Cuti hujung minggu lalu saya habiskan di Pekan, Pahang menemani saudara Nik Nazmi memenuhi undangan ceramah di Kampung Ketapang Hilir. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, saya sempat menghabiskan buku Kenapa Kapitalisme Berjaya Di Barat Dan Gagal Di Tempat Lain karya Hernando de Soto yang disusun oleh MR Mustaqeem dan Amir Sari (kini Adun kawasan Batu Caves).
Buku terjemahan oleh Haris Zalkapli dan Zulfikar A. Samsuri antara lain menghimpunkan beberapa esei tulisan dan petikan ucapan de Soto, tokoh ekonomi ulung yang giat berusaha melibatkan penyertaan rakyat miskin dalam pemilikan aset dan hartanah untuk bersaing secara sihat dalam arus ekonomi global.
Dalam tulisannya, de Soto antara lain turut membangkitkan ketidaksungguhan beberapa kerajaan dalam memudahkan prosedur untuk menjalankan perniagaan serta proses pemilikan harta yang jelas.
Sewaktu di Pekan, kami sempat mengadakan dialog bersama-sama dengan pimpinan PAS cawangan Kampung Marhum dan AMK negeri Pahang di Balai Islam Kampung Marhum. Antara perkara yang dikongsi ialah berkenaan langkah kerajaan negeri Selangor dengan agenda Perakyatan Ekonomi serta usaha pimpinan parti menarik minat generasi muda mendekati gagasan perjuangan menegak keadilan dan hak rakyat.
Selain Nik Nazmi, program ceramah di Kampung Ketapang Hilir pada sebelah malam hari Sabtu kelmarin turut menampilkan Ketua Angkatan Muda KeADILan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan bekas calon pilihanraya parlimen Pekan, saudara Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
agaknya gerakan membunuh liberalisme dengan menembak bertalu2 'peluru-peluru benci ala Faisal Tehrani' dapat tak membunuh liberalisme?
aku terdengar khabar ada yang berhubung dengan FT dengan kata ini (lebih kurang) "kau benci liberal pun, orang2 yang kau cop liberal yang bela kau dari hentaman wahabi!"
aduh! dia faham liberal yang mana ntah? jangan lupa dia akan tulis cerita perpaduan lagi nanti! dan gesaan2 menghormati perbezaan pandangan..lalalala kerja hari hari...
* nasihat untuk diri sendiri - liberal itu kaya dengan kepelbagaian sejarahnya, jangan mendakwa memilih - ada cabangnya yg bersusur galur dengan Tuhan!
sebetulnya pada aku kritik terhadap FT lebih kepada untuk dia meningkatkan mutu kerana dia penulis berbakat. kita tak mahu pendakwaannya memilih dan dia tersedut dengan sentimen yang dia sendiri tolak bila dihukum kelompok yang dia benci - wahabi bunyinya.
kita doakan saja diri kita dan selainnya selamat sampai kepada Allah s.w.t..