Menghadapi Kemelesetan

Meneliti laporan ekonomi global membuatkan saya terbayang akan situasi panik dan kelam kabut yang melanda bursa-bursa saham seluruh dunia hari ini. Harga minyak dilaporkan turun ke paras terendah untuk tahun ini.

Potensi akan berlakunya proses pemberhentian pekerja beramai-ramai oleh syarikat-syarikat yang terjejas teruk tidak mustahil untuk dinafikan. Indeks saham di Bursa Dow Jones khabarnya susut teruk hari ini.

Saya sarankan agar kita semua bersiap-sedia menghadapi kemelesetan. Oh ya, sejumlah RM 5 bilion wang simpanan pekerja -- yang sepatutnya dicarum untuk kegunaan hari tua -- telah digunakan oleh kerajaan untuk membantu sebuah syarikat bernama Valuecap Sdn. Bhd. membeli saham-saham di bawah nilai. Agak aneh pendekatan yang diambil oleh Menteri Kewangan yang baru dalam menangani masalah ekonomi negara ini.

Ambil RM 5 bilion (bukan 50 ribu, bukan juga 50 juta) wang rakyat untuk membantu sebuah syarikat -- yang langsung tidak mempunyai laman web korporat -- membeli saham-saham di bawah nilai tatkala pasaran saham seluruh dunia merudum jatuh!

Apa jaminan Najib Razak dan Nor Mohamed Yakcop bahawa wang sebanyak RM 5 bilion itu akan dipulangkan semula kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebaik sahaja keuntungan diperolehi oleh Valuecap Sdn. Bhd.?

Atau apakah yang akan terjadi seandainya usaha Valuecap Sdn. Bhd. menemui kegagalan? Bagaimana wang sebanyak RM 5 bilion itu akan dikembalikan kepada KWSP?

14 Ulasan

Unknown berkata…
Kalau gagal RM5b akan lesap!
Ikhwan berkata…
kalau gagal, letak jawatan la.
rm5b tu buat turun harga minyak lagi baik, ada gak pekdahnya utk makcik pakcik di kampung.. pendek kata, mat bangla, indon, singaporean pun merasa..
Tanpa Nama berkata…
Yang dulu Nuar Jubor nak amek loan international monetary fund (IMF) bwh bank dunia dulu masa gawat 1998 apa cter? naseb baik tun tak nak amek. kalu amek , jadi sebijik mcm indonesia, nilai rupiah compared to USD turun sehingga 3 kali ganda. Kalu amek, bayangkan apa yang terjadi?

Lupa lak, penulis blog ni time tuh tgh bersunat kot (1998), baru nak melangkah ke alam remaja. mana tau semua nih.

Napa nuar nak imf? time tuh kawan rapat dia paul wolfowitz somebody dalam US. dia kan arkitek perang iraq.

Tup2, nuar jubor bebeas, jadi lak dia presiden bank dunia. so, napa nuar nak sgt amek imf time tuh? supaya dia leh bg mesia tunduk dibawah us dengan wat loan pada imf. penulis blog ni tahu tapi saja nk menyembunyikan fakta..

mcm ni ah kalu penulis blog budak2 hingusan yang tak tahu nak kesat hingus...
Ikhwan berkata…
http://www.youtube.com/watch?v=YgMtu6FAJO0
tgk video ni,
sapa makan garam dulu tak timbul.
sapa sunat dulu tahun 1998 pun tak da kena mengena dalam hal ni.

semua org boleh berfikir. kalau betul anwar buat salah, kenapa tak diberi peluang menjelaskan kepada rakyat?? tak pernah nampak pun anwar keluar tv, cerita kenapa dia pinjam imf..

part mahathir pinjam imf, tak kira plak ek??

makanlah garam tu banyak2, jangan sampai disua gula, tak tahu mcm mana rasanya gula..

jangan eksyen. period.
Tanpa Nama berkata…
Saudara Najwan nampak dangkal sekali dalam hal ini,mungkin ini pertama kali saudara dengar nama syarikat Valuecap Sdn Bhd...Saudara usah bicara panjang jika tidak tahu soal ekonomi dan korporat.Nampak bodoh nanti!!!...
Tanpa Nama berkata…
Alah biasalah tu orang2 UMNO.

