FITNA: Menguji Kehemahan Umat Islam

Saya mulai resah selepas menonton filem Fitna, hasil tangan Geert Wilders, politikus dari Belanda yang kini semakin dicemuh. Keresahan saya bukan disebabkan 'fitnah' yang dihalakan oleh Wilders terhadap Islam tetapi saya resah memikirkan apa pula reaksi balas yang bakal ditunjukkan oleh umat Islam seluruh dunia bersabit dengan penayangan filem ini.

Jika dua tahun lalu, segelintir umat Islam di beberapa buah negara bertindak ganas, merusuh dan membakar bangunan kedutaan Denmark (gara-gara penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW), saya mengharapkan umat Islam akan bertindak lebih matang dan berhemah dalam mendepani polemik sebegini.

Fitna dimulai dengan lakaran wajah seorang lelaki berjambang dengan bom berbentuk serban di atas kepalanya, ditambah pula dengan gimik kiraan masa bermula dari 15 minit, tempoh waktu filem tersebut.

Seterusnya ditayangkan bacaan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran oleh Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais dan Sheikh Saud As-Shuraim. Turut disertakan terjemahan bahasa Inggeris ayat-ayat tersebut.

Dimulai dengan ayat ke-60 dari Surah Al-Anfal, ianya disertakan dengan visual sekitar peristiwa 11 September 2001 serta tragedi pengeboman stesen keretapi di Madrid, Sepanyol. Ianya diikuti dengan petikan ucapan seorang imam yang menyebut: "Allah gembira apabila orang kafir dibunuh".

Ayat ke-56 dari Surah An-Nisa' menyusul dengan gambaran kononnya Islam menyeru kebencian terhadap marga Yahudi diikuti dengan visual seorang imam sedang berkhutbah seterusnya menghunus pedang, menyeru pembunuhan kaum Yahudi.

Filem ini turut memetik ayat ke-4 dari Surah Muhammad sambil mengaitkannya dengan peristiwa pembunuhan pengarah filem berbangsa Belanda, Theo Van Gogh. Turut diselitkan ialah visual pembunuhan seorang lelaki kulit putih yang dipenggal kepalanya oleh sekumpulan militan bertopeng.

Babak seterusnya sekali lagi memetik Surah An-Nisa'. Ayat ke-89 dalam surah tersebut dijadikan sandaran oleh Wilders untuk mempamerkan sifat eksklusivisme Islam serta keangkuhan umat Islam dalam beragama. Beliau turut menyelitkan visual syarahan seorang imam yang menyatakan Islam sebagai lebih tinggi tarafnya berbanding dengan ajaran-ajaran agama yang lain.

Ketakutan dan keresahan Wilders terhadap Islam jelas dizahirkan olehnya apabila beliau menggambarkan bahawa ajaran Islam menyemai semangat dominasi global yang menekan. Dengan bersandarkan ayat ke-39 dari Surah Al-Anfal, Wilders turut menampilkan visual ucapan Presiden Iran, Dr. Mahmoud Ahmadenijad yang mendakwa mesej Revolusi Iran adalah bersifat global dan bukan hanya tertakluk pada satu-satu masa dan tempat semata-mata.

Babak akhir dalam filem pendek ini menyimpulkan persepsi dan keresahan Wilders yang begitu khuatir dengan pengaruh serta kebangkitan Islam di Belanda. Gambaran yang cuba ditonjolkan oleh beliau menunjukkan yang seolah-olah Islam begitu jumud dan menindas terutamanya terhadap golongan homoseksual dan wanita.

Pengakhiran filem ini bagi saya cukup jengkel dan jelas menunjukkan kebencian Wilders terhadap Islam apabila beliau menempatkannya setaraf dengan doktrin Nazisme dan Komunisme.

Secara peribadi, saya menganggap Wilders tidak berlaku adil terhadap Islam, nilai-nilainya serta para penganutnya. Penghasilan filem ini saya sifatkan sebagai langkah terdesak seorang politikus resah serta mengalami fobia melampau terhadap suatu agama yang beliau sendiri kurang memahaminya.

Realitinya, bukan hanya Wilders yang keliru, resah dan fobia dengan Islam. Fitna secara kasarnya mewakili keresahan sebuah Eropah. Keresahan sebuah peradaban yang sering gagal mencari titik temu persamaannya dengan Islam. Maka di sinilah kehemahan umat Islam bakal diuji. Apakah polemik sebegini akan selesai melalui kecaman, cemuhan dan ancaman terhadap Wilders dan kerajaan Belanda? Atau barangkali langkah memboikot serta memutuskan sebarang kerjasama ekonomi dengan Belanda merupakan langkah bijak?

Jika dua tahun lalu, sekumpulan umat Islam membakar sebuah bangunan kedutaan Denmark, maka apakah kali ini premis kedutaan Belanda pula yang bakal disasarkan?

Provokasi Wilders meresahkan saya. Cukup meresahkan.

8 تعليقات

‏قال غير معرف…
simple correction. madrid, spain. bukan kat itali.
‏قال Najwan Halimi
Teman,

Terima kasih atas teguran. Pembetulan sudah dilakukan.
‏قال r_feev
Salam..
Adakah dengan tindakan memboikot barangan Belanda adalah satu langkah terbaik?? Rasanya tidak!!!
Di sini ingin saya sarankan agar OIC memainkan peranan lebih besar. Pemimpin OIC skrg ini kebanyakkannya pengecut atau tidak benar-benar mewakili ISLAM itu sendiri. OIC dengan kerjasama semua stesen TV Dunia Islam perlu mengadakan dialog terbuka dan sesi penerengan khas untuk menjelaskan isu ini. Wilders perlu dijemput dan diberi peluang mengemukakan pandangannya sebelum dibidas oleh tokoh-tokoh pemikir Islam dan juga ulama Islam.Wilders itu sendiri pada dasarnya tidak memahami ajaran Islam yang sebenar. Maka menjadi tanggunjawab kita untuk menerangkan dan berhujah secara ilmiah dengan beliau dan angkatan beliau kerana jika kita tidak melakukannya sekarang, saya percaya dalam tempoh terdekat, isu seperti ini akan muncul kembali.

www.qanunfiatdunia.blogspot.com
‏قال the indie story
Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)

Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?

Sila buat lawatan sambil belajar di:

http://theindiestory.blogspot.com/

CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.
‏قال Amin Ahmad
Bro, aku dah tulis di blog juga :)
‏قال غير معرف…
To Najwan,

If u have time, please highlight the hot story of our genius muslim, Sufiah Yusof who reading Mathematics in Oxford when she was 12. From the info in Rocky Bru blog, this child, who turn 23 this year, has become a prostitute to support her life in UK. Sufiah's mother from Malaysia and her father being convicted for the case of child sexual abused. What a loss for the Muslim! Maybe this is a kind of humiliation to the rich Muslim people who unabale to help this child.

Wassalam.
‏قال Yusmir Yusop
Provokasi.Buat apa yg patut.

Dengan bijak...

Boikot salah satu cara.Dialog?Satu cara juga.

OIC tu banyak wahabi.Tu yg senyap je.
‏قال غير معرف…
http://wisdombin.wordpress.com/
أحدث أقدم