Babad Israel

Israel, menurut babad dari Kitab Perjanjian Lama merupakan gelar kepada Yaakub, moyang ketiga Bani Israel mengikut tradisi Yahudi. Bapa beliau ialah Ishaq dan ibunya bernama Rubaikah. Yaakub merupakan cucu kepada Ibrahim dan Sarah.

Menurut riwayat, putera-puteri Yaakub berjumlah 13 orang -- dari empat orang isteri -- yang mana 12 orang putera beliau kemudiannya menjadi pengasas kepada legasi kepuakan Yahudi yang utama. Salah seorang putera beliau -- yang paling kacak -- bernama Yusuf.

Yaakub dilahirkan dengan seorang kembar bernama Esau tatkala Ishaq sudah menjengah usia 60 tahun.

Adalah dikisahkan, sewaktu Rubaikah sedang mengandungkan Yaakub dan Esau, beliau sering mengalami kesakitan dan lazimnya akan berdoa memohon perlindungan dari Tuhan. Ketika mana telah sampai saat bersalin, Esau dilahirkan dahulu, kemudiannya disusuli Yaakub. Menurut riwayat, selepas Esau diperanakkan, Yaakub pula keluar dari rahim ibunya dengan tangannya kelihatan menarik kaki Esau.

Esau -- tatkala kelahiran -- telah mulai mempamerkan sifat fizikal persis lelaki matang dengan bulu dan rambut yang lebat di seluruh badannya. Perwatakan kedua-dua kembar ini nyata sekali berbeda. Esau seorang yang aktif, suka berburu dan gemar melakukan aktiviti lasak manakala Yaakub pula seorang yang tenang dan lebih gemar berehat. Ishaq amat menyayangi Esau kerana ketangkasannya dalam berburu. Yaakub pula cukup dikasihi oleh ibunya, Rubaikah.

Adalah dikisahkan, sewaktu Ibrahim wafat, Yaakub merebus sejenis kacang (seakan-akan dal) untuk dimakan oleh Ishaq sebagai tradisi tanda berkabung atas kewafatan Ibrahim. Sekembalinya dari berburu, Esau yang sedang kelaparan merayu Yaakub agar memberikannya sedikit rebusan kacang tersebut. Yaakub dengan penuh helah meminta Esau menukarkan hak perwarisannya (hak sebagai anak pertama) sebagai ganti kepada rebusan kacang yang dimasaknya. Dalam keadaan terdesak dan tanpa fikir panjang, Esau bersetuju.

3 تعليقات

‏قال Nabil Halimi
Bila sambungannya?
‏قال غير معرف…
Iyalah... Kisah ni tak habis lagi... Panjang lagi ni... Belum lagi sampai bab nak 'relate'kan dengan yahudi sekarang... Bila nak sambung?...
‏قال hakimi mahmud
salam..dari mana anda mengambil kisah ini?wikipedia?kitab perjanjian lama@baru?
yang jelas cara anda bercerita tentang kisah nabi-nabi terselit unsur2 israiliyyat dan salah sama sekali.
menyatakan nabi yaakob menarik kaki kembarnya dan bermuslihat terhadap kembarnya itu salah..!
nabi adalah ma'sum..mana mungkin mereka membuat tipu helah sedemikiaan..
أحدث أقدم