Kerajaan Dalam Penantian: Pemuda PAS Perlu Bertindak Matang

Saya mengikuti dengan penuh minat perkembangan isu bantahan Dewan Pemuda PAS Selangor terhadap penglibatan Mas Idayu dan Ella dalam konsert iringan sempena perlawanan Piala Sultan Selangor pada bulan Julai nanti.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah khabarnya sedikit tersinggung dan kedengaran seakan-akan tidak berpuashati dengan tindakan agresif Pemuda PAS tersebut berikutan penyerahan memorandum bantahan serta ugutan untuk mengadakan demonstrasi seandainya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Pemuda PAS dan pemuda-pemuda dari komponen Pakatan Rakyat yang lainnya harus menerima hakikat bahawa kini masanya untuk kita bertindak sejajar dengan kapasiti sebagai kerajaan memerintah. Jika dahulu kita bertindak menghantar memorandum secara terbuka dan berhimpun untuk membantah satu-satu tindakan kerajaan, kini kita harus belajar untuk bersikap sebaliknya.

Merujuk kepada perkembangan di Selangor, saya kira lebih molek andaikata pimpinan Pemuda PAS Selangor menyalurkan rasa tidak puas hati dan kegusaran mereka berhubung isu ini melalui wakil PAS di dalam kerajaan. Dr. Hassan Ali dan Iskandar Abd. Samad barangkali boleh dijadikan medium oleh mereka dalam menyuarakan bantahan tersebut.

Budaya bergaduh dan mensensasikan pertikaian secara terbuka ini merupakan budaya warisan UMNO-BN yang seharusnya tidak perlu diteladani. Media terutamanya milik UMNO-BN jelas menunggu peluang sebegini untuk terus memecahbelahkan perpaduan sesama komponen Pakatan Rakyat.

Kita wajib belajar dan mempersiapkan diri sebagai kerajaan. Jika selama ini kita bangga mendabik dada dengan mendakwa sebagai 'kerajaan dalam penantian', maka sekarang kita harus berani bertindak matang untuk memenuhi aspirasi tersebut. Pertikaian dan sebarang salah faham sewajarnya kita selesaikan secara berhemah dan penuh tertib, bukan dengan mencontohi budaya UMNO yang sehingga hari ini masih belum selesai bergelut merebut kuasa. Walhal nasib rakyat semakin tidak terbela!

17 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saudara najwan,
Saya cukup setuju dengan pendapat saudara..Cukup molek sekiranya Pemuda Pas menyampaikan pendapat melalui saluran yang betul.
Tapi mungkin bagi Pemuda Pas mereka hanya melemparkan rasa tidak puas hati..Tidak tahu pula yang Baginda Sultan akan tersinggung dengan tindakan ini...mungkin mereka rasa pendapat baik ini tidak akan menyinggung mana2 pihak..Hiburan tidak haram dalam Islam tetapi janganlah terlalu melampau..Sekadar untuk merasmikan sesuatu..Lebih molek diadakan secara sederhana...
Sebagai seorang Sultan tidak perlulah terguris dengan cadangan yang mulia ini..Sekadar memberi pendapat..
Daulat Tuanku..
Sahabat seperjuangan..
P/S - mungkin ader yang tersinggung dengan tajuk yang dipost oleh saudara..Semoga hubungan pakatan rakyat tidak akan renggang disebabkan perkara ini..sama-samalah kita menjaga keharmonian negeri Selangor
Syahir berkata…
Hehe! Konsert Ella dan Mas Idayu di bantah PAS? PKR dan DAP tak mau campur ke...?

Hehe!

