Isyarat Kejatuhan UMNO

Semalam telefon bimbit saya tidak henti-henti dihujani dengan panggilan dan mesej-mesej dari teman-teman yang bertanyakan tentang implikasi pengumuman Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan dirinya sudah 'murtad' dari UMNO dan tidak akan menyertai parti itu semula selagi mana ianya berada di bawah kepimpinan Abdullah Badawi.

Pertamanya, saya ucap tahniah dan syabas buat Presiden UMNO, Abdullah Badawi atas perkembangan terbaru ini. Jelas, ianya satu kemenangan moral buat beliau. Jika sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa Dr. Mahathir seharusnya dipecat dari UMNO lantaran keghairahannya mencemuh dan mengkritik pimpinan tertinggi parti, nyata Abdullah sangat berhati-hati dalam berdepan dengan Dr. Mahathir. Apa yang pasti, semalam, jelas Abdullah beroleh kemenangan yang pertama.

Saya kira faktor sebenar keluarnya Dr. Mahathir dari UMNO adalah atas rasa kebencian dan ketidakpuashatian yang melampau terhadap Abdullah Badawi yang selama ini hanya memekakkan telinga dalam melayan cemuhan dan kritikan Dr. Mahathir terhadapnya terutamanya selepas berakhir Pilihanraya Umum Ke-12 lalu yang menyaksikan kemerosotan sokongan rakyat terhadap UMNO.

Apa yang mengejutkan ialah tiadanya sebarang usaha dari mana-mana pihak dalam UMNO untuk memujuk dan menenangkan Dr. Mahathir sebagaimana yang berlaku pada tahun 2002 ketika pengumumannya untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Hishammuddin Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam mengulas perkara ini menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab. Tegas beliau lagi, tindakan Dr. Mahathir sebenarnya tidak menguntungkan parti, sebaliknya ia membuka ruang kepada parti lawan untuk memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). (Untuk rekod, selain Rafidah Aziz, Hishammuddin Hussein merupakan antara yang terawal memujuk Dr. Mahathir yang menangis sewaktu mengumumkan perletakan jawatannya pada tahun 2002)

Jelas, Dr. Mahathir semakin dipinggirkan dari UMNO. Saya ramalkan tindakan beliau ini tidak akan memberikan impak besar kepada kepimpinan Abdullah Badawi sebaliknya akan dipergunakan oleh Abdullah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional terutamanya dalam beliau berdepan dengan kemaraan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim yang semakin hari kelihatan semakin yakin akan 'menawan' Putrajaya dalam sedikit masa lagi.

'Pemergian' Dr. Mahathir kali ini tidak ditangisi seperti dahulu. Saya sebetulnya berkongsi kegembiraan dengan Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat dalam hal ini. Kini semuanya terpulang kepada kemampuan Abdullah Badawi sama ada mahu melepaskan peluang memulihkan UMNO atau membiarkan UMNO terus musnah dan berpecah.

Apakah mungkin ini isyarat kejatuhan UMNO? Jika seorang ahli seumur hidup parti yang juga merupakan bekas presiden boleh mengisytiharkan dirinya keluar dari parti tersebut, apakah lagi yang kita boleh harapkan daripada ahli-ahli biasa peringkat akar umbi yang tidak punya apa-apa kepentingan.
Mungkin boleh saya simpulkan bahawa slogan "UMNO: Dulu, Kini, Selamanya" kini sudah tidak punyai apa-apa nilai lagi buat orang Melayu!

8 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tak de sapa nak pujuk dah.. biarkan luncai terjun dengan labunya...
ILynn Virgobiru berkata…
it's interesting on what is happening right now...though i have less clue on the msian political scene

im thinking how possible that Anwar can take over putrajaya?
Tanpa Nama berkata…
Mahathir ada strategi sendiri. Sapa kata tiada sapa pujuk? UMNO Perlis akan datang pujuk Mahathir dan ramai lagi.

Mahathir akan lagi bebas hentam kepimpinan UMNO di luar parti.

Aku sedih juga Najwan, tapi aku pun akan ikut jejak sehingga Disember 2008 sebab aku nak tengok Mukhriz menang.

Aku pikir 1 hari ttg keputusan nak keluar ni. Aku nak tunggu Mukhriz saja.

Jika Mukhriz letak jawatan jadi ahli UMNO, aku akan buat sekarang juga. Aku bagi masa sehingga Disember 2008 untuk lihat perubahan.

