, we will find out that, theres only one god that created mankind, which is the only superior GOD (no matter what language u used to call him).
Terbaru Lebih lama