Hidop Rakyat!!!
Dr Dre berkata…
salam..

tindakan menyerahkan memorandum itu perkara biasa dlm saluran demokrasi.disitu PAS menggunakan nya dgn efektif&itu HAK mereka.Tapi,sebenarnya banyak cara lain utk menyelesaikan masalah(xperlu disensaikan sebenarnya),konsert?...no prob..kalau alasan PAS haram+maksiat+membazir,sebenarnya prob ni boleh diselesaikan dgn mudah...contoh,boleh aja jemput Ella atau mas idayu,tapi syaratnya diorang mesti berpakaian molek2,menutup aurat barangkali...elak kan percampuran penonton yg xtentu hala dan mungkin dgn memotong kos2 yg xperlu dlm konsert....itu je..tapi bila PAS bertindak mcm tu,boleh dikatakan agak rugi dan melulu..ya,betul syariah xboleh dikompromi,tapi ada jln utk mengelak kan pertembungan hukum....

dari segi politik,tindakan pemuda PAS menyebabkan mereka rugi political mileage....bukan nak suruh diorang kompromi dgn benda2 maksiat,tapi seni tu kan boleh diubah caranya sikit agar tak sekadar hiburan melulu..Islam tu mudah kan?...tapi bila tindakan mcm tu dibuat,ia seakan menampak kan yg PAS agak rigid dan ortodoks dari segi tindakan.hmmm....from my opinion,basically kalau PAS(sesetengah ahli) still dgn pendekatan mcm tu,ia menjauhkan parti dari pegundi+seakan memberikan gambaran PAS anti seni...silap2 timbul kesimpulan yg PAS dpt kosong utk markah seni...
r_feev berkata…
Salam..

Ada benarnya apa yang disarankan oleh penulis tentang bagaimana caranya Pemuda Pas harus menyuarakan tentangan mereka. Saya rasa tidak adil jika Pemuda Pas sahaja dipersalahkan. Tindakan mereka ini tidak lebih dari satu ekspresi HAK mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi. Itu HAK dan fitrah manusia.

Selama 50 thn negara merdeka.. memang begitulah caranya PAS sebagai antara parti veteran di negara ini bekerja dalam mendepani isu-isu sosial dan agama di Malaysia ini. Mungkin juga pada isu kali ini mereka telah terbiasa dengan pendekatan sebelum ini maka mereka menggunakan pendekatan yang sama. Saya bukanlah ingin memenangkan PAS, tetapi di dalam beberapa isu sosial pasca 8 Mac, saya melihat PAS lebih jauh ke depan dalam membangkitkan bantahan dan juga ketidakpuasan hati rakyat. Antara contohnya adalah isu pesta pantai liar di Port Dickson beberapa bulan yang lalu. Pas telah kedepan dengan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri. Bagaimana dengan pemuda Keadilan N9?? Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Port Dickson yang mewakili parti PKR?? Saya tidak dengar sebarang bantahan disuarakan samada di dalam media perdana mahupun alternatif. Isu minyak juga saya saksikan lebih ramai pemimpin Pas yang kedepan. Saya langsung tidak nampak pemimpin pemuda DAP berada di dalam perhimpunan Kg Baru? Jika Naib Presiden Pas boleh menyertai perhimpunan, kenapa tidak saudara Azmin mewakili PKR? Dr Syed Husin Ali ke? Tian Chua dimana? Bukanlah niat saya hendak memburuk-burukkan mana-mana parti dalam PR, tetapi saya rasa tidak adil jika pemuda PAS dipersalahkan. Dari pemerhatian rambang saya terhadap isu ini dikalangan kelompok masyarakat Melayu Islam di Shah Alam sahaja, rata-rata mereka bersetuju dengan tindakan Pemuda PAS. Mereka menganggap penganjuran konsert seperti ini adalah sikap pimpinan UMNO yang lepas dan tidak harus diulang oleh sebuah kerajaan yang berkebajikan membela rakyat.

