Jadual aktiviti semalam agak padat. Syarahan Khalid Jaafar tentang ASEAN Baru sedikit berat dan sesi diskusi tentang syarah tersebut seakan mencabar semangat minda saya. Rata-rata para peserta lebih teruja menunggu slot diskusi seterusnya kerana yang bakal mengendalikannya ialah Anwar Ibrahim.
Anwar melalui sesi diskusi buku Asian Renaissance petang semalam nyata tidak menghampakan. Beliau mengulas sumbangan beberapa tokoh penting kebangkitan Asia seperti Jose Rizal, Tagore dan Iqbal serta menekankan akan pentingnya kebebasan serta keadilan dalam membentuk masyarakat dan negara yang bermaruah.
Di sebelah malamnya, para peserta dijemput oleh Anwar untuk ikut serta menghadiri majlis makan malam anjuran KEADILAN Sabah di Hotel Magellan Sutra di Kota Kinabalu untuk memerhati secara langsung bagaimana Anwar selaku seorang pemimpin berdialog dengan kelompok profesional dan intelektual Sabah berkenaan dengan isu ekonomi, keadilan dan kemanusiaan sejagat. Beliau turut menyatakan bahawa beliau optimis bahawa KEADILAN punya harapan yang agak cerah di Sabah.
Dan yang paling menarik perhatian saya di sini ialah laporan berita di akhbar. Kebanyakan akhbar di sini nyata berbeza dengan yang di Semenanjung kerana setiap aktiviti Anwar turut mendapat liputan dan perhatian masyarakat. Alangkah baiknya jika ini berlaku di Semenanjung!
Wah, nampak hebat saudara ya.. hehehe.. Tahniah.. Semoga banyak ilmu yang saudara dapat manfaatkan semasa disana.. Diharap nanti, dapatlah saudara kongsi kepada kami disini.
Baru-baru ni saya dengar DSAI ada pergi ke India. Media dan blogger banyak mempersoalkan tindakan beliau yang dikatakan menyokong P.Uthayakumar (HINDRAF).
Boleh saudara Ulas?
Sebenarnya saya lagi bertambah2 keliru dengan tindakan DSAI dan pendiriannya terhadap tindakan Hindraf.
Pihak PAS sudah menyatakan pendirian mereka dan saya amat berpuas hati.
Kalau terjumpa DSAI boleh tolong tanye kan? Kerana terlalu ramai ahli2 parti yang keliru dan sedikit kesal..
Sekian.
-KERIS KETUANAN UMNO
Aku bukan taksub dengan DSAI,tapi aku hormat dia macam aku hormat Tun M dan pemimpin pragmatik lain.Bukan semuanya tak elok.Ada yang elok dan tak elok.Apa salah ikut cakap Yahudi kalau orang Islam tu sendiri tak betul dan orang Yahudi tu membetulkan?
Awak pun sekarang pakai produk-produk Yahudi,jadi cakap siang pandang-pandang,Keris.Tanya KJ dia minum Coke tak?Makan kat hotel tak?Haha.
Salam.
-KERIS KETUANAN UMNO
That why Kerajaan membuat satu konspirasi bagi menjatuhkan Anwar dengan menuduh beliau macam2 perkara pada 1998. Ia bagi menyelamatkan negara dari Dipimpin oleh PM yang mengikut telunjuk Yahudi..
Hubungan akrabnya dengan Washington dan Zionis sentiasa diragui oleh kerajaan. Duit pergerakan PKR pon pernah ditaja oleh George Sorros.. MENGAPA??
Maksud aku,PM mana yang tak pernah nak ikut telunjuk Yahudi?Khairy yang ko idamkan jadi PM tu (Khir Toyo cakap:langkah mayat aku dulu)tak akan dengar cakap Yahudi?Realiti dunia sekarang semuanya mainan Yahudi.
Pada aku DSAI seorang pemimpin yang pragmatik.Dulu macam2 orang tuduh dia peliwat la,rasuah sampai 2 3 tuduhan tapi akhirnya dakwaan tu gugur macam tu je(lepas tukar PM).Dan Keris kalau nak cakap Khairy tu lagi pandai dari Tun M,cakap kat Khairy minum susu Dumex campur Spirulina bagi lagi pandai.Baru setahun jagung nak tunjuk terer.Tak ada Tun M+Anwar,Malaysia ni macam kuman je di mata dunia (positif).
Khairy tak tunjuk terrer, korang jek dengki kat dia. Khairy akan membawa Malaysia ke arah kemajuan dan tolak rasuah bersama Pak Mentua. Orang cakap Paklah ikut cakap Khairy? apa salahnya...dia mengaji di Oxford, dia lebih tahu!
-Keris Ketuanan UMNO
memberangsangkan.
utk penyokong UMNO, knp ckp guna bhs yg kasar. knp harus pakai emosi?
ckp baek2 pon semua org paham.
aku bukan penyokong PAS atau apapun la nama parti kat msia tu.. tapi, aku suka kat Anwar Ibrahim. tu je.
apa yg korg gaduhkan, aku tak faham.. tapi aku NAK JUGAK BAGI KOMEN. haha..
Aku:Khairy tak ada lah baik sangat.
KKU:"dia mengaji di Oxford, dia lebih tahu!"
Aku:Kalau aku mengaji kat UM,aku tak pandai?Tak tahu?
Orang berbudi kita berbahasa.Aku ni jenis orang kenal budi.Che Det buat salah aniaya orang,itu antara dia dengan Tuhan.Tapi banyak jugak sumbangan dia terhadap dunia Islam tu sendiri.Kamu ni sibuk2 pasal bangsa kamu kat Malaysia ni tapi saudara Muslim kamu di tempat lain di dunia ni melarat.Jangan jadi jaguh kampung.Orang melayu pun umat,orang Afrika pun umat,Orang Yahudi,Nasrani bahkan semuanya Umat Muhammad SAW.Jadi jangan taksub sangat dengan kaum kaum.Kaum kamu bukan hebat sangat pun.
Jangan tanya kenapa mendung di langit tapi tanya di mana kejayaan menanti.
Baguslah kamu ada semangat untuk bangsa kamu,orang macam ni memang patut ada.Tapi janganlah sampai terlalu taksub dengan pemimpin kamu.Esok2 dia jatuh atau mati nau'zubillah,kamu nak sokong sape plak?Nak up sape?Guna akal yg waras utk menimbang sesuatu maklumat.Cari sumber2 yg sahih.Taklid pada suatu sumber je,tu yg kamu jadi 'hebat' sangat.
Al-Quran yg bermukjizat tu pun disempurnakan dengan hadis dan kias serta ijtihad dari para sahabat,tabiin dan ulamak.
Tepuk dada tanya selera. :)