Babad Israel 6

Sepanjang perkahwinan, Yaakub terlalu mencintai Rahil dan seringkali menyisihkan Leah.

Namun, keadilan Tuhan menyempurnakan kewanitaan Leah dengan mengurniakan kepadanya empat orang putera yang diberi nama Ruben, Simeon, Lewi dan Yahuda. Ini mengundang rasa cemburu Rahil.

"Berikanlah aku anak!" Rahil mendesak Yaakub.

Yaakub langsung berang dan memarahi Rahil, "Apakah aku ini Tuhan yang mampu menghalang kau dari hamil?"

Demi memuaskan hatinya, Rahil menyuruh Yaakub menikahi hamba sahaya miliknya yang bernama Bilhah dalam usaha untuk mendapatkan anak. Melalui perkahwinannya dengan Bilhah, Yaakub dikurniakan dengan dua orang putera yang dinamakan Dan dan Naftali. Rahil puas kerana akhirnya beliau turut memiliki anak untuk dibelai dan dimanjai.

Melihatkan keadaan ini, timbul pula rasa cemburu dalam diri Leah. Kegagalannya untuk hamil kembali memaksa dirinya menyuruh agar Yaakub menikahi hamba sahaya miliknya yang bernama Zilpah. Menerusi perkahwinan ini, Yaakub dikurniakan dengan dua orang putera yang dinamakan Gad dan Asher.

Suatu hari -- dalam musim menuai gandum -- tatkala Ruben sedang berjalan-jalan, ditemui akan dia buah mandrake (buah dudaim; seakan-akan kentang atau epal yang berwarna jingga) lalu diserahkan kepada ibunya, Leah. Secara kebetulan, Rahil amat mengidam untuk menikmati buah tersebut lantas mendesak agar Leah memberikan buah itu kepadanya dengan menawarkan harga "semalam bersama Yaakub" sebagai bayaran. Leah bersetuju dan pada malamnya beliau menemui Yaakub menyatakan perjanjiannya dengan Rahil.

Tidak berapa lama kemudian, Leah hamil lagi untuk beberapa kali dan dikurniakan dua orang putera yang diberi nama Isakhar dan Zebulun. Leah turut melahirkan seorang puteri bernama Dina tidak lama selepas itu.

Hasrat Rahil untuk mendapatkan zuriat dari rahimnya sendiri termakbul juga akhirnya. Beliau hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Yusuf.

"Mudah-mudahan Tuhan mengurniakan aku seorang lagi putera," doa Rahil.

5 Ulasan

Its me berkata…
adakah babad itu bab*?
Tanpa Nama berkata…
more please!!
Pantherian berkata…
babad tu kisah atau cerita
Tanpa Nama berkata…
Maaf. Sepatutnya anda harus menyatakan daripada mana sumber atau link tulisan ini diambil. Bukan main cedok dan ciplak sesuka hati, lalu semacam menunjukkan bahawa ini hasil tulisan anda yang asli (original).

Ini tidak beretika namanya...
Najwan Halimi berkata…
Quds,

Saya telah nyatakan dari awal bahawa kisah ini bersumberkan Kitab Perjanjian Lama.

Apa yg saya lakukan hanya mempersembahkan pengkisahan dari dalam Kitab Perjanjian Lama mengikut gaya tersendiri.

Jelas sdr/i sendiri yang tidak mengikuti 'etika' ilmu dgn membaca tanpa bermula dari awal.
Terbaru Lebih lama