Namun kita patut bersyukur dan menganggap ianya sebagai satu budaya sihat di dalam Pakatan Rakyat dimana kita semua pendokong PR bisa bercanggah pendapat dan berselisih faham namun masih terus setia bersama di dalam pakatan. Formula yang terbaik untuk membentuk sebuah hubungan yang berkekalan adalah keterbukaan dan kejujuran. Janganlah kita hanya berpakat semata-mata untuk kuasa kerana jika impian atau harapan kita tidak sama, maka akan mula budaya khianat dan mengadu domba antara kita. Ada baiknya lebih banyak dialog dianjurkan antara semua parti PR diperingkat akar umbi untuk menguatkan lagi barisan kita sebagai satu PAKATAN untuk RAKYAT..
Tanpa Nama berkata…
PAS ada hak untuk bersuara, tetapi mereka juga perlu sedar bahawa pihak lain juga ada hak untuk mengkritik mereka.

Janganlah Pas mudah menghukum 'orang itu dosa, org ini dosa' kerana tidak sealiran dengan mereka.

Rasulullah SAW pun tidak berdakwah dengan kaedah menghukum, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah dan sering juga menggunakan innuendo dalam dakwah baginda.

Saya tidak setuju dengan konsert, tetapi saya juga tidak setuju demo sebagai saluran untuk menyatakan ketidaksetujuan mereka.

bertindaklah sebagai kerajaan. bukan tebal dengan mentaliti 'kepembangkangan'.
Tanpa Nama berkata…
itu sudah menjadi satu amalan mereka..nak buat macam mana, dah mereka suka cara tu..mereka tak peduli orang lain, janji nampak mereka berani bersuara..bukan tak boleh guna pendekatan lain, tapi mereka suka buat2 benda jadi kecoh..takkan nak berdemo je manjang, macam ni ke cara Malaysia akan menghadapi masalah di masa depan? macam tak produktif je..
Tanpa Nama berkata…
Pemimpin Pakatan perlu ingat mereka bukan lagi 3 jenis parti dengan agenda2 yang berbeza tetapi sudah bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Tapi nak buat macam mana, kalau masing2 dah degil, mungkin akan menampakkan lagi cela pakatan baru ini. Pada pandangan saya, rakyat amat kritikal dgn performance PR di 5 negeri sekarang, dan saya pasi juga mereka tahu ianya bukannya satu tugas yang mudah untuk mentadbir rakyat. Berakhirlah era "penbangkang", PR perlu bangun tidur juga dan buang mindset pembangkang mereka tu kalau betul2 nak jadi "kerajaan dalam penantian"
Tanpa Nama berkata…
Malaysia negara demokrasi..
Bagi saya, sesama kita tidak perlu melenting, tidak perlu menyalahkan sesiapa...Sesiapa sahaja ada hak untuk melontarkan pendapat walaupun dengan pelbagai saluran..
Ini menunjukkan Pakatan Rakyat berani menegur sesama sendiri tanpa ada rasa takut dengan pangkat yang diperolehi..Pas selaku org lama mungkin ada pendekatan yang berbeza dengan pakatan yang lain..Mungkin bagi Pakatan lain Pas terlampau ekstrim..Tapi anda perlu tahu yang Pas dari dulu sehingga kini tidak pernah berubah..tidak pernah lupa kepada rakyat..Islam jalan pilihan...Lagi pun PAS tidak pernah tidur ataupun tertidur..Bahkan PAS yang selalu membangkitkan mereka dari tidur..Lihatlah pada sejarah..Bagaimana semangat 46 dahulu..Di harap sejarah dulu tidak akan berulang lagi...
Tanpa Nama berkata…
Salaam,

Saya sokong pendekatan yang sepatutnya lebih teratur. Tetapi dalam hal ini, sepatutnya pemuda Pas seharusnya turut sama dibawa berbincang tentang pembentukan committee konsert yang bakal dilaksanakan agar kesemua rakyat selangor mendapat manfaat dari konsert yang bakal di anjurkan.

