Teori Politik Menjelang 16 September

Cakap-cakap tentang penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan peruntukan Akta Hasutan sedikit meresahkan. Membaca permainan politik di Malaysia ini sebenarnya mudah. Cukup mudah.

Kini heboh tentang kedegilan Majlis Peguam Malaysia berhubung penganjuran forum 'Memeluk Islam' tempoh hari. Politikus profesional mulai memukul canang dengan cadangan agar digunakan ISA bagi menyekat kedegilan peguam-peguam ini.

Jangan lupa, media-media milik pemerintah kini sedang asyik masyuk memainkan sentimen kebangsaan dan kedaulatan Islam sebaik timbul polemik forum ini. Secara kebetulan, proses mensensasikan sentimen ini dibuat menjelang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dijadualkan tidak kurang dua minggu dari sekarang.

Rata-rata penganalisis politik optimis bahawa Anwar Ibrahim bakal mewakili warga Permatang Pauh di Dewan Rakyat. Dr. Mahathir tanpa berselindung turut yakin yang Barisan Nasional akan kecundang.

Seandainya Anwar Ibrahim telah berjaya memasuki Dewan Rakyat, apakah kalian fikir regim Abdullah Badawi hanya akan mendiamkan diri? Abdullah saya kira sudah bangkit dari lenanya yang panjang. Perhatikan tarikh sebutan semula kes liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim yang jatuh pada 10 September. Kata Anwar, beliau akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 16 September.

Sebab itu saya nasihatkan agar kita semua usah terperangkap dalam mainan sentimen yang sengaja diolah media pemerintah untuk membakar emosi rakyat. Jangan biarkan politikus profesional ini mengacah-acah kita dengan ISA dan Akta Hasutan.

Masih ingatkah kalian apa yang terjadi selepas meletusnya Tragedi 13 Mei 1969? Ya, darurat diisytihar dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan Allahyarham Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia waktu itu mengambil alih teraju pentadbiran negara dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri (selepas Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra mengundurkan diri).

Tahukah kalian siapakah Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini? Ya, Mohd Najib Abdul Razak, anak kepada Allahyarham Abdul Razak Hussein. Apakah kalian mahu sejarah zaman MAGERAN berulang semula? Saya pasti jawapannya tidak!

15 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Apa sudah jadi dengan politik Malaysia? Bagaimana pula dengan Pemerintahan dan Pentadbiran Negara masa ini? Apa akan terjadi kepada rakyat kebanyakan?
Ahli-ahli politik pemerintah sekarang ini sibuk dengan kempen pemilihan parti yang penuh dengan korup dan pergaduhan.
RAYAT BINGUNG........
Tanpa Nama berkata…
perancangan mereka memang jahat dan hebat.

tapi kita jangan risau.

perancangan Allah lagi hebat!
(dan bertapa silapnya kita kalau tak berdoa kepadanya!)
Tanpa Nama berkata…
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ANWAR memang kemungkinan besar akan mendapat kerusi di permatang puah. Tapi sekiranya menjadi PM? Mustahil.

Orang ramai sudah tahu akan bahayanya ANWAR sekiranya menjadi PM. Seperti kata komentator di atas, sememangnya rakyat sudah bingung, bingung dan alpa sebab hanyut lena dalam perjuangan PR yang hebat di mulut namun tidak di hati dan badan untuk bertindak.
Syahir berkata…
Sekarang ni bukan soal UMNO atau BN main sentimen ISA atau tidak..ini soal Bar Council yang mainkan isu agama. Apakah UMNO yang mempertahankan Melayu, Islam dan Tanah Air ingin melihat mereka yang rasis sejak zaman dahulu lagi sentiasa bermain sentimen sebegini? Saya sokong Kerajaan untuk kenakan ISA kepada manusia2 laknat dalam Majlis Peguam yang terang2 nak cuba buka isu kontreversi terutamanya berkaitan perundangan Islam. Meskipun Paklah Bangsat tak pertahankan Melayu & Islam, tetapi masih ada pemimpin UMNO yang sedar.

