Salman Dalam Kenangan

Saya tidak menyangka bahawa pertemuan dengannya hampir dua minggu lalu di pejabat Din Merican merupakan pertemuan kami yang terakhir. Arwah Salman Nasaruddin mulai saya kenal awal tahun lalu di suatu demonstrasi membantah kenaikan kadar tol di Subang Jaya. Semalam, Salman menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 1.50 petang akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam kemalangan langgar-dan-lari pagi itu.

Salman, jurugambar yang banyak merakam foto serta video yang membabitkan aktiviti Anwar Ibrahim ini sememangnya seorang yang cukup komited dengan tugasnya. Banyak daripada gambar serta video yang disiarkan di laman blog Anwar merupakan hasil kerja beliau.

Anwar dalam satu kenyataan takziah di laman blognya menyifatkan Salman sebagai contoh individu yang percaya bahawa perubahan itu bukanlah sesuatu yang mustahil asal saja disertakan dengan usaha gigih yang berterusan.

Saya ucap takziah kepada ibu dan seluruh ahli keluarga Salman atas pulangnya arwah ke rahmatullah petang semalam. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

14 تعليقات

‏قال the indie story
Salam Najwan Halimi @ Riwayat Hayat yang dikasihi. Semoga dirahmati Allah swt. Sempena musim pilihanraya ini, hamba pohon diberi laluan untuk disiarkan tulisan ini.

Dengan Jasa Baik dan Izin Tuan Punya Blog:

Tok Him Seorang Pejuang! (Tribute to Datuk Paduka Ibrahim Ali)

Apa yang orang tak pernah kata kepada Dato' Paduka Ibrahim Ali?
'Raja Katak', 'Putera Katak', 'Lompat Si Katak Lompat' dan pelbagai cacian, maki hamun, umpat keji dan kata nista dilemparkan kepada Tokoh Pejuang Melayu ini.

Saya telah lama memikirkan untuk menulis satu artikel tentang perjuangan beliau dalam politik, namun kekangan masa membatasi diri. Namun jika punya peluang saya akan menulis juga tentang kehebatan beliau sebagai seorang politikus yang tidak gentar berhadapan dengan sesiapa. Terlalu sedikit informasi berkenaan beliau di internet.

Baik UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan KEADILAN semua pernah merasa penangan berbisa beliau. Beliau seorang Tokoh Pejuang Melayu Islam yang "CAKAP LEPAS" dalam menyuarakan suara hati melayu. Digeruni serta dihormati oleh KAWAN & LAWAN.

Namun didalam masa yang sama mempunyai hati yang baik, mengenang budi dan menghargai PERSAHABATAN dalam ertikata yang sebenar. Inilah yang pernah dirumuskan dalam satu buku biografi beliau yang pernah saya tekuni di satu masa dahulu. Tajuk buku itu ialah IBRAHIM ALI - Meredah Samudera.

Setelah selesai membaca buku tersebut, sedikit demi sedikit perasaan benci, meluat dan menyampah kepada beliau hilang dengan sendiri.

Selama ini banyak pihak yang menyangka beliau seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian. Malah ada sesetengah pihak yang tanpa berfikir panjang sanggup menuduh beliau dengan melabelkan beliau sebagai Pengamal Politik Lalang tanpa menghargai sumbangan beliau didalam mempertahankan Hak Ketuanan Melayu didalam erikata sebenar (Bukan pakat main2 hunus keris dan cium macam sesetangah puak tu).

Percayalah, sebenarnya keadaan politik semasa yang kebanyakkannya tidak berpihak kepada beliau; membuatkan beliau terpaksa mengambil sesetengah keputusan politik yang kurang popular dan membakar diri.

Prejudis saya luntur dan mula memahami cara, sikap dan visi perjuangan beliau yang sanggup bermati-matian didalam mempertahankan Hak Ketuanan Politik Orang Melayu Islam ditanah air tercinta.

SAYA TIDAK PERNAH MENGENALI DIRI BELIAU SECARA PERIBADI, namun Alhamdulillah; sedikit sebanyak saya mengenali pemikiran politik beliau.
Dihempas badai mentera, dilambung ombak ganas, ditikam belakang...Tok Him terus handal meredah samudera.

Seorang pejuang akan selamanya menjadi pejuang. Tidak pernah berhenti sehingga nafas yang terakhir.

