Warisan Mahathir

Tatkala beransur meninggalkan majlis rumah terbuka Nurul Izzah Anwar petang semalam, saya dan Amin berbicara ringkas tentang perkembangan politik semasa. Kata Amin, Dr. Mahathir Mohamad berjaya 'membersihkan' dirinya dengan memalitkan Perdana Menteri Abdullah Badawi dengan pelbagai macam label dan kelemahan.

Kini, Abdullah sekadar Perdana Menteri pada nama, walhal segala urusan lebih menampakkan seolah-olah Najib Razak yang mengawalnya. Tentunya, di belakang Najib Razak percaturan direncana oleh Dr. Mahathir.

Kelicikan Dr. Mahathir sebagai seorang 'binatang politik' sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Umum tentu masih ingat bagaimana beliau -- sepuluh tahun lalu -- telah membentuk persepsi negatif di kalangan rakyat tentang Anwar Ibrahim. Anwar digambarkan sebagai seorang oportunis yang bakal menggadaikan maruah negara semata-mata untuk memenuhi impiannya memimpin Malaysia.

Seandainya kita meneliti makalah dan catitan politik nasional sepanjang lebih 20 tahun lalu, adalah cukup mudah untuk membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir merupakan antara individu yang bertanggungjawab membentuk sistem dan institusi di Malaysia sehingga ianya menjadi bejat dan karat. Apa yang menyedihkan, segala kebejatan tersebut kini diwarisi oleh Abdullah Badawi.

Saya tidak akan pernah menafikan jasa Dr. Mahathir dalam menyumbangkan kecerdasannya sebagai seorang pemimpin tatkala menjadi Perdana Menteri namun demikian harus diingat bahawa pada ketika beliau berjaya memacu pembangunan negara ke tahap unggul, akar-akar kemanusiaan, kebebasan dan keadilan dicabut dan dimatikan secara kejam.

Abdullah pula, dalam percubaannya untuk membersihkan warisan bejat peninggalan Dr. Mahathir itu terpaksa membayar dengan harga yang cukup tinggi. Beliau kehilangan kredibilti, reputasi dan akan dikenang sebagai Perdana Menteri paling tidak efisien dalam sejarah Malaysia moden.

Tempoh lima bulan terakhir beliau sebagai Perdana Menteri semestinya tidak mencukupi dalam agendanya untuk melaksanakan beberapa pembaharuan yang selama ini diabaikan. Abdullah sewajarnya memikirkan semula keputusannya untuk menyerahkan teraju kepimpinan kepada Najib Razak. Barangkali Najib perlu dinilai prestasinya melalui tindakan beliau dalam mengatasi kemelut ekonomi negara yang semakin hari kelihatan semakin meruncing.

Saya yakin, seandainya kemelut ekonomi yang sedang dihadapi oleh Malaysia pada masa ini tidak berjaya ditangani dengan cekap, maka Abdullah -- dalam tempoh lima bulan akan datang --- harus mulai memikirkan sesuatu untuk mengatasinya. Mungkin beliau wajar bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh Dr. Mahathir pada 2 September 1998!

9 تعليقات

‏قال غير معرف…
"akar-akar kemanusiaan, kebebasan dan keadilan dicabut dan dimatikan secara kejam"

ko nak bebas mcm mana lagi? nk jadi bebas mcm nuar tuh, sesuka hati perlekeh mahkamah syariah, nak buang hak-hak istimewa melayu, nak buang perkra a153,152 dalam perlembagaan?

kalu tak kerana nuar, kafir2 tak berani nak suarakan hak2 yag boleh menghakis hak2 melayu. nuar suka sgt sebut isu moorthy la, lina joy la. Ko cuba tgk, dpn melayu nuar ckp lain, depan cina kutuk melayu ngn india, dpn india kutuk melayu ngn cina.

pemimpin jenis apa nuar ni?

jawapannya..

pemimpin jenis jubor
‏قال غير معرف…
"akar-akar kemanusiaan, kebebasan dan keadilan dicabut dan dimatikan secara kejam"

ko nak bebas mcm mana lagi? nk jadi bebas mcm nuar tuh, sesuka hati perlekeh mahkamah syariah, nak buang hak-hak istimewa melayu, nak buang perkra a153,152 dalam perlembagaan?

