Kepimpinan

Pagi ini saya teruja meneliti laporan beberapa akhbar berhubung dengan titah ucapan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah sempena sambutan Maulid Ar-Rasul peringkat negeri Perak semalam. Sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, demikian tegas baginda.

Titah baginda lagi, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.

Saya tidak pasti sama ada titah ucapan baginda ini ditujukan secara umum atau sebagai kiasan secara tersirat terhadap kepimpinan negara yang kini kelihatan mulai goyah dan rapuh. Saya kira pimpinan negara yang diterajui UMNO seharusnya mendalami titah DYTM Raja Muda Perak ini.

Kini masanya telah tiba agar amanah kepimpinan negara diserahkan kembali kepada golongan yang lebih layak untuk memikulnya.

Post a Comment

أحدث أقدم