Saya baru selesai mengikuti Bengkel Media & Penerangan anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. Antara panel penceramah yang terlibat ialah bekas aktivis mahasiswa, Isham Rais serta bekas wartawan Malaysiakini yang kini bertugas di The Star, Fathi Aris Omar.
Pengisian slot bersama Fathi Aris lebih tertumpu kepada teknik serta kaedah penulisan yang baik manakala Sham Rais pula menurunkan ilmu serta pengalamannya dalam dunia aktivisme melalui kaedah menghasilkan propaganda yang berkesan.
Ketika sesi kudapan, Isham menceritakan pengalamannya semasa ikut serta menggerakkan demonstrasi besar-besaran pada Disember 1974 yang menyaksikan para mahasiswa berarak menyatakan protes atas nasib yang menimpa para petani yang menderita kebuluran akibat kemiskinan.