Jangan ingat orang Melayu kebanyakannya tak marah dan gusar. Tetapi tidak menghairankan jika ada orang Melayu liberal yang duduk di bandar rela melihat Islam dan bangsa Melayu dirogol kedaulatan dan maruahnya.

Mujur PAS sedar akan hal ini.

HIDOP MELAYU, ISLAM DAN TANAH AIR!

Negara perlu satu lagi PM yang berani seperti Razak dan Mahathir untuk mempertahankan tanah air ini dari agenda asing dan Neokon Yahudi Zionis!
Tanpa Nama berkata…
Setuju dengan pemudamalaysia,
Memang jika dilihat faktor-faktor yang ada, memang tidak mustahil bagi Anwar untuk menang dalam PRK Permatang Pauh. Tetapi untuk jadi PM, jangan harap.. Memang hancur Malaysia ni jika dibiarkan Anwar menjadi PM...
Tanpa Nama berkata…
Program Bar Council tak pernah dapat publisiti meluas begini dan ia diberikan Permit. Jika tak diberi Permit pun apa salahnya berbincang? Jerit pekik bukan tak boleh, tapi biar jelas apa yang nak dijerit dan dipekik.
Tanpa Nama berkata…
Dear Najwan, first thing first I must say that ur write up is the best so far I have read as opposed to others. What is happening in our country is saddening because the current government is afraid of the dark, yes afraid of the dark because they are afraid of their own shadow that they thought it is Anwar Ibrahim's shadow.

What I can see from here is that if Anwar can create a miracle in Permatang Pauh, why not if he makes a surprise in Putrajaya? Yes, the current government will somehow do everything to stop this man from taking over the country by throwing unacceptable accusation against him but the Rakyats will decide who will rule this once upon a time a glorious nation.

*Sigh*
Tanpa Nama berkata…
Najwan,
Aku amat yakin Pak Lah akan bubarkan parlimen bagi pilihanraya ke 13 ataupun buat ondah, darurat ler jawabnya ...


Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Tanpa Nama berkata…
ANWAR MAKAN DI RESTORAN SALIB?

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/sambutan-hari-jadi-ke-61-anwar-di.html


Restoran Marche barangkali restoran Kristian. Tengok kepada pekerja-pekerjanya wajib memakai pakaian berlogokan 'salib'?. Persekitarannya penuh dengan lambang agama kristian itu.

Barangkali Anwar sekeluarga ingin membayangkan beliau toleransi dengan agama hingga sambutan hari jadinya pun di restoran Kristian.

Tetapi adakah sikap tolenransi ini sekadar bermuka2 atau mengambarkan identiti dirinya yang sebenar.

Imbas kembali selepas keluar penjara, Moktar Hashim, bekas banduan memilih untuk bekerja di Malaysia, walaupun beliau juga bekas pembesar dalam kerajaan Malaysia.

Tetapi Anwar tidak begitu, beliau memilih negara Kristian (UK & Amerika) sebagai tempat cari makan.

Bukan nak persoalkan tempat cari makan Anwar, tetapi sebagai bekas aktivis pejuang Islam banyak lagi negara Islam boleh beliau cari makan seperti Iran, Brunei,Mekah, Madinah, Pakistan dan sebagainya.

Tetapi Anwar memilih Amerika sebuah negara Kristian. Apatah lagi berguru pula dengan orientalis dan mengajar subjek "Muslim & Christian Understanding"

Bercakap soal makan, Anwar selalu menulis dalam blognya beliau sering makan di hotel2 terkenal di Amerika. tidak pernah beliau tulis makan di masjid.

Apatah lagi Anwar dengan bangganya menulis beliau dijemput makan malam di hotel2 terkenal amerika atas jemputan pembesar Kristian dan Yahudi.

Tidak perlu prejudis dengan Anwar dengan menanyakan soalan halalkah makanan Anwar di Hotel2 besar Amerika yang dimiliki oleh bukan Islam dan yang menjemputnya kebanyakan pembesar Yahudi Amerika.

