Nostalgia Belajar Demokrasi Di AS

Saya teruja mengikuti kempen pemilihan Presiden yang kini sedang rancak di Amerika Syarikat (AS). Tahun lalu, ketika beliau mengumumkan kesediaannya untuk memburu tempat ke White House, Barack Obama mulai disebut-sebut antara calon yang bakal mengembalikan wakil Parti Demokrat untuk kembali mendiami kediaman rasmi presiden AS itu.

Berkesempatan menetap di AS selama hampir dua tahun, saya mulai mendapat pendedahan asas tentang sistem demokrasi negara tersebut ketika berusia lapan tahun. Bermula dengan membaca komik autobiografi mengenai Thomas Jefferson, saya seterusnya menggali sejarah para presiden terdahulu dengan penuh minat. Setiap kali usai kelas National Society (sebuah subjek kenegaraan) yang mengajar murid-murid tentang sejarah, budaya, geografi dan sistem asas demokrasi AS, saya akan meluangkan masa menemui guru subjek tersebut dan bertanyakan macam-macam mengenai para presiden yang pernah memimpin AS.

Guru saya itu cukup teruja dan amat bersemangat menjelaskan kepada saya secara lebih rinci tentang soalan-soalan yang ditanyakan. Pada suatu hari selepas kelas berakhir, beliau memanggil saya ke mejanya dan menghadiahkan sebatang pembaris panjang yang di atasnya terpapar wajah-wajah 41 orang individu yang pernah menjawat jawatan Presiden AS bermula dari General George Washington sehinggalah presiden ketika itu iaitu William Jefferson Clinton.

Saya mulai memasang angan untuk menjadi salah seorang individu yang wajahnya terpapar pada pembaris yang dihadiahkan guru itu dan sekembalinya ke rumah saya memaklumkan hasrat saya kepada ayah. Ayah menyatakan ianya sangat mustahil kerana AS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada individu bukan kulit putih untuk menjadi presiden mereka. Saya berhujah dengan mengatakan bahawa saya bukan berkulit hitam seperti teman-teman Afrika-Amerika saya. Kulit saya lebih cerah, dalam ertikata lain: hitam manis! Ayah sekadar tertawa dan menyatakan bahawa tempat kami bukan di sini, tetapi di Malaysia.

Tahun ini mungkin akan membuktikan bahawa ayah silap. Saya optimis dan punya keyakinan akan kemungkinan ini. Masyarakat AS semakin memahami bahawa warna kulit dan keturunan bukan lagi isu dalam memilih pemimpin.

Dan mudah-mudahan tahun ini turut membawa perubahan terhadap lanskap kepimpinan negara. Rakyat sudah mulai muak dengan demokrasi yang disalahgunakan. Kebebasan bersuara disekat, media dikawal, jentera kerajaan diperkudakan dan keadilan dicabul. Kita mengharapkan Malaysia yang cemerlang dan dunia yang gemilang. Semoga tahun ini membuktikan bahawa tiada tempat untuk pemimpin-pemimpin yang rasuah dan zalim dari terus menduduki kerusi kekuasaan.

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Aku bet Senator John McCains akan wakili Republikan manakala Demokrat Hillary Rodham Clinton. John McCains sekutu kuat W. Bush Jr. dan sudah pasti neokons ini disokongi oleh Yahudi dan the white di America.

Jika John Mc Cains menang, Iran bakal menjadi bahan untuk di attack! Perang Armageddon sudah pasti berlaku kerana Iran sekutu Russia, China dan Kuasa besar ini telah buat perjanjian di perairan Iran agar tidak dicerobohi.

Jika Iran terlibat, Syria bakal menjadi mangsa seterusnya. Syria akan bergabung dgn Iran.

Negara Sunnah seperti Arab Saudi dan semua negara arab lain sedang dipujuk untuk berada dalam sekutu USA dan Eropah untuk attACK Iran..Negara Sunnah sudah lama benci dgn Syiah dan hanya tunggu time nak berperang. Akhirnya, ekonomi negara dunia akan menjadi semakin gawat. Perang dijangka akan berlaku 2010 paling awal tapi paling lewat 2012. Yahudi sudah plan benda ni kerana mereka percaya dgn kedatangan Al-masih mereka. Armageddon hanya diketahui oleh orang tertentu yang berkuasa dan hanya tunggu masa nak meletop.

Armageddon merupakan perang antara semua negara dunia, dan selepas armageddon baru lah Yahudi diperangi oleh Islam dan Nasrani..kita tunggu dan lihat serta menyamakan semua peristiwa berdasarkan hadis sunnah..

-kakiberuk
Terbaru Lebih lama