The Rock- Master Mister Ahmad Dhani I

Saya baru selesai mendengar album terbaru pemuzik genius Indonesia, Ahmad Dhani. Album Master Mister Ahmad Dhani I ini memuatkan 10 buah lagu yang mana antaranya lagu-lagu yang pernah dirakam oleh kumpulan Dewa 19 seperti Arjuna dan Kasidah Cinta serta lagu Rahasia Wanita yang pernah dinyanyikan oleh Ari Lasso.

Lagu Kamu Kamulah Surgaku, Munajat Cinta, Aku Bukan Siapa Siapa dan Dimensi merupakan antara lagu baru yang dinyanyikan oleh Dhani. Saya kurang mahir mengulas dari segi susunan muzik dan lagu, pun begitu sebagai seorang peminat muzik yang buta seni, album ini nyata menonjolkan kelainannya yang tersendiri. Karisma serta wibawa Dhani sebagai seorang pemuzik yang idealis jelas terlihat dalam album ini.

Lagu Kamu Kamulah Surgaku cukup romantis dan syahdu. Saya menjangkakan ianya sebuah lagu slow rock pun begitu, sebaik melangkah masuk ke fasa korus, rentak lagu berubah keras. Kekuatan lagu ini sememangnya bersandar pada susunan lirik yang puitis.

Sebuah lagi lagu yang saya jangkakan bakal hits di corong-corong radio di Malaysia selepas ini ialah Munajat Cinta. Lagu ini menceritakan luahan serta munajat seorang hamba yang kesepian dan memohon kepada Tuhan supaya dikurniakan kepadanya seorang kekasih yang baik dan menyayangi dirinya seadanya.

Lagu Aku Bukan Siapa Siapa juga punyai auranya yang sendiri. Awal liriknya berupaya menaikkan mood saya untuk mendengar lagu ini hingga habis dan diulang dengar sekali lagi kemudiannya. Dhani turut menyelitkan sedikit elemen ska di dalam lagu ini. Jika anda terbiasa mendengar lagu Dewi (nyanyian Dewa 19), maka anda akan menyedari bahawa ada kesamaan pada penekanan strok drum di pengakhiran lagu. Lagu Aku Bukan Siapa Siapa turut dirakam dalam versi sentimental yang cukup mengasyikkan dan turut dimuatkan dalam album ini.

Lagu Kasidah Cinta, Aku Cinta Kau dan Dia, Rahasia Perempuan dan Arjuna kesemuanya diberi nafas baru dalam album ini. Jika dahulunya lagu Aku Cinta dan Dia dinyanyikan oleh Ahmad Band secara perlahan dan sentimental, Dhani kini merancakkannya dengan elemen rock yang bersifat sederhana. Lagu Rahasia Perempuan yang dirakam dalam dua versi juga dirancakkan dengan lebih catchy dan memberahikan! Pun begitu, versi slow lagu ini nyata lebih seksi dengan elemen jazz yang mantap.

Lagu Kasidah Cinta turut dijazzkan oleh Dhani, menjadikan lagu ini antara yang paling memberahikan dan sering diulang dengar oleh saya. Lagu Arjuna menutup album Master Mister Ahmad Dhani I dengan cukup simbolik. Lagu ini dinyanyikan secara bersahaja dan turut diselitkan sedikit unsur reggae dan world music.

9 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
inilah dia contoh pemuja yahudi sejati. anwar pengikut yahudi dan penyokong2 anwar pun pengikut yahudi jugak!

woi budak! ko tak tau ke dewa ni agen yahudi hah? ahmad dhani ni pun ada darah yahudi ko tau tak!!!

patutla, budak2 keadilan ni semua rupanya berkiblatkan yahudi. falsafahla, nahdahlah apalah..ni semua agen asing yahudi ni!

pegi jahanam la sama pkr, pas dan dap! semuanya nak jual negara kepada kuasa asing!!!

-ANAK MELAYU UMNO SEJATI
Unknown berkata…
anak melayu umno sejati :
ya.. ada betul dan salahnya.
ahmad dhani mmg berdarah yahudi. dan as i know, lagu2 yg dia ciptakan pun ada unsur yahudi. but, sbg orang yg berilmu tinggi dan beragama.. tentunya kita tau mana yg boleh diikuti dan tidak. so, biarkan orang berkreasi.. ahmad dhani bukan menghipnotis orang2 yg mendengar lagunya. dia hanya berkreasi.
Tanpa Nama berkata…
kepuasan maksimum selepas Bintang 5. Sangat best~!
Tanpa Nama berkata…
pepatah melayu lama pernah menyebut,

"bengap macam amno"
Ibnu_Ismail berkata…
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5202&mode=&order=0&thold=0

ape pendapat najwan?
Najwan Halimi berkata…
Aiman,

Isu "keyahudian" Ahmad Dhani ini sebetulnya sudah reda dan mulai ditimbulkan kembali akhir-akhir ini.

Persoalan sama ada Dhani punya darah Yahudi bagi saya tidak seharusnya berbangkit dalam konteks kita menilai kreativiti seni seseorang.

Sepanjang mengikuti perjalanan seni Dhani dan Dewa semenjak dari tahun 1999, saya tidak pernah terjumpa mana-mana hasil seni beliau yang menyeru pemujaan dan kecenderungan terhadap Zionisme dan Israel.

Benar, Dhani diketahui sebagai cukup bangga dengan titisan darah Yahudi dalam tubuhnya yang diwarisi dari moyang sebelah ibunya, Joyce. Sebagaimana sesetengah Melayu yang cukup bangga dengan darah Melayunya dan sang Arab yang cukup taksub dengan kearabannya maka begitulah normalnya Dhani juga.

Saya merasakan perlu ada satu titik perbedaan dalam kita bercakap soal Palestin-Israel iaitulah dalam konteks Yahudi dan Zionisme. Hakikatnya, tidak semua Yahudi itu berfahaman Zionis. Begitu juga Melayu; tidak semua Melayu itu berfahaman UMNO.

Janganlah kita terlalu taksub dengan label kebangsaan sehingga kita hilang punca dan rasionaliti.
Muhammad Asad, penulis buku The Road To Mecca dan penterjemah Al-Quran yang masyhur itu (Message of The Quran) merupakan seorang Yahudi. Maka apakah jadi kesalahan jika manusia itu dilahirkan sebagai Yahudi?
Tanpa Nama berkata…
Guys.. Buat di Indo sendiri anak muda urbannya banyak yang lebih suka musik dari minor label seperti dari minor label aksara.. Seperti band The Cinnamons, Whiteshoes, Float.. Ada beberapa yang sudah international claim di musik indie.. Coba deh.. siapa tau lebih tertarik
lisnosetiawan berkata…
We take positive. Ahmad Dhani kita harus akui sangat bagus buat lagu. Dan Dhani berhasil mendekatkan jarak persaudaraan Indonesia dan Malaysia. Yahudi hanyalah suku bangsa. Belum tentu kita lebih baik daripada dia.
ametzer berkata…
Isu yahudi ni tak perlu ditimbulkan balik.,Kita mendengar guna otak..so xmudah nak terjerumus..tapi pe yg aku nampak,dhani pnye lirik takde menyentuh bab2 keyahudian pon..jgn confident sangat dengan satu risalah yg kita baca..jangan suka sgt mengkafirkan org..menyahudikan org..takot kita yang murtad..jaga agama..jaga diri..
Terbaru Lebih lama