Anwar sendiri tulis beliau dijemput makan malam bersama Cohen, Al Brihgt, Al Gore, Wolfowitz, Gershman dan lain-lain. Mereka semua ini pembesar Yahudi yang boleh minum arak.

Bermakna sambutan harijadi Anwar di restoran Marche sebagian daripada tradisi elitis Anwar di Amerika.

Soal sambutan hari jadi di restoran Kristian, adakah ikut adat Muslim? Ustaz haji, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Nasha, Ustaz Haron Din dan lain2 aktivis gerakan Islam ikut budaya seperti Anwar pamerkan?

Soal perjuangan marhaen yang selalu Anwar sebut dalam ceramah2nya. Beliau sentiasa berjuang untuk rakyat marhaen.

Soalnya rakyat marhean tidak mampu untuk makan di restoran ekslusif seperti di Marche.

Harga makanan di restoran Marche sama dengan harga menumbangkan tiga ekor lembu..

bagi rakyat marhean, dapat tumbangkan 3 ekor lembu dan makan sambil mencangkung atas batang kelapa dengan air suam sudah cukup berpuas hati.

Apatah lagi makan secara beramai-ramai dengan lauk pauk yang hampir sama..

Mungkin rakyat marhaen tak pernah termimpi pun untuk sambut hari jadi di Marche. Mungkin hari jadipun tak pernah disambut!

Kalau ada sambutan pun, rakyat marhaen akan memanggil orang ramai untuk kenduri kesyukuran, panggil ustaz untuk baca doa dan solat hajat untuk panjangkan umur..

itu tradisi orang Melayu dan islam di Malaysia..

tetapi mungkin bukan tradisi Anwar yang sentiasa kelihatan elit di hotel2 dan restoran besar yang hanya dikelilingi oleh kaum elitis..

Itulah sikap sebenar Anwar dari menjadi TPM dan menteri Kewangan, hingga sekarang sebagai pemimpin de facto PKR..

Elitis, mementingkan kroni dan bermewah di hotel serta restoran besar..
Ajie berkata…
Syukur ke hadrat Allah SubhanahuWata'alla Yg Maha Agung!
Setiap insan yg berjihad pd jln yg salah, berbuat fitnah, tohmah, bida'ah, kufur, engkar dan bersekongkol dgn manusia yang kejam serta zalim, maka akan menerima imbalannya CASH KAT DUNIA LG TAKYAH NAK TGU AKHIRAT.
Hendaklah kita selalu berdoa dgn doa nabi yunus a.s. apabila berdepan dgn manusia spt ini @ berbagai musibah :-
“LA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZAALIMIN”
Semoga dgn ini menyedarkan SEMUA INSAN agar kembali ke pangkal jalan sebelum telat dan kualat!!! Amin Ya Rabbal 'Alamin Kun Faya Kun.
Tanpa Nama berkata…
dulu masa gap belajar agama, gap masih ingat lagi akan satu pesanan penting arwah dato ishak baharom mengenai masalah utama umat setelah kewafatan rasulullah saw. arwah dato ishak baharom menyampaikan satu kuliah selama hampir 4 jam mengupas isu gerakan ar-riddah atau dalam bahasa melayunya gerakan murtad.




tatkala kewafatan rasulullah saw, saidina abu bakar as siddiq telah diuji oleh ALLAH SWT dengan pemurtadan secara besar-besaran oleh puak2 munafikin yang berjaya memainkan isu 'nabi sudah tiada maka bolehlah kita kembali ke agama asal'. justifikasi ini dimainkan dengan begitu agresif sehingga ia sedikit sebanyak telah mengugat akidah hampir separuh umat2 islam mekah dan madinah ketika itu. apatah lagi umat islam yang agak jauh kedudukan georafinya dari pusat pentadbiran islam.




seperti yang kita ketahui saidina abu bakar berjaya mengatasi masalah gerakan ar-riddah ini hingga kebanyakan daripada umat yang hampir tergelincir imannya berjaya dipulihkan.




