Akhirnya saya berkesempatan juga untuk menonton filem The Dark Knight, sekuel filem Batman Begins. Nyata, teman-teman tidak berbohong! Filem ini saya kira antara yang terbaik sepanjang tahun 2008. Durasi selama lebih dua jam cukup mengujakan.
Saya turut selesai menghabiskan bacaan buku Keganasan, Penipuan & Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah, tulisan Hishamuddin Rais yang saya beli lebih tiga bulan yang lalu. Koleksi penulisan Isham ini sebetulnya telah saya ikuti menerusi kolum beliau di laman Malaysia Today, Dari Jelebu.
Saya juga habis mengulang baca Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi tulisan Fathi Aris Omar. Saya kira suntikan dari penulisan Fathi Aris cukup menyegarkan dalam membangkitkan kembali ghairah 'reformasi' yang bakal melangkau usia 10 tahun menjelang 2 September ini.
Esok, saya akan memulakan bacaan buku The Argumentative Indian karangan intelektual India, Amartya Sen sambil menyudahkan novel A Thousand Splendid Suns oleh Khaled Hosseini.
Buku-buku ini perlu saya percepatkan bacaan kerana selepas ini mungkin akan mulai sibuk untuk persiapan ke Permatang Pauh!
www.khairolkhalid.wordpress.com
Jangan lalai dengan kerja2 lapangan semata..kena sediakan masa untuk muhasabah untuk mengkayakan dan menstrukturkan sikap dan pandangan.
Juga jangan lalai dengan buku semata2 tanpa mahu bergelut merealitikannya..
insyaAllah jika tiada aral, aku akan ke Permatang Pauh.
baca buku penulis2 tersohor..nanti harap najwan kupas buku2 yg najwan baca.
saya pun ingat akan blk mengundi..harap berjumpa di Permatang Pauh..
batman? joker? harvey dent?
joker...hero golongan bawahan iaitu rakyat...