Memperkasa Penguasaan Bahasa Melayu

Dalam satu perbualan baru-baru ini, seorang teman membangkitkan isu pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sambil menyifatkannya wajar diteruskan.

Beliau mempertahankan dasar tersebut dengan alasan kesukaran bahasa Melayu untuk menerima (atau mungkin dalam ertikata lain, menyesuaikan) penggunaan istilah atau beberapa terma saintifik yang berasal dari akar bahasa Inggeris.

Mungkin ada kebenarannya pun demikian saya kira asas kenyataan tersebut tidak seharusnya didukung dengan hujahan seringkas itu. Jujurnya, saya amat memahami sentimen teman tersebut - seorang penyanjung Dr. Mahathir Mohamad.

Saya percaya, bahasa sebagai medium atau perantara komunikasi dalam proses pembelajaran merupakan elemen penting dalam pembentukan jatidiri dan penguasaan linguistik seseorang individu. Maka adalah amat mustahak proses pendidikan bahasa itu dimulai dan dipupuk sejak dari peringkat awal pembelajaran formal seseorang.

Anggapan bahawa bahasa Melayu tidak punyai kekuatan untuk mendukung istilah-istilah saintifik yang digunapakai dalam bahasa Inggeris merupakan suatu tanggapan yang tidak berasas sama sekali.

Saya percaya, bahasa Melayu (seperti mana bahasa Indonesia) mampu untuk menyerap dan mengasimilasikan istilah-istilah Inggeris ini dengan sedikit pengubahsuaian dalam proses memudahkan pembelajaran di peringkat sekolah.

Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar peringkat sekolah seharusnya tidak diukur dengan mengajar subjek sains dan matematik dalan bahasa Inggeris semata-mata. Proses ini (baca: pemerkasaan penguasaan bahasa Inggeris) sewajarnya dimulai dengan pemulihan sistem pembelajaran dan pengajaran subjek bahasa Inggeris itu sendiri. Para guru sewajarnya dilatih dan dipersiapkan dengan kemahiran bahasa yang lengkap serta berperanan dalam memupuk kesedaran pelajar akan peri pentingnya penguasaan bahasa Inggeris.

Hal sama sewajarnya turut dilaksanakan dalam konteks pemerkasaan penguasaan bahasa Melayu. Pelajar semestinya dimengertikan tentang kekayaan linguistik nusantara, baik dari alam Melayu mahupun dari gugusan rumpun sekitar (sebagai contoh Indonesia dan Filipina). Seandainya 600 tahun lalu bahasa Melayu telah diangkat dan diiktiraf sebagai lingua franca (bahasa perantaraan) di alam nusantara, maka tidak ada sebab bagi kita (orang-orang Melayu khususnya) untuk terus menganggap bahasa ini tidak mampu bersaing dalam pasaran ilmu global.

Perkembangan teknologi dan sains di Jepun bukanlah atas dasar pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal sama turut berlaku di Jerman. Apa yang mustahak ialah kesedaran individu akan kepentingan sains dan teknologi dalam mengangkat tahap kehidupan manusia.

Maka ilmu dan aplikasi sains seharusnya dimantapkan, dan adalah tidak menjadi isu sekiranya ia dipelajari dalam bahasa apa sekali pun, termasuklah bahasa Melayu!

8 Ulasan

Amin Ahmad berkata…
aku hanya faham tulisan inggeris di bawah tu

Sent via BlackBerry from Maxis

Siot, haha!
Tanpa Nama berkata…
Jika diri ingin maju, kita hendaklah menguasai kedua-dua kemahiran berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris. Sejauh mana kebolehan anda. Saya ingin membaca tulisan anda di dalam bahasa Inggeris pula.
Syahir berkata…
Akum Bro. Sebenarnya perbincangan itu berlaku antara saya dan saudara Najwan. Kebenaran yang diutarakan oleh beliau banyak kebenarannya. Haha! Nasib baik jika topik itu tidak dibicarakan di dalam debat ala parlimen pada PAC PTD tempoh hari. Sudah tentu saya akan dihentam jika tidak prepare.

BM merupakan bahasa agung sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, di mana bahasa kita diangkat sebagai bahasa komunikasi yang utama sehingga di teluk parsi dan arab.

