Merubah UMNO

Saya kira tugas paling mencabar di negara kita ini ialah untuk merubah UMNO dari dalam. Dan semalam Mukhriz Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan UMNO kerana yakin mampu memulihkannya.

Dua puluh enam tahun dahulu, Anwar Ibrahim menyertai UMNO dengan matlamat sama yakni untuk mereformasikan UMNO, menghapuskan penyelewengan dan salahguna kuasa, memerangi rasuah, menerapkan nilai-nilai Islam dalam jiwa pimpinan dan mengembalikan integriti para pemimpin UMNO. Anwar bagaimanapun gagal memenuhi cita-cita tersebut apabila dibuang dan disingkir dari UMNO pada 2 September 1998.

Semalam, Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak akan mengikut jejak bapanya, Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO dan akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO ke landasan perjuangan sebenar.

Saya hormati pendirian Mukhriz dan kesanggupannya untuk mengambil risiko menyanggah kepimpinan parti serta kesediaannya untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Mengubah UMNO dari dalam bukanlah sesuatu yang mudah. Jika hanya bersandarkan pengaruh semata-mata, saya kira ianya tidak memadai. Wang ringgit, naungan politik dan sokongan akar umbi merupakan antara faktor yang seharusnya dipertimbangkan seandainya mahu melangkah lebih jauh dalam hirarki kepimpinan parti.

Mukhriz kini kehilangan satu daripadanya iaitu naungan politik yang mana ianya merupakan senjata utama Khairy Jamaluddin dalam mendaki puncak kuasa. Selagi mana Abdullah Badawi masih bertakhta, selagi itulah peluang Mukhriz untuk menyaingi Khairy kelihatan mustahil.

5 Ulasan

Syahir berkata…
Ezam akan digunakan sbg benteng terakhir Khairy dan Pak Lahanat untuk selamatkan kroni, anak bini dan menantu nya.

Ezam ni aku tak percaya sampai mampus pun sbb dia ni takleh pakai. Kini dia berkepit ngan Khairy kononnya nak hapuskan rasuah! BULLSHIT!

Ya! Nak hapuskan rasuah dan dedah skandal orang lain adalah.

Nak tau Ezam, tengoklah Anwar. Tengok Anwar, itulah Ezam. Dua-dua tak berguna satu sen pun kepada bangsa MELAYU, Islam dan Tanah Air.

Aku hanya percaya kat Ezam kalu dia sendiri jauhkan diri dari Khairy...pegikut Zionis, seorang pemusnah Bangsa, Islam dan Tanah air dari dalam manakala Zionis guna Anwar Ibrahim dari luar.

Tengoklah, Anwar mana nak negara Islam. Hahaha! PAS pun dah tergadai maruahnya.

Aku harap PAS sedar akan tingkahlaku Anwar ini. Aku kesian kat PAS sbb PAS bagi aku lagi okay dan berguna dari DAP Rasis dan PKR liberal pro Barat.

Aku berpendapat PAS dibeli oleh Kamaruddin Jaafar sbb dia finance PAS banyak. Dulu2 masa dia dalam kerajaan dia dapat banyak keuntungan bisnes hasil berkepit ngan Anwar Ibrahim. Dia ni sama satu geng ngan Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi ni takda otak tuduh Mahathir amal kronisme, nepotisme, korupsi lar,..tapi bila Mahathir arahkan kerajaan dedah semua senarai kontrak...Kamarudin Jaafar tu yang terbanyak! HAHAHA!

Yang paling lawak, Geng2 Anwar pun dapat banyak sangat kontrak kerajaan! Pastu Anwar pun terkedu-kedu senyap membisu hahaha!

Meskipun Mahathir keturunan mamak moyang, beliau itu dah asimilasi dengan masyarakat Melayu dah lama dah. Sbb tu dia lebih paham ttg Melayu. Buku Malay Dilemma menceritakan segala-galanya. Aku lebih rela diperintah oleh keturunan Mamak bernama Mahathir Mohamad dari orang Melayu lain yang nak gadaikan Malaysia ini.

Ni untuk Bedolah, Anwar, Khairy, Ezam, Musang Hitam, Shahrir Tiong, Zahid Hamidi, Nordin Khalid, Annuar Musa al PPRT, Nazri Aziz Wal Teksi: Kata orang tua:

Tepuk dulang paku serpih.

