Jangan Lepaskan 'Anjing' Tersepit!

Saya masih ingat selepas berakhirnya Pilihanraya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999, media arus perdana mulai memainkan isu penyatuan Melayu-Islam melalui muzakarah UMNO dengan PAS. Meski pun prestasi UMNO-BN dalam pilihanraya waktu itu tidak seteruk yang dihadapinya baru-baru ini, isu penyatuan Melayu-Islam tetap dimanipulasi untuk menutup perpecahan dan permasalahan dalaman yang sedang digeluti UMNO.

Kini, polemik sama mulai dicanang dalam media-media milik UMNO-BN. Laporan tentang pertemuan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dengan Presiden UMNO beberapa hari selepas berakhirnya PRU ke-12 dibesar-besarkan seolah-olah akan wujud satu lagi kejutan politik nasional. Imej PAS mulai dipalit dengan kemungkinan untuk 'mengkhianati' perjuangan yang dilandaskan atas muafakat Pakatan Rakyat.

Penolakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa PAS tidak akan sekali lagi diperdaya oleh muslihat UMNO yang 30 tahun lalu pernah mencabuli kerjasama yang dibina.

Dewan Pemuda PAS melalui ketuanya, Salahuddin Ayub dikhabarkan turut menentang gagasan muzakarah ini. Apa logiknya untuk PAS menerima tawaran UMNO yang kini jelas berada dalam keadaan kelam-kabut dan goyah?

Saya menganggap tindakan politik atas nama penyatuan Melayu-Islam yang dijaja UMNO waktu ini tidak lebih sekadar jerangkap samar untuk memusnahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika 30 tahun lalu, PAS diaibkan dengan hina oleh UMNO, tidak mustahil kali ini UMNO akan melakukan perkara yang sama.

Jangan nanti, PAS menjadi ibarat melepaskan anjing tersepit, dan kemudian anjing yang dilepaskan itu bertindak ganas dengan membaham dan menggigit tangan orang yang melepaskannya!

12 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
perkara yang dah lepas kita jadikan sebagai panduan.muzharah tu pun dah dibatalkan.senang cerita sebab dah tak payah nak berdolak dalik lagi.

tapi cuma ada sedikit kemusyikilan.saya kurang pasti tapi rasanya PAS sebelum ini(tidak ingat bila) pernah mempelawa UMNO untuk bermuzkharah beberap kali dengan UMNO tapi telah ditolak oleh UMNO.jadi mengapa PAS mempelawa untuk bermuzhakarah? dan kenapa pula UMNO menolak?

UMNO pernah "kick" PAS dari UMNO seperti yang didakwa PAS dan UMNO juga penah diserang serang secara peribadi (mengkafirkan ahli UMNO,menuduh Dr M menonton cerita lucah bersama cucunya,menggelar ahli umno sebagai orang utan.itu antara yang saya ingat.).

jadi masih wujudkah perasaan dendam antara satu sama lain?
Tanpa Nama berkata…
Parti keadilan Rakyat & Dap hanya memperjuangkan kesamarataan atau lebih jelas..malaysia for malaysian.
Keadaan kerajaan yang agak goyah sekarang ini memberikan peluang utk Pas-Umno membetulkan keadaan untuk kepentingan orang melayu dan agama islam yang suci
Tanpa Nama berkata…
Rasanya pasal yang kata muzakarah tu dibesar2kan adalah punca dari ahli politik sendiri yang sengaja memburuk2kan UMNO. Kenapa perlu bersikap negatif terhadap perkara begini, ia mungkin memberi manfaat yang besar dalam penyatuan. Tetapi ada pihak yang memutarkan cerita memberi gambaran yang UMNO ingin memecah belahkan PAS.
Tanpa Nama berkata…
Ini perkara biasalah, kalau orang tak sokong UMNO, baru kata melayu sudah tidak maufakat, bila UMNO menang banyak, melayu bersatulah. Haprak sungguh UMNO nie.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Tanpa Nama berkata…
anwar buat hal dah...die panggil diplomat cakap die tak l;iwat saiful....hari ni..org asing termasuk amerika nak tentukan undang2 negara...
Tanpa Nama berkata…
saja singgah sini, baca2 ape orang macam awak ni tulis. orang luar macam saya jauh dari cerita yang jelas, dan awak antara orang2 yang rapat dan jelas dengan hal2 yg berlaku sekarang ni mungkin memberi sedikit pemahaman kepada kami untuk menilai. biasa kawan saya si syafiq@sengal cerita sikit2. Huiiiih.. seriousnye bahasa saya ni. salam kenal. peace no war!hehehehe
Tanpa Nama berkata…
Anwar2..memang suka sangt dia buat hal kecoh2 ni. Ni sekarang menyalak minta bantuan dari US pulak. Boneka2..
Tanpa Nama berkata…
Anwar2..memang suka sangt dia buat hal kecoh2 ni. Ni sekarang menyalak minta bantuan dari US pulak. Boneka2..
Syahir berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syahir berkata…
Hahaha! PAS kena main dan kena tipu ngan UMNO 30 tahun lalu? Atau sebenarnya PAS menipu dan munafik dalam perjanjiannya dengan UMNO semasa sebelum masuk BN tahun 70an? Kenapa PAS buka cawangan PAS di kawasan UMNO? PAS masa tu tak hormati perjanjiannya dengan UMNO.

