Hajat Bertemu Anwar Ibrahim

Seorang pemuda India datang ke pejabat DUN Seri Setia, Kelana Jaya selepas solat Jumaat, menyatakan keinginannya kepada saya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Anak muda tersebut turut menyampaikan hajat untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Secara kebetulan, Nik Nazmi turut berada di pejabat ketika itu.

Kami menerangkan kepada pemuda terbabit berkenaan dengan kesibukan Anwar dan meminta beliau membuat temujanji dengan kakitangan Anwar di pejabat beliau di Petaling Jaya. Nik Nazmi, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim mencadangkan pemuda terbabit supaya menghubungi Din Merican (salah seorang pegawai kanan Anwar) sekiranya beliau betul-betul berminat untuk bertemu dengan Anwar.

Pertemuan awal saya dengan Anwar Ibrahim juga sebetulnya bermula melalui Nik Nazmi. Kini Nik diamanahkan untuk membantu Menteri Besar Selangor yang baru selaku Setiausaha Politiknya. Sepanjang pemerhatian saya, Nik cukup komited dengan tugasnya. Sebarang permintaan untuk menemui Menteri Besar akan beliau layan dan pertimbangkan secara matang. Barangkali komitmen ini diwarisinya ketika berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim sepanjang tempoh dua tahun lalu.

Kini, saya kurang pasti sejauh mana keberkesanan proses untuk mengatur pertemuan dengan Anwar sejak Nik berpindah ke Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam. Tidak dapat dipastikan sama ada proses permohonan untuk bertemu dengan Anwar masih mengekalkan stail Nik Nazmi atau sudah diubah kepada stail dan prosedur yang lain.

Saya doakan pemuda India tadi berjaya dalam memenuhi hajatnya untuk menemui Anwar. Jika sebelum ini wujud cakap-cakap dan khabar angin yang mendakwa wujudnya kepincangan dalam urusan untuk membuat temujanji dengan Anwar gara-gara karenah segelintir pegawai beliau yang kurang efisyen, saya harapkan perkara ini tidak akan berlaku lagi kepada pemuda India tersebut.

3 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Najwan,

Aku pun ingin berjumpa dengan Anwar! I look like Anwar, sound like Anwar, but I am not Anwar. Hehe!

Pls kirim salaam to DSAI. Katakan daripada adik saudara Azril. He will know.
Pantherian berkata…
najwan ..betul ke byk politiking di Pejabat DSAI...???

harap tak macam tu...kn..nanti2 akan mencemar kan nama DSAI...kemudian hari
Najwan Halimi berkata…
ikhwan,

Saya baru bertemu Setiausaha Sulit DSAI yg baru, sdr. Farhash Salvador. Orangnya cukup matang dan bertenaga. Penuh idealisme.

Insha-Allah, anak muda ini layak berada di situ.
Terbaru Lebih lama