Katakan orang awak yang lebih.


Ya! Jika Mahathir bersalah, dedahkan dan bawa Mahathir ke mahkamah!


AKU CABAR UMNO, PKR, DAP dan PAS bawa kes ke MAHKAMAH! SILAKAN BUAT LAPORAN POLIS TINGGI KLCC TU.

Cuba bawa kes Lingam dan kaitkan dgn Mahathir. Aku nak tengok teror sangat kah Anti Mahathir ini nak robek Mahathir.

Jangan lupa, jika Mahathir dituduh trlibat dalam percaturan kes, Mahathir pun tahu yang Khairy dan Bedolah lepas Anwar Ibrahim dengan campurtangan dalam kes serta dalam kes Altantuya.

Jangan lupa, Bar Council pun turut sama nak lobi2 Hakim Gopal Sri Ram dan lain2.


Dah lah Anwar, orang bukan sokong sgt pun...menang haritu sbb rakyat undi protes tapi mereka bukan sokong pembangkang. Itu hakikat.

Bila check Anwar terlibat ngan IIT, Foundation for the Future dan lain2 tak silap aku..dua benda ni ada kaitan ngan Council on Foreign Relation...A Spear to Conquest and a proxy for Zionist Agenda. Nafilah sampai tujuh petala langit pun, orang tahu SIAPA ANWAR IBRAHIM.


Hmmm...BUKU AKAN BERTEMU RUAS. Jika Ezam masuk UMNO...dengar cerita dia nak dedahkan ttg RAHSIA ANWAR.. Rahsia apa tu? Opps!

Penglibatan dengan Agenda Zionis nak musnahkan Bangsa Melayu dan Islam kot? Opps!

HARI TU, SANUSI JUNID ADA BUAT KENYATAAN; BERI DIA 3 JAM UNTUK BERCERAMAH, SAYA YAKIN ANWAR IBRAHIM AKAN JATUH!

Utk Makluman, Sanusi Junid yang jaga Anwar masa dahulu. Mari kita tunggu apa rahsia besar dia!
Syahir berkata…
1 lagi aku nak habaq, Anwar boleh tuduh macam2 ttg Mahathir...Silakan.

Tapi jangan lupa..di dunia ni Anwar takut 4 orang saja - Mahathir, Sanusi, Mohamed Rahmat dan Khalid Yaakob.

Jangan ingat Mahathir ni dah nyanyuk, tak berpengaruh dan sbg nya..Mahathir dikatakan masih ada rahsia besar Anwar ttg penglibatan dia dengan agenda Asing. Sila tanya Mahathir, Mukhriz dan lain2.

Bukti itu masih tersimpan dalam pegangan Mahathir. Tanyalah sapa2 ttg Mahathir dan the Black Diary nya.


Sekali lagi aku cabar Pembangkang dan UMNO PakLah tak Guna ni dedah skandal Mahathir! Cuma aku khuatir takut tuduhan2 itu backfired.

Mahathir pun ada lawyer power. Matthias Chang salah satunya. Pergilah dakwa dia sbb Matthias Chang slalu dedah skandal Pak Lah, Khairy dan Anwar di negara ini.
Tanpa Nama berkata…
bagus...sekurang2nya tindakan Tun selama ini menunjukkan dia pentingkan diri dan bukan negara.

kalau betul ada dia tak perlu tunggu begini lama untuk dedahkan!
Tanpa Nama berkata…
Tak payah tunggu Anwar gadai negara kat Yahudi, sekarang ni pun UMNO yang pekat dengan Mahathirisme sudah gadai Pulau Kacang Puteh dekat wakil Yahudi kui kui kui....
Syahir berkata…
Yahudi Beriman, yang gadai Pulau Batu Puteh ialah Pak Lah, Khairy dan bukan Mahathir. Jika Mahathir masih kekal memrintah, Pulau tu akan jadi hak milik Malaysia.

Pasukan perundangan Malaysia terdiri dari orang yang tak serious. Singapore guna TPM, Malaysia guna KSU sebagai ketua.

Mahathir bawak ke ICJ atas usaha nak tamatkan polemik. Jika tak bawak, Singapura akan lagi menodai Malaysia. Baik kamu faham dahulu sejarah Malaysia dan geopolitik negara sebelum menuduh Mahathir punca segalanya.
Terbaru Lebih lama