murtad sentiasa ada dalam sejarah umat islam. pernah didalam sejarah seorang pemerintah kesultanan islam di india telah memperkenalkan AGAMA BARU iaitu DIN ILLAHI iaitu gabungan islam,hindu,kristus dll dan dijadikan satu modul agama baru.




sabtu lepas dog council..err sori bar council telah mengatur satu forum 'PELUK ISLAM' yang membincangkan permaslahan keluarga bekas2 penganut islam bilamana isu penganut islam tersebut meninggal dunia atau bercerai.




tok karut yang berani buat forum ini adalah hajah ambiga iaitu seorang ustazah bertauliah dari penganut protestan islam PKR.




bapak angkat kepada ustazah ambiga ini adalah anwar ibrahim, yang telah memberi lampu hijau untuk seorang anak hindu bermuzakarah tentang islam. BENAR anak indu mengulas tentang islam dan bila anak indu boleh berbicara tentang islam kepetahannya seperti hasbullah awang bercerita tentang bola sepak !




hari jumaat lepas FATHER anwar telah memberi blessing kepada anak hindu ini untuk meneruskan forum tersebut. hari ini zulkifli nordin telah dipertikaikan keislamannya oleh adik kandung kassim ahmad iaitu syed husin ali aka husin sosialis !




zul4kulim telah dihenyak 3 penjuru oleh abuya2 islam protestan dan sumbangan demonstrasi zul4kulim akan dibawa ke mesyuarat GEREJA ISLAM PKR yang akan menyoal siasat kenapa zul4kulim begitu bernafsu untuk memperjuangkan islam.




mengikut father syed husin, zul4kulim akan disoal siasat oleh penyiasat terkenal GEREJA ISLAM PKR iaitu mursyidul am PKR r sivarasa dan hj dr xavier.




begitulah sesatnya akidah zul4kulim hingga terpaksa menanggung dosa hanya kerana mempertahankan pegangan nya.




mungkin zul4kulim diminta oleh majlis gereja islam PKR untuk memohon ampun pada father anwar pada hari ahad nanti di gereja melayu seksyen 16 PJ atau minum sahaja seteguk holy water bagi menyucikan dosa. hallelujah........maka tumbanglah akhirnya satu-satunya hero ISLAM yang tinggal dalam PKR.




hhmmm....lina joy pasti tersenyum tatkala father anwar akhirnya menyebelahi beliau ! kepada pas........teruskanlah kerjasama anda dengan gereja islam PKR kerana permainan politik lebih penting daripada akidah. ya pas benar katamu, undi lebih penting !


Gerakan Anti-PKR
Syahir berkata…
Btw, aku berpendapat bahawa Anwar memang ada pasukan perang saraf yang efisien dan bergerak pantas. Tetapi, aku percaya yang Anwar TETAP seorang yang penipu tentang peralihan kuasa yang mitos itu. Hari tu kata Mei, pastu Jun, pastu Sept, pastu mungkin tergendala lak pulak....

Kalu penipuan diulang 10 kali, maka benda tu pun tiba2 wat orang boleh percaya dengan benda palsu.

Anwar memang seorang penipu no 1 jika tak dapat tubuh kerajaan Sept 16 ini. Jika benar ia berlaku, maka aku benar2 tersilap...
Syahir berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
ulasan dipadam...Takut ker??
Takkan laaa komen2 yang naikkan anwar jer tinggal..bacul gile
Syahir berkata…
Anwar tetap seorang penakut jika tidak berani bersumpah mempertahankan kebenaran!

Saiful dah bersumpah, tak perlu berdolak dalih nak kata sumpah tak ikut islam lah apalah...tapi yang penting dia dah bersumpah!

orang persoal Anwar kenapa banyak kona situ sini...? sumpah saja supaya keadaan akan tenteram dan rakyat akan tau anwar bukan seorang peliwat tegar spt yang dituduh!

Saya gesa Anwar pun turut bersumpah jika dia benar!
Terbaru Lebih lama