Nurul Izzah Anwar sememangnya nama yang tidak harus diperkenalkan lagi dalam arena politik tanah air. Mengenalinya melalui populariti sejurus selepas pemecatan bapanya pada September 1998, Izzah seterusnya mencipta fenomena di kalangan anak muda.
Mendapat jolokan sebagai Puteri Reformasi, puteri sulung kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ini ternyata bukan calang-calang wanita. Biarpun sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, Izzah masih lagi aktif bergiat sebagai aktivis politik yang tegar dalam agenda memperjuangkan keadilan rakyat.
Graduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik ini turut memegang ijazah Sarjana Perhubungan Antarabangsa dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat. Dalam pilihanraya umum kali ini, Izzah bakal berdepan dengan Naib Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil untuk merebut kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Kebangkitan golongan muda idealis dalam pilihanraya umum kali ini sememangnya ditunggu-tunggu dalam menggugat status quo pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang korup, konservatif serta tidak berdaya saing. Nurul Izzah, Yusmadi Yusoff, Nik Nazmi Nik Ahmad, Hasmi Hashim dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan antara calon muda yang diketengahkan dalam pilihanraya kali ini.
Apa yang pasti, mahasiswa UNITEN sememangnya berbangga dengan kemunculan Izzah dalam arena Pilihanraya Umum ke-12 ini. Semoga agenda perjuangan reformasi yang dibawa oleh Izzah serta teman-teman yang lainnya bakal memberikan impak ke atas kempen UMNO-BN yang umum ketahui hanyalah bersandarkan wang serta sedikit imbalan seperti kain pelikat/batik dan sekampit beras. Selamat berjaya, Izzah!
Dengan izin Tuan Punya Blog.
Kepada para pengunjung Blog yang ingin melihat foto-foto hakmilik peribadi "KEMPEN DIHARI PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN TITIWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN, KL." boleh masuk ke blog saya tanpa sekatan.
Pertembungan diantara BA yg diwakili PAS dan BN diwakili pelh UMNO. Pelbagai aksi foto menarik boleh dilihat diblog ini. Dan pihak kami akan terus 'upload' foto-foto disekitar kempen pilihanraya ke 12, 2008 dari masa ke semasa. Insha'allah.
Bagi Parlimen Titiwangsa, PAS mecalonkan tokoh muslimat yang dikenali ramai iaitu Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali 51. Manakala BN, pula diwakili oleh Dato' Aziz Jamaludin Mohd Tahir 54. Tempat Pencalonan Sekolah MenengaH Aminudin Baki.
Pada hari penamaan calon semalam suasana agak meriah, dan tiada ketegangan berlaku.
Wassalam.
http://theindiestory.blogspot.com
-Kekuatan UMNO Putera sudah kembali
University of John Hopkins dan University of Georgetown, tempat melahirkan agen perisikan di bawah Central Intelligence Agency (CIA). University of Oxford and University of Cambridge (UK), tempat melahirkan agensi perisikan British dibawah MI-5 (Internal Intelligence) dan MI-6 (External Intelligence) (boleh rujuk Wikipedia). Cerita James Bond yang selalu kiter tgk tuh, sebenarnya cerita intelligence agent under MI-6. Siapa yg pernah belajar kat Oxford? Khairy Jamaluddin. Apa yang dia dah buat kat Malaysia? Dia dah jual separuh Tanah Melayu (Johor dan Melaka) kepada Singapura melalui Iskandar Development Region. Jadi, siapa dia Nurul Izzah? Fikir-fikirkan kerana ayah dia merupakan general degree holder (without honors) in Bachelor of Arts (UM), tetapi dapat jadi visiting profesor kat University of John Hopkins dan University of Georgetown. Fikirkanlah rakan-rakan....Jangan sampai kita pilih pemimpin yang menjual negara....

katanya universiti malaysia tempat melatih minda tertutup, tidak kritis, takut dengan macam2 perkara tanpa mampu menanganinya dengan akal waras..
sekian dimaklumkan dari uniterbukaminda.blogspot.com
sitamak, jijik dan dilaknati ni sanggup menjelajah merata ceruk negara buat fitnah.
dimanakah keislamannya dan keluarganya ni, dulu tak pun begini sebelum dia jatuh...dah jatuh tersungkur pula...dah tersungkur tersembam lak...dah tersembam kena najis lak.....