Tentang Cinta

Jatuh cinta itu indah, lebih-lebih lagi sekiranya cinta itu berbalas.

Saya kira bicara tentang cinta ini cukup menarik tatkala melayani malam-malam di sebuah cafe di Jakarta beberapa minggu lalu dengan Amin.

Cinta ini sesuatu yang sukar diramal dan adakalanya payah dimengerti. Saya punyai tanggapan bahawa cinta ini memiliki dimensi maha luas.

Mencintai barangkali lebih baik dari mengharap untuk dicintai. Pengharapan lazimnya akan membawa kecewa andai ianya tak tercapai.

Cinta bukan sekadar mainan hati dan perasaan. Cinta itu perang akal dan suatu seni serba mencabar.

Nah! Cabarlah diri kalian dengan cinta. Kerana akal tak mungkin teruji, emosi takkan berahi dan hati selalu sepi tanpanya.

4 تعليقات

‏قال غير معرف…
Nape Najwan? Takkanlah makwe kau tak cinta kat kau? Ekekeke ...
‏قال r_feev
salam,

Tidak ku ingin bercerita tentang cinta di sini.. baik di simpan sebagai antara tema-tema besar yang sering kita perbahaskan di kala malam di pemukiman bangsar...

Namun aku mengucapkan syabas dan tahniah pada ayat terakhir entri ini.. aku membilang hari untuk memilikinya atau seumpamanya...=)
‏قال Amin Ahmad
haha

cinta boleh membunuh dan memberi nyawa :p
‏قال muqayankabut
Cinta adalah ubat mujarab untuk hati yang berduka lara.
أحدث أقدم