Apa yang sepatutnya wakil Pas anjurkan adalah pendekatan seni yang lebih sopan, bukan membatalkan konsert tersebut. Kenapa hanya Ella dan Mas Idayu?apakah budaya yang mereka bawa?apa yang Pas cuba sarankan di sini adalah pembaharuan kebudayaan yang lebih meningkatkan ilmiah dalam bersantai kerana tarian/muzik pada pendapat saya adalah cabang dakwah juga. Mari kita seru seluruh parti2 dalam PR untuk membebaskan 5 negeri dari gaya bongkak BN kepada gaya sopan dan tinggi nilai akhlak rakyat2 jagaan PR. Saya rasa di sini kesemua bangsa dan agama mahukan hidup yang lebih sopan dan berakhlak tinggi.

Apalah kiranya hancur satu-satu negara itu kalau kita lebih bersopan?Bersopan disini bukanlah bermaksud kita semua kaku seperti melihat TV, tetapi PR boleh mendapat manfaat disini dgn adanya pendekatan dua hala dgn wadah konsert sebagai cara mereka menghargai pengundi yang mahukan kerajaan Malaysia yang lebih bersopan dengan menonjolkan lebih ramai artis2 yang membawa wadah kesopanan sebagai agenda utama.

Kalau kita mampu berfikir diluar kotak, kita boleh ambil artis2 berbangsa cina, india, melayu, kristian, hindu, islam untuk sama2 melaungkan slogan Selangor bebas zina, bebas maksiat dan menjadikan Selangor sebagai negeri contoh yang memerangi bukan sahaja korupsi pemerintahan, tetapi juga korupsi nilai2 kemanusiaan (tak tahulah kalau ade manusia2 yang mahukan zina, maksiat dan korupsi. Bukankah semua agama menyarankan akhlak yang mulia?). Inilah Selangor yang pengundi mahu!bukan Selangor seperti mana UMNO. Perubahan daripada penyakit2 UMNO lah yang kami mahu!Takkan lah PKR dan DAP tidak mahu rakyat yang begini? - Rakyat yang bebas dari segala penyakit manusia gila. Marilah saya menyeru semua rakyat selangor tidak kira bangsa dan agama untuk menjayakan kempen Selangor negeri yang bersopan.

Inilah sebab kami melantik wakil2 rakyat bukan BN untuk memperjuangkan hak kami untuk hidup bebas dari gangguan2 korupsi nilai2 kemanusiaan.Kasihankanlah kami yang rindu akan kehidupan tanpa dibelenggu jenayah moral dan korupsi pemerintahan.

Yun
Tanpa Nama berkata…
Masing2 nak tunjuk power. Baru 3 parti dah bergaduh... Macam mana kalau ada lagi parti2 lain yang nak masuk Pakatan (visi Anwar)

Apa sebenarnya sistem yang diguna pakai Pakatan saya masih kurang jelas. Struktur, visi, misi, strategi. DAP macam ni, PAS macam tu. Anwar pula lagu lain. Kalau tiada lagi Anwar, siapa pula yang berhak menerajui PR? Pernahkah PR memikirkan hal itu? Dari parti mana, PAS? PKR? DAP?
Tanpa Nama berkata…
Tajuk artikel ini merupakan tajuk ucapan tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ke 42, yang diadakan di Shah Alam pada 14 Jun 2008. Ucapan tersebut telah disampaikan oleh ketuanya, Ybhg. Ustaz Sallehen Mukhyi.




Berikut adalah petikan daripada ucapan tersebut untuk tatapan para pembaca semua, khususnya bagi yang tidak dapat menyertai muktamar tersebut. Juga untuk yang ingin memahami situasi dan idealisme Pemuda PAS Selangor ketika ini.





Di bawah tajuk kecil Kerajaan Campuran:


Walau apapun istilah untuk meletakkan kita hanya menumpang kerajaan orang lain, namun realitinya orang lain juga menumpang kekuatan jentera dan kerja kita dalam mencapai kemenangan pilihanraya baru-baru ini.





