Apa Khabar Parti Mahasiswa Negara?

Beberapa bulan lalu, tatkala demam pilihanraya melanda negara, sekumpulan anak muda penuh idealisme muncul mengisytiharkan penubuhan sebuah gerakan politik bernama Parti Mahasiswa Negara (PMN). Maka bermulalah debat dan pertempuran hujah antara para pemerhati politik tanah air berkenaan dengan parti yang kelihatan kurang jelas matlamat dan arah tujunya ini.

Ada yang mendakwa PMN merupakan senjata yang diacu oleh pemerintah untuk mengkucar-kacirkan penyatuan pakatan parti-parti pembangkang. Ada juga yang yakin dan cukup obses dengan mendakwa kemunculan PMN merupakan gema semboyan kebangkitan mahasiswa dalam menyanggah belenggu AUKU.

Saya bersama dengan beberapa orang teman termasuk saudara Adihamka kekal konsisten bersikap kritikal serta berpendirian bahawa kemunculan PMN hanyalah bersifat bermusim, tidak berstruktur dan penuh samar dari segi matlamat dan objektifnya. Selepas berakhir Pilihanraya Umum ke-12, nama PMN semakin sepi dan mulai tidak kedengaran.

Secara peribadi, saya tidak punya masalah dengan parti politik yang diterajui oleh anak-anak muda namun demikian, jika mereka benar-benar serius, perancangan dan agenda yang diperjuangkan seharusnya diperjelaskan dengan lebih matang dan dinamik. Mengisytiharkan penubuhan sebuah parti politik dengan bersandarkan pada istilah 'mahasiswa' seharusnya direnung semula secara rasional dan terbuka kerana ianya seolah-olah menggambarkan bahawa seluruh mahasiswa menggalas fahaman yang sama dengan kumpulan anak-anak muda yang menubuhkan parti ini walhal kebanyakan dari mereka lebih senang memencilkan diri daripada terlibat dalam mana-mana pertubuhan politik.

Para politikus tua barangkali sedang mentertawakan kumpulan mahasiswa ini yang berjuang atas semangat hangat-hangat tahi ayam. Kini, PMN semakin menyepi. Apakah sedang merencana strategi? Atau barangkali sudah mati!

3 تعليقات

‏قال Syahir
Pasti Mahasiswa akan dijauhi oleh orang bukan Mahasiswa sebab perjuangan mereka tu aku sendiri tak paham kenapa.

Btw, aku masih menunggu usaha geng Mahathir, Ibrahim Ali dan lain2 untuk buat Parti baru berasaskan NGO sebagai platform utk orang UMNO reform dan orang Melayu bertenggek di situ supaya biar Dolah, Keri dan Ezam jek yang operate parti UM'NO' tuh.

Aku cadangkan parti baru ini dinamakan sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Merdeka ( Indenpendence Malay National Organisation) - IMNO! Hahaha!

Biar kita rrrrrrobeekkk UMNO habis-habisan! Semua MP UMNO dan Adun yang benci Dolah, Keri, Ezam bolehlah kuar parti, jadi bebas pastu masuk IMNO! Bila UMNO dah runtuh, Dolah letak jawatan..kita semua masuk balik UMNO dan bergabung bersama IMNO! HAHAHA!
‏قال غير معرف…
Yerla di mana Parti ini, adakah sudah berkubur setelah diperlakukan begitu sedih semasa proses penamaan calon, diharap parti ini menyertai rakyat, biarlah lebih kuat.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Malam Kesenian Paksi.

Badan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)

Dewan Seri Deima
Komplek Sukan PKNS
SS7 Kelana Jaya, Selangor.
Jumaat 18 Julai 2008.
8.30 pm -11.30 pm


(Anjuran bersama Pejabat ADUN Sri Setia, Kelana Jaya)



Persembahan nyanyian dan deklamasi puisi: Ito, Akil Hayy, Anbakri, Dinsman, dll.

Perasmian PAKSI dan ceramah oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.


http://www.paksi. org/
أحدث أقدم