GASAK: Kempen Boikot Media Bermula

Utusan, New Straits Times (NST) dan rangkaian media yang sealiran dengannya sewajarnya merasa gusar. Ini kerana semalam, bertempat di Bangsar, beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas inisiatif Institut Kajian Dasar (IKD) telah bersepakat menubuhkan Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) yang akan mengetuai kempen sehingga akar umbi untuk memboikot kedua-dua akhbar tersebut (Utusan dan NST).

Menurut Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif IKD, kempen boikot ini mensasarkan semua produk percetakan dua kumpulan akhbar terbabit termasuk akhbar Berita Harian kerana kedua-dua kumpulan percetakan ini dibayangi dan 'dipelihara' oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Saya sememangnya sudah mengamalkan perkara ini sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak membeli, tetapi hanya membacanya melalui internet. Bagi saya, adalah suatu pembaziran jika membeli akhbar yang sememangnya diketahui jelas tidak punya kredibiliti dan ketelusan.

Kempen yang sama seingat saya pernah juga dilakukan menjelang pilihanraya umum pada tahun 1999, ketika mana amarah rakyat masih hangat lantaran pemecatan dan kezaliman yang dilakukan kerajaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika itu, ayah dan saudara mara saya yang kebanyakannya merupakan penyokong setia UMNO turut ikut memboikot akhbar Utusan, Berita Harian dan NST sebaliknya akhbar-akhbar serta majalah-majalah alternatif dan yang bersifat bebas seperti Harakah, Tamadun, Wasilah, Detik dan Eksklusif yang menjadi ganti. Dan dari situlah saya mulai belajar tentang erti kebebasan akhbar dan ketelusan maklumat.

Dan momentum kempen boikot tahun 1999 itu mulai susut kemudiannya ditambah dengan situasi peralihan kuasa Perdana Menteri, dari Tun Dr. Mahathir kepada Datuk Seri Abdullah Badawi. Abdullah sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri mulai dicanang sebagai pemimpin yang bersih, telus dan mesra kepada kritikan dan teguran. Pun begitu, apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.

Jika Mahathir dilabel sebagai musuh utama kebebasan media, Abdullah juga sebenarnya tiada banyak beza. Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan sehingga kini masih belum mendapat permit penerbitannya meski pun sudah memohon sejak dari tahun 2005 lagi.

Pun begitu, sebuah akhbar baru berbentuk tabloid, Sinar Harian kini sudah mulai memahat nama setaraf dengan akhbar-akhbar seperti Harian Metro dan Kosmo. Sinar Harian, akhbar terbitan Kumpulan Karangkraf ini tidak berapa lama dahulu telah dibidas oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat kerana meski pun baru beroperasi namun sudah menunjukkan sikap berpihak (kepada UMNO) yang keterlaluan. Nik Aziz turut meminta semua ahli-ahli dan penyokong PAS supaya menjauhi akhbar tersebut sambil menyifatkannya sebagai sengaja hendak menimbulkan suasana ketidaktentuan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan.

Apa yang pasti, kempen boikot media yang diterajui oleh GASAK ini seharusnya dilihat sebagai suatu pendekatan alternatif yang terbentuk hasil dari momentum kebangkitan rakyat yang dibuktikan pada Perhimpunan Aman BERSIH tiga minggu yang lalu. Jika sekiranya tuntutan untuk mendapatkan lebih akses kepada media tidak mendapat apa-apa respon, maka langkah seterusnya ialah dengan meminggirkan dan menyisihkan akhbar-akhbar perdana yang bersifat bias dan mencemar etika kewartawanan sebenar.

Jika mereka boleh memesongkan fakta kehadiran perhimpunan 10 November lalu dengan melaporkan hanya 4 ribu orang sahaja yang hadir, maka tidak mustahil mereka akan merancang penyelewengan maklumat yang lebih teruk lagi selepas ini, khususnya tempoh masa menjelang pilihanraya umum akan datang.

4 Ulasan

i1chocolat berkata…
Utusan Malaysia -
Penyesat Fikiran rakyat ..

^ Spot on ! ~
Tanpa Nama berkata…
kepada pembangkang,

Secara logik lah eh.. kalau anda memiliki syarikat akhbar sendiri, adakah anda akan backfire syarikat anda sendiri?? Dah invest duit banyak2 pastu nak bunuh diri sendiri..

Adakah anda akan memburukkan diri anda sendiri didalam akhbar anda sendiri??

If u all pembangkang nak dapat coverage dalam surat khabar or berita, saya nasihatkan kumpul duit banyak2 buat station TV n print Harakah tu daily..

Kalau dah dapat buat, haa gasak lah nati cerita pasal korang..

Ini surat khabar pembangkang pon seminggu skali or 2 bulan sekali..

Orang bace 1 harakah seminggu, dan 7 Utusan seminggu..

Cam mane nak lawan beb..

Saya x nafikan harakah tu padat dgn maklumat.. Tetapi 90% maklumat MENGHENTAM KERAJAAN.. U all ingat orang Malaysia ni semue suke ke bace pasal Politik

Dalam main stream media, mmg lah bias tapi berita KUTUK MENGUTUK NI 10% je.. Kadang2 xde pon!!

Only a few people je yg suke politik.. Byk lagi isu semasa yang perlu di laporkan.. E.g Jenayah, sukan, luar negara, kesihatan, ekonomi.. Ni politik, kutuk, politik.. Balik2 tu je.. Dah lah mahal.. RM 2.50!!!

Boleh kalau nk beli surat khabar pembangkang je.. Tapi mati lah negara.. Orang semua tak tau pape.. Tahu cite politik je..

Jadi saya ingin mencadangkan kepada pembangkang lah supaya diversify your newspaper..

Barulah semua lapisan masyarakat boleh terima dan beli
i1chocolat berkata…
Lol lawak la saudara 360degree nih.
Bukan PAS tanak kerapkan keluaran Harakah, tapi kan dah kena sekat?? Now hanya boleh sebulan dua kali sahaja, daripada yg sebelum ini seminggu sekali .

Nak dapatkan permit untuk mengeluarkan suratkhabar dan majalah baru ? Lol dah berabuk byk dah anto borang, tapi semua tak lepas ..

Lain la klau media hok belah sana, blum sempat minta permit dah permit diberi . Kenal akhbar SInar ??

Sebenarnya tokoh² pembangkang (as u'd like to call it) ada juga menerbitkan buku berbentuk ilmiah, especially mengenai buku² mengenai Islam . Berminat ? Sila lawati harakahDaily atau beli suratkhabar Harakah, ada disenaraikan tajuk buku, beserta dengan ulasannya sekali .

Regards .
Ibnu_Ismail berkata…
Salam.

Kepada 360 degree,
Sejujurnya kami kasihan dengan orang seperti anda. Ditipu oleh PEMERINTAH hidup-hidup. Anda membaca Utusan MONYET dan rakan-rakan monyetnya, hasilnya komen saudara itu sendiri. tentang TV, radio, harakah secara daily, barangkali anda kena kembangkan minda anda sikit. Jangan ditipu lagi. Kasihan orang seperti anda. Tanpa disedari anda sedang ditipu hidup-hidup.

Najwan, apa kata company-company pun boikot dari buat iklan kat media penipu ni? mungkin lebih berkesan...
Terbaru Lebih lama