Katalah kerajaan tak ambil penyelesaian ambil RM5 billion dari KWSP, sebaliknya Anwar yg cadangkan perkara tu di parlimen. Sudah tentu sekarang ni orang2 UMNO berbuih2 mulut membidas cadangan bodoh Anwar utk ambil RM5 billion dari KWSP.

"Sudah la dulu nak pinjam dari IMF, sekarang dari KWSP pulak. Itulah, kalau Nuar tak tahu-menahu pasal ekonomi, jangan nak buat-buat pandai" kata orang UMNO. Tapi disebabkan RM5 billion ini bukan diambil oleh Anwar, sebaliknya diambil oleh Najib, jadi orang UMNO kata ini tindakan yg betul. Siapa yg bantah, dialah yg bodoh dan belum bersunat.

Macam hal IMF, hanya Anwar saja yg bodoh..Mahathir, Daim & etc tak bodoh.
Bila berjumpa orang Yahudi, Anwar saja yg jadi Yahudi, Mahathir tak jadi Yahudi (ataupun Roman Katolik).
Bila membuat lawatan ke luar negara, Anwar saja yg boros menghabiskan wang rakyat, ahli2 parlimen BN tak habiskan wang rakyat.
Bile bercakap dgn pelabur Amerika, Anwar saja yg bawa masuk ejen Amerika ke Malaysia(mereka akhirnya akan menakluk Malaysia), orang2 UMNO tak bawa masuk ejen Amerika.
Bila ada tuduhan dan skandal, Anwar saja yg perlu masuk lokap dan berulang-alik ke mahkamah, Dato' Seri C4 dan Dato' Seri Raba Bontot tak perlu masuk lokap dan tak perlu masuk mahkamah.
Bila naik kereta Mercedes, Anwar saja yg suka hidup bermewah-mewah (walaupun naik Mercedes pinjam), pemimpin UMNO yg ada Mercedes dan Lamborghini itu biasalah, rezeki mereka.
Najwan Halimi berkata…
Sdr tanpa nama,

Barangkali saya nampak bodoh jika tidak pernah mendengar nama Valuecap Sdn. Bhd.

Oleh yg demikian, apa solusi sdr? Apakah usaha atau ikhtiar sdr utk menghilangkan kebodohan saya?

Boleh sdr justifikasikan langkah kerajaan meminjam dana KWSP bernilai RM 5 bilion tersebut dengan menyalurkannya kpd Valuecap?

Seandainya sdr mampu melakukan demikian, saya rela kelihatan bodoh.

Najwan
Tanpa Nama berkata…
najwan,

ko ni bodoh jugak ye. ko kan keja ngn nik nazmi, takkan think tank ko tak tau kenapa kerajaan buat mcm tuh. Ko dh tau kan, tapi ko saja2 wat tak tau. Mmg perangai ko mcm yahudi. Sama macam idola ko.

perangai ko sebijik mcm Yahudi. Allah dah bagitau dalam Kitab Taurat bahawa akan turun seorang nabi yang terkhir dari kalangan bukan Bani Israel.

Kan sebelum nabi-nabi banyak turun dari kalangan banis Israel. last sekali turun Nabi Muhammad yang bukan di kalangan bani Israel. Mengamuk Yahudi ni. smpai sekarang benci Islam

Lebih kurang mcm anwar lah. Mula2 selesa duk dalam kerajaan. Pastuh kena pecat sebab berjubor. Then mengamuk sampai sekarang nk turunkan kerajaan sekarang. He..he..mcm Yahudi..

