Diskusi Buku Syed Naquib Al-Attas

Tim usrah Jalan Terasek mulai berdiskusi semalam. Berguru dan berkongsi ilmu dengan Khalid Jaafar saya kira sesuatu yang cukup mengasyikkan.

Sesi pertama semalam membincangkan karya Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin. Teks akademik ini menghurai secara terperinci berkenaan cabaran serta permasalahan yang membelenggu umat Islam zaman ini serta turut mengutarakan beberapa penyelesaian dari sudut pandang pemikiran tradisionalis.

Khalid Jaafar antara lain menghuraikan kronologi serta susur galur tradisi intelektual umat Islam khususnya di Malaysia, legasi Kaum Muda yang berkembang pesat di Perlis serta persoalan bidaah yang acapkali disalahertikan oleh sebahagian umat Islam.

'Ammar Ghazali, penyusun buku Muhammad Abduh: Riwayat Hidup dan Pemikiran membawakan persoalan 'Islam zahir' dan 'Islam batin' serta beberapa contoh peristiwa sepanjang sejarah ketamadunan Islam berkenaan dengan persoalan tersebut. Peperangan, politik serta pergelutan kuasa sesama umat boleh dikatakan sebagai refleksi kepada Islam yang zahir manakala elemen ibadah dan keyakinan spiritual terbatas kepada Islam yang batin.

Sebelum bersurai, Anam mencadangkan agar diskusi ini diadakan setiap minggu namun Izzah secara berseloroh membantah, "Hello brother, I ada kawasan nak kena jaga tau!"

8 Ulasan

Pantherian berkata…
Wah mesti menarik diskusi smlm ya..harap dapat dikongsi untuk manfaat bersama...

Aku begitu mengkagumi dgn ilmu dan pdgn Pak Khalid..terutama posting di blognya..dia umpama gedung ilmu.

Patutnya ahli akademik mcm Pak Khalid ini berada di IPTA msia..untuk memberi syarahan dan kuliah kpd mahasiswa msia...tk gitu kn..
Tanpa Nama berkata…
Di mana letaknya Sambas? haha
Tanpa Nama berkata…
ajaklah sekali.

:)

salam pencerahan
Tanpa Nama berkata…
*cemburu merajai hati* hehe :)
Syahir berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syahir berkata…
Kaum Muda zaman awal Malaya adalah pendokong aliran muda tapi mereka juga terpesong kerana mereka menyanjungi Kamal Atarturk serta mereka kebanyakannya dikatakan adalah pengikut Freemason. Sheikh Muhammad Abduh juga pengikut Freemason.
Tanpa Nama berkata…
Usrah apa mcm ni...bercampur laki perempuan. Pulak tu, dlm tempat tertutup..iaiut di sebuah rumah..Kalu wat kat surau or masjid masih boleh dibenarkan.. Inilah antara usaha-usaha kafir menyemai jiwa orang Islam dengan cara yang tidak sepatutnya.. Last sekali..apa yang dilarang Islam jadi ikutan disebabkan golongan islam yang membawa dakyah kafir.

Allahuakbar
Tanpa Nama berkata…
dulu masa gap belajar agama, gap masih ingat lagi akan satu pesanan penting arwah dato ishak baharom mengenai masalah utama umat setelah kewafatan rasulullah saw. arwah dato ishak baharom menyampaikan satu kuliah selama hampir 4 jam mengupas isu gerakan ar-riddah atau dalam bahasa melayunya gerakan murtad.




tatkala kewafatan rasulullah saw, saidina abu bakar as siddiq telah diuji oleh ALLAH SWT dengan pemurtadan secara besar-besaran oleh puak2 munafikin yang berjaya memainkan isu 'nabi sudah tiada maka bolehlah kita kembali ke agama asal'. justifikasi ini dimainkan dengan begitu agresif sehingga ia sedikit sebanyak telah mengugat akidah hampir separuh umat2 islam mekah dan madinah ketika itu. apatah lagi umat islam yang agak jauh kedudukan georafinya dari pusat pentadbiran islam.




seperti yang kita ketahui saidina abu bakar berjaya mengatasi masalah gerakan ar-riddah ini hingga kebanyakan daripada umat yang hampir tergelincir imannya berjaya dipulihkan.




murtad sentiasa ada dalam sejarah umat islam. pernah didalam sejarah seorang pemerintah kesultanan islam di india telah memperkenalkan AGAMA BARU iaitu DIN ILLAHI iaitu gabungan islam,hindu,kristus dll dan dijadikan satu modul agama baru.




sabtu lepas dog council..err sori bar council telah mengatur satu forum 'PELUK ISLAM' yang membincangkan permaslahan keluarga bekas2 penganut islam bilamana isu penganut islam tersebut meninggal dunia atau bercerai.




tok karut yang berani buat forum ini adalah hajah ambiga iaitu seorang ustazah bertauliah dari penganut protestan islam PKR.




bapak angkat kepada ustazah ambiga ini adalah anwar ibrahim, yang telah memberi lampu hijau untuk seorang anak hindu bermuzakarah tentang islam. BENAR anak indu mengulas tentang islam dan bila anak indu boleh berbicara tentang islam kepetahannya seperti hasbullah awang bercerita tentang bola sepak !




hari jumaat lepas FATHER anwar telah memberi blessing kepada anak hindu ini untuk meneruskan forum tersebut. hari ini zulkifli nordin telah dipertikaikan keislamannya oleh adik kandung kassim ahmad iaitu syed husin ali aka husin sosialis !




zul4kulim telah dihenyak 3 penjuru oleh abuya2 islam protestan dan sumbangan demonstrasi zul4kulim akan dibawa ke mesyuarat GEREJA ISLAM PKR yang akan menyoal siasat kenapa zul4kulim begitu bernafsu untuk memperjuangkan islam.




mengikut father syed husin, zul4kulim akan disoal siasat oleh penyiasat terkenal GEREJA ISLAM PKR iaitu mursyidul am PKR r sivarasa dan hj dr xavier.




begitulah sesatnya akidah zul4kulim hingga terpaksa menanggung dosa hanya kerana mempertahankan pegangan nya.




mungkin zul4kulim diminta oleh majlis gereja islam PKR untuk memohon ampun pada father anwar pada hari ahad nanti di gereja melayu seksyen 16 PJ atau minum sahaja seteguk holy water bagi menyucikan dosa. hallelujah........maka tumbanglah akhirnya satu-satunya hero ISLAM yang tinggal dalam PKR.




hhmmm....lina joy pasti tersenyum tatkala father anwar akhirnya menyebelahi beliau ! kepada pas........teruskanlah kerjasama anda dengan gereja islam PKR kerana permainan politik lebih penting daripada akidah. ya pas benar katamu, undi lebih penting !


Gerakan Anti-PKR
Terbaru Lebih lama