Semalam, saya telah ditemubual oleh laman portal berita Malaysiakini berhubung dengan sebuah artikel yang disiarkan di laman web Malaysian Insider berkenaan dengan desas-desus tindakan yang bakal diambil oleh pihak pemerintah bagi mengekang pengaruh laman-laman blog terutamanya selepas kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Mac lalu.
Saya menjangkakan adalah tidak mustahil seandainya pihak pemerintah bertindak sehingga ke peringkat menggubal akta khas berbentuk kawalan yang bakal berperanan sebagai pemantau kepada sebarang salahlaku dalam penulisan blog. Pun begitu, saya tidak menafikan kesanggupan pemerintah menggunakan akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan juga Akta Hasutan dalam mengekang para penulis blog dari bersuara.
Jika dilihat dari sudut yang lebih positif, tindakan pemerintah dalam memantau dan menguatkuasakan garis panduan pengendalian blog akan sedikit sebanyak memaksa para penulis blog agar lebih bertanggungjawab dalam sebarang laporan yang disiarkan.
Saya tegaskan bahawa rata-rata penulis blog yang sering menjadi sasaran ialah mereka yang lazimnya mengulas persoalan politik nasional. Teman saya Nathaniel Tan, pernah ditahan di bawah OSA tahun lalu kerana dikatakan memiliki dokumen rahsia melibatkan skandal seorang timbalan menteri walhal penahanan tersebut sebenarnya hanya kerana tersiarnya ulasan dari seorang pembaca yang mendakwa dirinya memiliki dokumen rahsia tersebut.
Sekiranya pemerintah serius dalam melaksanakan beberapa tindakan kawalan terhadap para penulis blog, maka ianya dapat saya sifatkan sebagai salah satu bentuk ugutan secara tidak langsung terhadap kebebasan bersuara. Pihak pemerintah seharusnya bijak memanfaatkan aplikasi internet secara optimum dalam berdepan dengan cabaran dari para penulis blog mutakhir ini.
Langkah mengawal dan mengekang kebebasan para penulis blog saya kira tidak akan berjaya seandainya ia dibuat atas motif politik dan sekadar untuk menjaga kepentingan beberapa pihak. Apa pun, penulis-penulis blog sewajarnya menjadikan ini sebagai satu cabaran dalam usaha untuk memperbaiki dan menjadi lebih bertanggungjawab melalui penulisan di blog masing-masing.
Is this what we call it democracy? To me this is not democracy this is anarchist! The same practice done by Al-Marhum Saddam Hussain while he was in power in Iraq. We are taught to be a Mr Yes Man rather than exploring in depth what is going on around us. Quit being a Mr Yes Man. Wake up Malaysian!
no more freedom of writing in Malaysia...
no more freedom of spreading news in Malaysia...
Happy Malaysia 51 Independents Day
...Jalan yang baik selalunya mendapat rahmat.
Teruskan perjuangan dlm dunia blog.