Sejak 1946 UMNO memang jadi ejen penyatuan orang Melayu di seluruh negara. Dalam konteks sekarang, hanya UMNO dan PAS yang relevan. PKR ni sat gitu sat gini saja. Okay, aku akui UMNO ni sombong! Masa menang 2004 mereka angkuh, sombong, bongkak, riak kononnya mereka kuat. Mereka lupa rakyat dan lupa Melayu dan Islam. Tapi bila kalah teruk masa PR-12 yang lalu, baru mereka pikir nak bermuzakarah dengan PAS!

Tapi aku lihat dari perspektif yang positif. Keputusan UMNO dan PAS sekarang untuk muzakarah sememangnya dinantikan! PAS dan UMNO sudah lama berbalah. Sedangkan mereka Melayu. Jika PAS tu rasional, mereka perlu memaafkan kesalahan UMNO yang sombong sebelum ini semasa era Abdullah sejak 2004.

Apa salahnya bermuzakarah. dua-dua parti untung! Melayu dan Islam akan terpelihara. Tidak seperti DAP yang terang-terang membangsatkan maruah orang Melayu dan Islam. PKR pula flip flop. Terlalu liberal.

Konklusinya, PAS keluar Pakatan Rakyat dan mari masuk BN bersatu demi Islam, Melayu dan Tanah Air. PAS dah lama kena main dengan DAP dan PKR. PAS tolak perjuangan Negara Islam sejak 2005. Apa ni negara kebajikan? Stick with Islam lah!

Perpaduan orang Melayu & Bumiputra adalah teras perpaduan Malaysia. Kuatnya orang Melayu, maka masyarakat Cina dan India akan hormati kita seperti zaman sebelum Abdullah. faktor keamanan negara bergantung pada perpaduan Melayu. Melayu lemah, Malaysia porak peranda.

HIDOP UMNO DAN PAS!

Kearah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Islam Bersatu (PKMIB):-)
Tanpa Nama berkata…
aku benci dap,tgklaa sekarang di kl/selangor...memang naik kepala..bangsat betul..atas nama ketuanan rakyat laaa konon..hakktuih
Tanpa Nama berkata…
sebagai anak melayu
aku pn BENCI UMNO..!!!!!!!
pembela bangsa melayu konon !!!
pi rahhh..!!!!
umno hanya meLAYUkn bangsa melayu..
tgk la apa dh jd dgn bangsa melayu??? LAYUUUU....!!!!
melayu diperbodohkan oleh umno selama ni.
melayu jd LAYU..
umno bw pembangunan??? cis..!!!
dh jd tanggungjawab kerajaan membangunkan negara.itu semua kerajaan dlm dunia ni buat...!!
TAPI.....
setiap pembangunan yg umno/bn buat ada maksud yg tersirat la ngok.setiap kelulusan yg diberi ada rasuah(dlm umno disebut komisyen) yg diberi.tender2 n kontrak2 smua dpt kt kaum kerabat n kroni2 dorg.ko igt pembahgian tender n kontrak tu dibuat secara telus n adil???
contah yg terbaru psl rebet minyak ni,knp pos malaysia yg diberi kontrak tu???kenapa pemberian rebet tu x diuruskan n diberikan melalui jpj??
padahal jpj yg mngeluarkan roadtax,bukan pos malaysia.bg la jpj yg uruskn hal tu.jimat kos,jimat duit rakyat.
sebab musababnya pos malaysia diarahkan mnjalankan urusan ni adalah kerana pos malaysia ni anak paklah yg punya ngok.bila kerajaan salurkn duit yg berjuta tu dlm akaun pos malaysia,duit tu akan berganda.mcm ko simpan duit kt bank la.ko igt bank simpan mcm tu je duit ko????ko x blajar ke kt skolah dulu???
lg pun kos nk jlnkn pemberian rebet ni ko igt murah ke?
paklah bayar berjuta kt anak dia..
benda2 mcm ni dh berpuluh tahun umno/bn buat.rakyat terutamanya org melayu jer yg xsedar penyelewengan n penipuan KERAjaan umno/bn ni.
tambah lg bangsa melayu ni,setia xbertempat.dh mcm2 jenis pnyelewengan yg umno buat,tp masih tetap pangkah parti korupsi ni.terimalah kenyataan yg umno skrg penuh dgn dosa n bkn spt umno yg memperjuangkn kemerdekaan dl.apa yg umno skrg juangkn adalh nafsu,kekayaan,kemewahan,kekuasaan n kesenangan hidup diri sendiri..
org melayu masih byk yg hidup susah dibumi sndr..
yg senang hanyalah 2 3 kerat yg dh tentunya org itu adlh mereka yg mempunyanyi nama dlm umno.

aku nk tnya la korang2 yg bencikan PAKATAN RAKYAT ni..
atas sebab apa korang bencikan pakatan ni?
apa yg korang tengok n apa yg korang dengar?
dr mn korang dpt berita2 tu?
kalau semua tu korang dapat dr media2 perdana yg semua org tau itu adalah media umno/bn,memang sah lah korang ni diputar belitkan oleh media2 ni..
tuhan kurniakan kita akal,yg membuatkan kita berbeza dgn haiwan.so korang gunakanlah akal fikiran tu,jgnlah main terima n percaya bulat2 apa yg diperdendangkan oleh media2 pro umno/bn ni yg xpernah adil dlm mmberi liputan n berita.
ada byk media alternatif yg lebih adil n jujur dlm mnyampaikan berita.



dari huzaifahibnuyaman
Terbaru Lebih lama