Kenapa aku suka guna perkataan berjubor? Sebab Mat Sabu PAS yang bagi nama tuh kat anwar masa mula2 dia kena charge liwat. Napa Mat Sabu panggil dia anwar al-juburi? Masa dalam ABIM, Mat Sabu adalah driver anwar. Jadi, standard la, bler jadi driver, semua aktiviti bos dia tahu. bos pegi mana, cakap apa dalam telefon dsb.

So, tak percaya? Kalu tak, gilah tanya orang2 dalam ABIM atau Mat Sabu sendiri. Najwan kononnya si pnulis politik ni tahu tapi buat2 tak tahu. Yelah, dh mcm Yahudi kan. Matlamat menghalalkan cara
Najwan Halimi berkata…
Sdr daniel,

Terima kasih atas serangan 'ilmiah' saudara.

Oh ya, di mana boleh saya baca kitab Taurat yg sdr nyatakan itu? Perincian sdr ttg perangai dan tingkah laku Yahudi cukup mengagumkan!

Sekali lagi saya nyatakan, seandainya sdr mampu memberi justifikasi ttg langkah kerajaan meminjam dana KWSP bernilai RM 5 bilion tersebut dengan menyalurkannya kpd Valuecap, saya rela kelihatan bodoh.

Najwan
Tanpa Nama berkata…
Haha daniel, kau sebenarnya yg bodoh! nama kau pun nama yahudi, hahahaha!

tak sedar diri, suka hati je kutuk yahudi, padahal nama sendiri pun nama origin yahudi!

kau ni daniel mmg melayu bodoh tk sedar diri! celaka la kau ni daniel, memalukan melayu je! nama je islam tp menulis mcm bukan islam.

cerita hebat bukan main, petik kitab taurat apa semua. kau pernah ke bc kitab taurat ni wahai daniel, yg namanya asal yahudi?
oh aku lupa, mungkin sebab nama yahudi kau tula, kau tahu pasal taurat yek! hahaha!

itula, mengaji tak abis, pastu nak berlagak pandai..poorah!

ptuih! aku nengok, makin kau ckp najwan bodoh, semakin nampak diri kau sndri yg bodoh!!!

daniel daniel... kesian aku tgok perangai budak2 umno bangang ni.
Tanpa Nama berkata…
rakan-rakan, kalau ada masa, baca Quran surah al-Baqarah dari awal sampai habis. baca terjemahan sekali.segala yang daniel ckp tuh ade kat situ.

rq
Tanpa Nama berkata…
apa benda merepek meraban yahudi ke tak yahudi dengan duit kepada valuecap ni...

mudahnya kita cakap saja soal property right:

kalau kita ambil harta org tanpa kerelaannya, beerti kita mencuri..

kerajaan sedang mencuri duit rakyat.

period.
Tanpa Nama berkata…
Orang Islam mengkafirkan org islam yang Lain? Siapa Kita Untuk Mengatakan Orang islam yang lain itu adalah Kafir? Engkau TuHan kah sampai ada Kuasa Untuk Mengkafirkan Orang? Hebat sgt kah amalan dan akhLaK Kita sampai untuk mengkafirkan org islam yang lain...Jaga Mulut Sblm Berkata2..Nanti Badan Pula yang Binasa..Gune akal Bila berbicara..Bukannya perasaan..kata2 melambangkan Peribadi Iman SeseoRang..Orang Yg elok akhlaknya..adalah org yg bersopan santun dalam amarahnya...
Syahir berkata…
Valuecap pada firasat aku, kjaan beli saham under value..sbb kitaran ekonomi ada 7 tahun naik dan 7 tahun turun. Nanti aku pinjamkan buku itu pada kau Najwan. Dalam surah Nabi Yusuf pun ada crita pasal kitaran 7 years up 7 years down.

BTw, buku yang aku nak bagi pinjam ialah tulisan Simon Sim.
Terbaru Lebih lama