Hati Mahathir tetap UMNO meskipun tak sertai UMNO bawah DOLAHANAT.


Syahir Ahmad Hamidi
Orang UMNO Golongan Kiri Pro Mahathir dan Respect UMNO (1946- 31 Oktober 2003)


SUARA RAKYATT!!!

LAWAN TETAP LAWANNN!!

SUARA RAKYATT!!!

REFORMASI!
Najwan Halimi berkata…
Sdr. Syahir Ahmad Hamidi,

Pemimpin datang dan pergi. Kalau menyokong UMNO hanya berdasarkan kepada karakter dan personaliti seseorang tokoh, saya kira lebih baik anda keluar UMNO saja dan menurut apa saja yang Dr. Mahathir lakukan.

UMNO ditubuh berasaskan kepada objektif untuk membela dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Mukhriz sebetulnya tidak mampu (lebih tepat tidak berani) untuk menurut jejak bapanya memandangkan beliau kini punyai kepentingan dan agenda peribadi utk menduduki kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Tambahan pula, beliau merupakan Ahli Parlimen Jerlun.

Saya fikir Dr. Mahathir lebih sesuai menyertai Parti KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) dan menjadi presiden parti tersebut. Dari situ, beliau akan mempunyai platform politik dan barangkali boleh bertanding sebagai calon pilihanraya di Kepala Batas suatu hari nanti!
Tanpa Nama berkata…
Hahahaha! Lawak betul komen kau Najwan!

Aku nak keluar UMNO bukan sebab aku tak sayang UMNO dan buta tuli ikut Mahathir. Hatiku tetap UMNO sampai bila-bila pun kerana sebaik aku celik mata, aku hidup masa zaman UMNO, aku hidup masa zaman kegemilangan Malaysia diperintah Mahathir Mohamad.

Sebab tu aku nak stay on dalam UMNO sampai Disember 2008 kerana nak tengok UMNO berubah.


Kedua, Mahathir keluar UMNO kerana nak beri signal kepada orang akar Umbi UMNO supaya berani berbuat demikian dari diperintah oleh UMNO yang memperjuangkan ketuanan MENANTU dan bukan perjuangkan hak membela orang Melayu.

UMNO sekarang bukan membela orang Melayu seperti zaman UMNO 11 Mei 1946 - 31 Oktober 2003. UMNO bawah Pak LAHANAT sudah menjadi parti kroni, keluarga sahaja.

Sudah tentu Mukhriz taknak berenti sebab dia memang nak betanding KP. Kalu dia berenti, dia sudah mematikan agenda perubahan untuk membuang Khairy dan Pak Lahanat.


-Syahir Ahmad Hamidi


SUARA RAKYAATTT!!


LAWAN TETAP LAWANNN!!!!


SEMUA PENGKHIANAT DALAM UMNO SEKARANG BOLEH PI MAMPOIH!!!
Tanpa Nama berkata…
HUHUHUUH emosional betul la penyokong che det nih... yang pujuk sekarang nih anak bilis je... pak turut.. kalau dulu yang pujuk rafidah aziz... hishamuddin..Tak larat la main pjuk pujuk.,.. dah tua tua patut beristigfar.. belajar maafkan orang. Kena tengok jugak perbezaan individu. Tak semua pemimpin sama dengan mahadir..
Tanpa Nama berkata…
Anak-anak bilis pun kalu bergabung dengan ramai akan umbi, boleh menjadi bilis berbisa bro! HAHAHAHA!

- Syahir Ahmad Hamidi
Tanpa Nama berkata…
Siapa musuh sebenar Tun Mahathir, antara Pak Lah atau Anwar. Tun berperang dengan Anwar disaat dia berkuasa dan berperang dengan Pak Lah ketika tak ada upaya tenaga dan kuasa. Tun sedang memperalatkan musuh untuk membunuh musuh. Tun memberi tekanan pada Pak Lah agar kesempatan ini diambil oleh pembangkang merancang rampasan kuasa secara politik dan bagi melindungi kedudukannya sebagai PM Pak Lah akan melakukan tangkapan ISA keatas tokoh-tokoh penting seperti Anwar. Kelihatannya sekarang Pak Lah sedang bekerja ke arah itu dengan mengumpul sokongan ahli parlimen UMNO dan pemimpin UMNO.

Nizam
KK
Terbaru Lebih lama