Malam kelmarin, saya bersama dengan beberapa orang teman sembang santai sambil minum teh di Restoran Maju Curry, Petaling Jaya. Wacana kami berkisar tentang polemik Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kini sering ditimbulkan oleh beberapa pihak yang merasa terancam dengan kemenangan pakatan Barisan Rakyat terutamanya selepas menyaksikan kejayaan pakatan tersebut menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Saya hadir dengan kesimpulan bahawa apa yang berlaku hari ini sebenarnya merupakan perancangan jahat media milik UMNO/BN yang bersengkongkol dengan elit pemerintah untuk menjadikan polemik DEB sebagai pelindung status quo kekuasaan mereka.
Sepanjang tiga jam perbincangan kami, teman-teman menyorot kembali asal-usul pelaksanaan DEB, perbezaan ketara antara DEB dengan Artikel 153 serta salah faham DEB sebagai tunjang ketuanan Melayu. Kata putus dicapai dengan meletakkan harapan kepada gagasan Agenda Ekonomi Malaysia sebagai alternatif baru buat DEB. Saya berpendapat, anak-anak muda zaman ini bukannya buta sejarah dan tidak patriotik seandainya mereka menolak DEB. Barangkali pimpinan UMNO wajar bermuhasabah dan merenung kembali apakah matlamat asal pelaksanaan DEB, 36 tahun dahulu.
Apakah DEB dilancarkan untuk membantu rakyat secara keseluruhannya tak kira Melayu, Cina dan India atau sekadar menjadi lubuk kekayaan untuk mengisi tembolok beberapa kerat elit penguasa?
terlalu banyak keBOBROKAN dan kecelaruan didalam kepimpinan Presiden AIC kini,beliau harus meletak jawatan!….Penyelewengan dan sebagainya terlalu parah!….Jikalau beliau anak LAKI-LAKI,letak jawatan dan serahkan kepada mereka yang berkebolehan.Kronisme&KOLUSI semakin merebak dibawah kepimpinan nya,politik JELIK ala UMNO semakin subur di praktek oleh beliau…saya selaku salah seorang akar umbi,menyeru semua ahli AIC mendesak PRESIDEN AIC RAHIMI OSMAN untuk meletak jawatan!….RAHIMI LETAK JAWATAN!…….RAHIMI LETAK JAWATAN…RAHIMI LETAK JAWATAN!….AYUH SEMUA KITA USIR OPORTUNIS DARI KLAB KITA JIKA KITA MASIH SADAR DAN CINTA AKAN IDELISME ANWARIBRAHIM CLUB!.