Cabaran Pemuda:


Kita akan memantau dan menegur pemimpin kerajaan negeri agar tidak mengimpot budaya buruk dan jijik tersebut. Elakkanlah dari (pada) perasaan angkuh dan sombong sebagaimana pemimpin BN sebelum ini kerana semua ini menjadi penghalang turunnya keberkatan dari Allah SWT.



Sekiranya kerajaan negeri lambat menangani masalah ini maka kita mencadangkan agar Badan Perhubungan PAS negeri dapat mengenukakan Pelan Pelaksanaan Manifesto, bagi memastikan segala janji akan tertunai dan sokongan rakyat akan bertambah kuat.





Parti Merentas Kemenangan:


Polisi parti mestilah menjadi asas dan tunjang yang utama dalam mengurus tadbir potfolio exco yang kita kendalikan. Keputusan parti mestilah dijadikan sebagai sandaran dalam mencari persetujuan, persefahaman dan kebersamaan mengurus tadbir kerajaan negeri.



Tahniah di atas penubuhan PASKAD. Namun seperkara yang penting untuk dicadangkan ialah pembentukan jawatankuasa Hisbah perlu diwujudkan di peringkat domestik dengan diwakili oleh kesemua dewan-dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat, yang diberi autoriti untuk memastikan ketelusan, menegur yang salah, mengingatkan yang terlalai agar matlamat parti sentiasa merentasi kemenangan yang kita raih.





Tugas dan Peranan:


Kita ingin mengingatkan bahawa menjaga kesucian Islam melampaui kepada menjaga Pakatan Rakyat. Kita rela bersendirian untuk Islam sekiranya kebersamaan itu akan mencemarkannya.
Syahir berkata…
Sukar nak tengok Pakatan Rakyat bersatu ideologi. Tak macam semangat BN! (BN zaman sebelum Dolah Badawi!)

HIDOP...TUN!

HIDOP...TUN!!
Tanpa Nama berkata…
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Saya rasa Pemuda PAS kena bijak memilih isu untuk diperjuangkan...

Jangan sampai orang ramai mengecap Pemuda PAS sebagai mencari milage politik...

Mana suara Pemuda PAS dalam isu Altantuya? Isu video Lingam? Isu Datuk Yong SAPP? dan isu-isu dunia seperti rancangan serangan Israel terhadap Iran?
Tanpa Nama berkata…
Kenapa tak ada yang sanggup mengaku apa yang dilakukan oleh pemuda pas selangor tu sebagai amal soleh yg dijanji pahala. Usaha mencegah kemungkaran bukan isu yang diperjuang, berhemah juga banyak tingkatannya. Kalau kita tak mampu buat jangan rendahkan apa yg orang lain buat untuk menjaga maruah islam.
'letting the time pass me by' anda memang ketinggalan
Tanpa Nama berkata…
Budaya merusuh reformasi ni bukan sudah sebati dengan PR ker? Skrg bile terkena batang hidung sendiri baru la tahu nak kata ikut salurang yang betul.

Tapi dalam masa sama nak buat anjuran protes 1 juta orang menentang kerajaan.

Cakap tak serupa bikin la! Macam ni pun ko sokong?
Tanpa Nama berkata…
salam,

Pemuda Pas telah melaksanakan haknya. ini menunjukkan Pakatan Rakyat telah melakukan keadilan terhadap setiap parti.

Yang jelasnya, kita masih berada dalam zaman yang mempunyai ulama dan penegak Islam. Kita harus bersyukur.

Ini sebagai permulaan untuk memerdekakan rakyat dari hiburan melampau.

Silalah kita merujuk di Kelantan bagaimana kerajaan negerinya mengadakan majlis hiburan yang mengikut garis panduan Islam.

"ALLAH amat mengasihani dan menyayangi terhadap hamba-hambanya. Tetapi masih ramai yang belum mengetahuinya"
Terbaru Lebih lama