Zaman sekarang, penguasaan bahasa Melayu amat lemah dikalangan anak muda kita. Penguasaan BM dikalangan pemimpin UMNO dan para penyokongnya juga kelakar dan tidak mencerminkan bahawa mereka benar-benar menjunjung BM sebagai wadah perjuangan seperti sebelumnya. Lihat saja website lawak satira politik di www.kpmu.net (Pro Pak Lah) itu.

Begitu juga BM yang digunakan dalam Harian Metro, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Tidak hebat seperti dahulu.

Saya akui penguasaan BM saya pun pada kadar average saja. Saya kagum dengan BM yang dibicarakan oleh penulis seperti Najwan, Afif Fil Qanun Dunia, Pak Khalid, Amir Sari dan juga Anwar Ibrahim yang hebat. Sehinggakan bila membaca tulisan mereka, seolah-olah saya berada dalam situasi yang mereka lalui.

Saya suka esei yang ditulis oleh Najwan dalam siri lawatan beliau di Indonesia baru-baru ini. Di Indonesia mereka amat hebat. Rakyat mereka ramai yang berpelajaran. Cuma, mereka kini dalam proses evolusi untuk memartabatkan bangsa dan bahasa mereka sekarang. Harapan saya agar Susilo melakukan yang terbaik! Ada penganalisis barat mengatakan baru-baru ini, Indonesia bakal menjadi KUASA DUNIA sekiranya proses REFORMASI dalam periode evolusi ini berterusan dan juga Susilo kekal menjadi Presiden.

Saya akan ulas topik ini dengan lebih lanjut di blog saya tentang kenapa BI dijadikan bahasa dalam Matematik dan Sains.

Hidup Mahathir!! :-)!

Syahir, 1/4 Lidahku Mahathir

http://gunungraya.blogspot.com
Tanpa Nama berkata…
bayangkan kalau kerajaan tidak pernah menggunakan bahasa melayu dalam sains dan matematik, ada timbul perkataan ¨kamiran¨, ¨cerakin¨, ¨itlak¨, ¨nisbi¨, dll?

jadi, selepas ini, siapa lagi yang berminat mencipta istilah2 sains dan teknologi dalam bahasa melayu?

mahathir, podahhhhhhhhhh!!!
Tanpa Nama berkata…
mindset yang penting bukan bahasa... bukan politician aje yang nak di kutuk... banyak rakyat jelata biasa yang terukteruk banyak....

yang tak ikut undang2 lalu lintas, yang speeding, yang tak mahu bayar bila di saman.. yang menghairankan, sometimes it is the same person who kutuk corrupt politicians.... sama aje 2 x 5
Tanpa Nama berkata…
Seminar ASASI + Pusat Dialog Peradaban

Tema: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Intelektual dalam Konteks Tamadun Alaf Baru
Pembentang: Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar, Dr. Shaharir Mohamad Zain, Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, Dato’ Dr. Hasan Ahmad, dll
Tarikh: 19 Disember 2008 (Jumaat)
Tempat: Bilek Wawasan, Rumah Tetamu, UM
Penyertaan: Hanya 35 hadhirin (menerusi tiket ASASI), MASUK PERCUMA (Sila mendaftar di sini: http://www.kesturi.net/archives/501)
rastom berkata…
Cuba tanya sama insan di Pulau Duyong yang satu satunya tukang perahu layar tersohor di dunia, apakah beliau pernah belajar Sains dan Matematik di dalam BI? Ini teknologi Melayu! Diiktiraf oleh para pelayar dunia!
Tanpa Nama berkata…
Mujur Mahathir masih sempat melihat projek bahasanya dalam PPSMI. Dia sebenarnya ingin melihat bagaimana rakyat menangani bahasa sendiri.

Nampaknya masih ramai yang tidak tahu untuk perjuangkan bahasa Melayu. Ramai yang sekadar pak turut apa yang beliau lagangkan dulu.

Tetapi masih ramai pejuang bahasa yang tahu berpolitik dalam bahasa nampaknya. Inilah pejuang tulen. Tetap setia dengan bahasa Melayu.
Terbaru Lebih lama