Semalam, bertempat di pejabat ibu pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Putrajaya, sekumpulan mahasiswa melalui satu sidang media telah mengumumkan penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Parti yang ditunjangi oleh aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) ini berhasrat untuk meletakkan calon bebas di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum akan datang atas alasan hilang kepercayaan pada parti-parti serta pemimpin politik di negara ini.
Menurut jurucakap PMN, Meor Ispandi Meor Azizan, parti tersebut menghimpunkan beberapa ratus pelajar dari pelbagai univerisiti tempatan yang mahu melihat perubahan dalam lanskap politik negara. Tegas beliau:
"Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.
Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas. Perbincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak."
Tambah beliau lagi, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik.
Apakah ini petanda kebangkitan anak muda? Atau sekadar retorik kosong dan usaha meraih publisiti murah menjelang pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Saya sebetulnya ragu, apakah motif sebenar penubuhan PMN ini?
Aku orang muda dan sgt sygkan potensi orang muda.
Pendirian PMN, berdasarkan maklumat terdiri dari majoriti aktivis GAMIS utk aku terpulang kpd hala tuju mereka.
Guiding ideas inilah yg akan menentukan sejauh mana ia dapat bertahan.
Memilih nama PMN bg aku adalah satu kesilapan strategi politik krn kemahuan mensucikan mahasiswa dari pendirian politik memihak sbnrnya tidak perlu. Kata-kata tidak cukup melainkan sikap dan tindakan yg akan menjelaskan makna kata-kata.
Adakah ini hanya sekadar percubaan mencontohi kejayaan Turki dan Indonesia dlm mengenengahkan parti yg bangkit atas kesedaran?