kalu tak kerana nuar, kafir2 tak berani nak suarakan hak2 yag boleh menghakis hak2 melayu. nuar suka sgt sebut isu moorthy la, lina joy la. Ko cuba tgk, dpn melayu nuar ckp lain, depan cina kutuk melayu ngn india, dpn india kutuk melayu ngn cina.

pemimpin jenis apa nuar ni?

jawapannya..

pemimpin jenis jubor
‏قال Yusmir Yusop
Jusoh,kalau marah sangat pun jangan jadi kurang ajar.Hehe.

Jasa Pak Lah tak terkira banyaknya dan paling besar adalah membebaskan 'singa' anwar untuk kembali menggoncang politik tanah air.

Itu yang jarang dikenang.
‏قال غير معرف…
menulis politik- syok sendiri
‏قال غير معرف…
Yuzy,

aku dgr ko rapat dgn btn, siap g langkawi lagi? sekarang duk puji2 anwar lak? dgr kata kat sana banyak aktiviti yang kutuk anwar.

Jgn ko jd mcm saiful. Tak dapat cari makan ngn umno, pegi cari anwar. Last sekali, jadi mcm sekrang. Harap2 ko lepas la degree ko ye.

Bukan apa, ko ni pun jambu gak sbnrya mcm saiful. takut jadi mcm saiful je. Lalang
‏قال Yusmir Yusop
Wah banyak kau tau pasal aku.Pendirian aku pasal anwar jelas.Kalau bab2 cari makan ni,itu rezeki Allah yang bagi.Bukan Nuar bukan Pak Lah.

Aku memang suka jadi lalang.Lebih baik dari jadi pengecut bersembunyi di sebalik nama "kebenaran".
‏قال Syahir
aku tidak sabar untuk Dr.M buat comeback walaupun sbg the hidden power in the shadow!

Mahathir needs to make a comeback. Ya!...Anwar boleh jadi Penasihat Amerika Syarikat skarang sbb mereka dah alami kemelesetan. Khidmat beliau sangat diperlukan.

Mahathir for Malaysia 2020
‏قال غير معرف…
oh tidak, aku menolak pengulangan politik 2 September 1998. itu celaka namanya!

pada aku jasa Tun Mahathir sama besar dengan kecelakaan pada sistem kenegaraan yang dirobeknya - tidak lebih tidak kurang.

tapi dia kekal jenis manusia guna otak tanpa hati, dan pak lah guna hati tak guna otak (pada aku la).

lawak lak aku baca komen jusoh pada anwar - jenis komen orang terdesak main pukui borong kata orang utara.

relaks dan man-man kata org muda.

masalah najib, mahathir, anwar atau pak lah..malah sesiapa saja harus dengan kedaulatan undang2 (baca:rule of law bukan rule by law!).
‏قال Murai Eijal
Akhi Najmi,

Ulasan saudara mengenai Dr Mahathir ada kebenarannya.

Namun ketaksuban pengikut arus PKR melupakan fakta dan mengagungkan imaginasi.

PKR menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.

Begitu jugalah UMNO dengan survival politiknya.

saya merasai pengalaman perjuangan dalam UMNO, PKR malah juga PAS.
DAP sahaja yang belum.

Politik ini tiada yang bersihnya termasuklah PAS mahupun PKR.

DR Mahathir salah seorang pemain genius dalam politik, Jangan saudara lupa...

Saudara juga jangan lupa ramai lagi pro-Mahathir berbanding pro-Anwar dalam UMNO.

Memeranjatkan juga jika saya katakan dalam PAS dan PKR masih lagi terdapat manusia yang masih menjadikan Dr. Mahathir sebagai idola sehinggakan butir kata menyerupai Dr. Mahathir.

Bergelumang dalam politik menyebabkan kita taksub dan lupa akan politik kotor kita sendiri.

::.Bak kata Nabil, lu fikir lah sendiri
أحدث أقدم