Ku dedikasikan post entry ini buat Dato' Paduka Ibrahim Ali.
Semoga Beliau "Berjaya merampas kembali kawasan PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN; pada pilihanraya kali ini".

Beliau seorang calon bebas tidak berparti (setelah dipecat oleh UMNO) yang bertanding diatas tiket PAS, dengan budi bicara Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau serik dalam permainan "tikam belakang" politik kepartian, menyebabkan beliau sukar untuk join PAS. Atau barangkali mungkin beliau mahu bebas bercakap dan menyuarakan pandangan tanpa takut terbatas sebagai etika dan displin didalam sesebuah Parti Politik. Segalanya berkemungkinan.

Tidak mengapa...sekali Tok Him melangkah...Pantang Undurrr!

Aku Salut kamu wahai pejuang!

‏قال Najwan Halimi
moderator,

Tak jadi masalah. Dipersilakan...
‏قال غير معرف…
al-fatihah untuk salman..
moga roh nya mendapat berkat yang maha Esa...

aku dengar dia kena langgar lari..
betul ke ?
sape yang langgar dia ni ?
macam ade konspirasi yang nak membunuh dia je..
hmmm
‏قال غير معرف…
pudin,

terlalu awal untuk mengaitkan kemalangan ini satu konspirasi. jangan cepat membuat andaian. ajal maut dah tertulis sempurna di tanganNya. sebaik-baiknya kita yang masih hidup dapat mengambil iktibar dari kejadian ini. kematian itu sangat dekat dengan diri kita.

Al Fatihah buat Salman.
‏قال remaje hepi
laa...
da anwar bayar die untuk keje??
xkn xnk keje lak??/
mst la kne buang nnt??
xde otak ke????
‏قال غير معرف…
satu lagi jawapan tadika..
hahahha..

kisah interview terbuka anggota keselamatan.

tuan interviewer: Kenapa awak berminat nak bekerja dengan kami?
budak hepi: Bapak saya suruh datang sini encik.

---------------------------

hahaha...kompem kalau ko jawab mcm tu, ko takkan dapat kerja..
nasib baikla ko dah jadi askar.. wakkakka..
‏قال غير معرف…
assalamuailaikum najwan...
mane ko tao bdk hepi ni mcm yg ko ckp??
ko ni x baek la...
maen fitnah je...
kte ni umat islam...kne ad sopan santunnye,,,
mane buktinye die tu yg mcm ko ckp????jgn tuduh sebarangan...ingat Allah...
Allah disisi org yg benar...semoge doa bdk yg kne fitnah td dimakbulkan...
‏قال غير معرف…
weh...
tgu ahad ni...ALLAH BERSAME ORANG2 YG BENAR...SAPE YG MENANG AHAD NI,DIALAH YG BENAR...INSYALLAH...
HIDUP BN...=)

AKU NK TGK SEJAUH MANE `PERJUANGAN` KORANG...HAHAHHAH...
XKEMANE...HEHEH
TAKBIR...HIDUP BN...
SEMOGE ALLAH MERAHMATI PAS DAN KEADILAN YG DIDALAM KESESATAN....
KALAU LAH KORANAG BETOL,AKU SALUT KORANG...KALO KORANG KALAH,AK BOOO KORANG...DEAL???IDUP BN N UMNO...THANX..~~~
‏قال غير معرف…
bn sucks!
‏قال غير معرف…
HIDUP BN!!!!
YEA....BN MENANG...
TERBUKTI ALLAH ITU MAHA ADIL...
DIE DAH TUNJUKKAN MANA 1 YG BENAR DAN MANA SYAITAN..TQ ALLAH...
HIDUP BN!!!
SESUNGGUHNYE ALLAH BERADA DISAMPING ORG YG BENAR...
‏قال Unknown
Dear writer,

I would like to say thank you for your kind words. I am Sumayyah, Salman's elder sister and me and my family appreciate your prayers for Salman.

Salman was a very special person, and he has shown such strong character even at a young age. He has fought for what he believed in, even to his last days. He was on the way to the office to continue his works for DSAI and that's when the accident happened. Despite his young age, and againts all odds that he has been through, he managed to continue to strive to serve the country the best way he knew how. He believed that every little helps, and with that he has shown us so much determination for the freedom of Malaysia.

So let us remember Salman for his strength and as one of the many unsung heroes in Malaysia, who fought for a better country for all of us.

Your's sincerely,
Sumayyah
أحدث أقدم