Kebiasaannya, setiap tahun saya sering mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat teman-teman dari Indonesia melalui kiriman SMS. Namun pada tahun ini -- barangkali atas kesibukan mengikuti perkembangan ehwal nasional -- saya jadi lupa.
Empat hari yang lalu, teman-teman dari Indonesia telah meraikan ulangtahun ke-63 kemerdekaan negara mereka. Secara peribadi, saya berkongsi rasa gembira dan bangga. Indonesia bisa diumpamakan sebagai 'abang' buat negara ini.
Amalan demokrasi, semangat kebebasan serta kepelbagaian budaya masyarakat Indonesia seharusnya direnungi oleh kita, warga Malaysia. Meski pun diwarnai dengan pelbagai aliran pemikiran, variasi ras dan fahaman politik, Indonesia kekal sebagai negara nusantara yang memacu perkembangan jamak budaya.
Mudah-mudahan jalinan serumpun yang diwarisi sejak zaman berzaman kekal menghubungkan silaturahmi Malaysia-Indonesia. Selamat Hari Proklamasi Kemerdekaan!
sayang sekali sy tidak terfikir untuk snap laman tersebut sebelum ia diubah. kalau tidak, boleh sebar2kan pembohongan ini.
baru td terdengar berita kat Radio24, DJ tu tersilap baca, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, bila tersedar, baru betulkan ke Pak Lah..siap lah dia..huihu
heeee.....
japgi Malaysia's turn pulak kan... tak berani nak komen apa2 lah.. kang kena tendang dari Malaysia.. hahahaha...
anyway, should I suddenly ter-forget to wish, just wanna wish you the same:
Selamat hari kemerdekaan yang ke-51 *upcoming*!!!