Ke Mana Mukhriz Selepas Ini?

Pengumuman Dr. Mahathir Mohamad untuk keluar dari UMNO sebetulnya tidak mengejutkan saya. Muslihat utama beliau sebetulnya ialah untuk melumpuhkan UMNO dengan menzahirkan kemuncak kemarahannya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi. Perlu diingatkan bahawa Mahathir merupakan seorang politikus licik dan penuh helah.

Abdullah seharusnya mengambil peluang ini untuk mengembalikan kepercayaan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinannya. Jangan menunggu terlalu lama untuk bertindak. Anwar Ibrahim juga seharusnya mengambil peluang yang ada sekarang untuk melancarkan 'rampasan kuasa' secara sistematik demi memastikan Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan seperti mana yang dirancangnya.

Saya memerhati pergolakan dalaman UMNO ini dengan penuh minat. Cukup mengujakan ialah untuk kita meramal percaturan Mukhriz Mahathir selepas ini. Apakah beliau cukup berprinsip untuk kekal berjuang dalam UMNO atau terpaksa ikut tunduk terhadap keegoan bapanya yang kini semakin resah dan kelam-kabut?

Jika sekiranya Mukhriz menurut jejak bapanya, saya kira peluang Khairy Jamaluddin untuk menduduki kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Disember ini semakin cerah.

2 تعليقات

‏قال غير معرف…
Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?Sanusi dan siti hasmah dah ikut dah ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
‏قال Syahir
Mukhriz tunggu masa nak kena pecat nih. Tapi takpa, pemimpin melawan arus akan akhirnya menjadi wira! Seperti Tun Dr. Mahathir dipecat dan dihina oleh geng Tunku selama 3 tahun, akhirnya kembali! Biarlah Mukhriz dipecat, janji perjuangan tetap bernyala kerana gas perjuangan itu akan terus menyalakan api! hahaha!!
أحدث أقدم