Islam Menjulang Keadilan, Menentang Kezaliman

Wanita Cina berbaju kurung merah yang diapit oleh beberapa orang wanita-wanita Melayu dalam gambar di atas bakal menjadi wakil saya di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk kawasan Subang Jaya. Namanya Hannah Yeoh, calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), manakala pemuda Cina berkot yang sedang bersalaman dengan beberapa orang penyokongnya dalam gambar di bawah pula bakal saya pilih untuk mewakili suara saya di Parlimen kelak. Nama beliau Loh Gwo-Burne, perakam video Lingam.

Persamaan mereka---kedua-duanya calon berbangsa Cina dan bukan beragama Islam. Seorang teman menyatakan bahawa di kawasan tempat beliau bakal membuang undi menyaksikan pertembungan calon Islam dan bukan Islam. Calon Islam mewakili parti pemerintah manakala calon bukan Islam pula mewakili parti pembangkang. Beliau gusar untuk mengundi calon bukan Islam lantaran pernah terdengar pandangan ulama' yang menghukum haram seorang Muslim memilih pemimpin yang bukan beragama Islam.

Isu agama dan ras ini juga menjadi perdebatan hangat antara saya dengan ibu yang sedikit prejudis dengan calon bukan Islam. Saya menyatakan bahawa di kawasan kami sememangnya sudah tiada pilihan lain memandangkan ke semuanya calon yang bertanding merupakan calon bukan Islam. Jadi apa masalahnya? Ibu merenung saya dalam-dalam dan tersenyum. Saya kira beliau sudah mengerti apa saranan saya selepas itu.

Konflik memilih akan timbul dalam situasi seperti mana dialami oleh teman saya tadi yang keliru sama ada untuk memilih calon Islam dari parti pemerintah (yang diketahui korup dan khianat) atau calon bukan Islam (yang cukup tegas dalam menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebajikan rakyat) dari parti pembangkang. Saya kira Ustaz Hasrizal ada jawapan dan penawar kepada permasalahan ini.

Berikut saya petik sebahagian daripada pandangan Al-Ustaz berkisar tentang persoalan ini:

SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM? Berat soalan ini. Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam. Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

"Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap 'Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, "TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI 'ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!" [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa'] Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam. Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman. Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim. Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.

Baca selanjutnya di sini.

8 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Sama la jugak..undi PKR maknanya mengundi penjajahan orang Yahudi yang diketuai olih anjing Yahudi Israelis Anwar Berahim al-buntot wal sahabah yahudi! PKR adalah proksi dari Pasukan ufuk khatulistiwa area Asia Tenggara. Jadik, kalu sesiapa sokong PKR yang parti pon bermata Yahudi..., korang actually berkejasama dgn yahudi! UNDILAH BN, UNDILAH BARISAN NASIONAL!
-Kekuatan UMNO Putera
Tanpa Nama berkata…
one of your best writings yet.

However, the introduction of the two politicians (Yeoh and Low) bely the very message this essay seeks to convey.

It introduces Yeoh and Low based purely on their ethnicity and religion (chinese; one is wearing a malay baju kurung, both are Non-Muslims) and then noting their similarities to simply "they're both chinese and they're both non-muslims".

I'm sure it was unintentional, but this appeared to have contradicted the whole message of the article, i.e. to appreciate substance (Islam) and not form (Muslim).
That your values and your principles and what you stand for comes first. And your "labels" of ethnicity and religion are merely incidental.

Just as the article concludes there is more to our candidates then merely their ethnicity or religion, there is more to Yeoh and Low than their being Chinese / non-Muslims.

dk
Najwan Halimi berkata…
dk,

Thanks. Silly me! I'll try to be more conscious next time.

Yes, you were right. It was unintentional. But I do hope that the message was clear; to appreciate substance and not form.

Najwan
Head Shot berkata…
najwan, saya suka hadis yanng anda bawa..katne ye blh dapat hadis tu n satu lagi, cmna kta nak print screen then letak dlm blog? tq najwan..
Najwan Halimi berkata…
the hazim,

Hadis itu saya petik dari penulisan Ustaz Hasrizal. Laman blognya boleh dicapai melalui http://saifulislam.com
Amin Ahmad berkata…
Bila Allah s.w.t. sebut Yahudi dan Nasrani dalam Al-Quran, saya faham bahawa Allah s.w.t. tidak memaksudkan bangsa Yahudi dan Nasrani kerana Allah s.w.t. yang Maha Adil itu tidak mungkin mencipta sesuatu bangsa yang memang ditakdirkan untuk menghuni neraka.

Tapi yang dimaksudkan Allah s.w.t. ialah perangai yang ada pada Yahudi dan Nasrani.

Di dunia, di mana-mana, ramai yang perangainya lebih teruk dari Yahudi dan Nasrani dan sebahagiannya sama mirip dengan Yahudi dan Nasrani seperti kes pengeboman Altantuya, rasuah dan lain-lain.
Tanpa Nama berkata…
ya..memang kita boleh berharap kepada yang bukan Islam untuk menegakkan syiar Islam pada masa kini..barangkali..

mungkin masa akan datang..kita boleh mempunyai seorang Yahudi sebagai pemimpin...dan tidak mengapalah..dia akan menegakkan syiar Islam..

Yahudi menegakkan syiar Islam..haha..lucu juga..

tapi tak mengapalah Najwan..

berdoa lah banyak2!
Amin Ahmad berkata…
Lucu bagi mereka yang ada perangai Yahudi - hanya percaya keagungan bangsanya. Sedangkan bangsa bukanlah pilihan manusia melainkan ketentuan Allah s.w.t.

Tetapi iman adalah pilihan :)

Allah s.w.t. boleh pilih siapa saja untuk tegakkan agamanya even dari kalangan bukan Islam. Archbishop di UK pun dah cakap tentang bolehnya Syariah Islam diimplimentasi di sana. Dalam masyarakat yang fikirannya dah maju, eksperimen adalah sesuatu yang tidak jadi jengkel.

Masyarakat kita ni hanya maju di mulut orang BN, tapi bila datang perlaksanaan - goyang semacam, sebab base yg kuat tak pernah bina, yang dibina ialah base yg boleh dicucuk hidung utk dpt rm50 bila pasang bendera, buat bising, pukul orang, naya orang dan maki hamun!
Terbaru Lebih lama