Menangani Ekonomi Secara Serius

"Kita yakin bahawa kita boleh menghadapi keadaan itu (kemelesetan ekonomi global) walau pun ada perkara yang membimbangkan berkaitan dengan pertumbuhan, tetapi kita yakin kita tidak akan menghadapi keadaan yang buruk berbanding dengan bahagian lain di dunia."
-Najib Razak, 30 September 2008

Saya bukanlah penganut mana-mana mazhab ekonomi baik kapitalisme atau pun sosialisme pun begitu saya merasa aneh tatkala meneliti respon dan kenyataan pimpinan negara terutamanya Menteri Kewangan berhubung perkembangan ekonomi negara akhir-akhir ini.

Umum sedia maklum bahawa ekonomi dunia yang diteraskan kepada sistem pasaran bebas berkiblatkan Amerika Syarikat kini sedang dirundung kemelesetan dan bergerak lembap. Apa yang menjanggalkan ialah ketika mana negara-negara maju lain seperti Jepun, United Kingdom dan Singapura bergelut mempertahankan struktur ekonomi masing-masing, Menteri Kewangan Malaysia tampil secara santai menyatakan bahawa ekonomi Malaysia masih gagah dan utuh.

Saya tidak pasti samada kenyataan menteri lulusan ekonomi ini berlandaskan fakta atau sekadar pemanis mulut untuk menyedapkan hati rakyat, namun apa yang nyata pimpinan kerajaan hari ini kelihatan seolah-olah ambil mudah dan persepsi ini semakin mulai diyakini oleh rakyat.

Semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghabiskan lima jam dalam Dewan Rakyat membahaskan intipati Belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu bulan lalu. Malangnya, kelibat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan langsung tidak kelihatan!

Anwar mengusulkan kepada pihak Menteri Kewangan agar belanjawan baru dibentangkan semula memandangkan belanjawan asal yang dibentangkan bulan lalu kelihatan sudah tidak relevan dan tidak sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa. Harga minyak serta bahan-bahan komoditi lainnya kini menyaksikan kejatuhan. Kini, harga minyak global jatuh di bawah paras USD 100 setong berbanding dengan harga beberapa bulan lalu yang mencecah lebih dari USD 130.

Hujah Anwar saya kira punyai asas. Kerajaan seharusnya mulai serius dalam meletakkan kepentingan terhadap pemulihan ekonomi negara yang semakin hari semakin menyesakkan rakyat terbanyak. Ketika mana seluruh dunia sibuk berdepan dengan kegawatan ekonomi, pimpinan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh ahli-ahli politik UMNO-BN pula kelihatan cukup sibuk dalam urusan politik kepartian masing-masing!

5 Ulasan

Hasbullah Pit berkata…
Catatan ini marahkan saya?

Menangani Masalah ekonomi secara tidak serius tidak boleh kah?
Syahir berkata…
Setuju dgn Dato Seri Anwar Ibrahim. Tetapi mekanisme seterusnya ialah tidak mengapungkan duit RM kita ke pasaran berikutan ekonomi semasa yang boleh menyebabkan spekulasi matawang. CHINA, CHILE sudah mengambil langkah tersebut.

SOKONG RM di peg semula.
r_feev berkata…
Salam,

Hari ini kita dengar puak-puak Mahathirism menyebut bahawa tindakan 'bail out' Malaysia ketika 1997-98 kini menjadi ikutan Amerika hari ini.. Kadangkala saya terfikir, benarkah kita benar-benar telah keluar dari krisis ekonomi 1997-98? Apakah rakyat benar-benar mengecapi kekayaan ekonomi seperti yang diwar-warkan kerajaan.. Sekadar soalan untuk diberi pandangan dari pembaca.

www.qanunfiatdunia.blogspot.com
Tanpa Nama berkata…
kita harapkan yang Malaysia mampu untuk bertahan berdepan dengan krisis ekonomi.lagipun Malaysia pernah 2 kali kalau tak salah saya menghadapi krisis ekonomi yang meruncing.

memang teruk.pengangguran tinggi.ramai yang dibuang kerja.siapa-siapa yang ada kerja ketika kemelut ekonomi eloklah dianggap sebagai rahmat sebab bukan senang untuk dapat kerja.

sekarang ini rasanya belum ada institusi kewangan dinegara kita yang gulung tikar disebabkan apa yang terjadi di US.
iBNuZaCK berkata…
Salam Wan.

Sejak bila Najib lulusan ekonomi? Bukan kah dia tu tak habis mengaji dulu? Pulang ke Malaysia lepas ayahandanya meninggalkan dunia?

Bail-outnya biar bertempat. Dulu bukankah DSAI dan Petronas sendiri yang mahu harga pembelian MISC mengikut analisis bebas antarabangsa. Ini kemudiannya menimbulkan amarah Mahathir yang mahu MISC dibeli mengikut harga yang diletak Mirzan sewenangnya.
Terbaru Lebih lama