Projek Bina Masjid

Saya masih ingat, dua tahun lalu, pertama kali saya ke Felda Gunung Besout di Perak, menghadhiri majlis perkahwinan saudara Fathi Aris Omar.

Pun demikian, saya sudah lupa berapa banyak majlis perkahwinan yang telah saya hadhiri untuk tahun ini.
Apa yang jelas, teman-teman sepermainan, kawan-kawan sekolah dan rakan-rakan sekuliah semakin ramai yang mengakhiri zaman bujang mereka. Ada juga yang mulai bergelar bapa dan ibu.

Minggu lalu saya ke Kota Bharu, memenuhi undangan perkahwinan seorang teman sekampus. Minggu depan, barangkali ke Taiping pula -- juga untuk memenuhi undangan sama. Dan minggu seterusnya, tetap rutin yang serupa, barangkali sehingga menjelang bulan puasa yang bakal bermula Ogos depan.

Buat semua teman-teman yang kini dan bakal bergelar suami dan isteri, saya mendoakan kebahagiaan berkekalan, insha-Allah.

Dan saya fikir masanya telah tiba buat saya (juga Amin dan Aqil) untuk mulai memikirkannya dengan lebih serius!

2 Ulasan

AliKhan berkata…
Alahammdulilah, baguslah kalau saudara mula memikirkannya,fasa baru dalam kehidupan...dan calun2nya...?ha..ha Sebenarnya hidup berumahtangga memberi kita ketenangan,kebahagian dan kegembiraan terutamanya apabila kita punya cahayamata..asalkan kita menjaga pekara2 yang dituntut dalam sharak.Seperti ayah2 yang lain saya juga punya tiga puteri yang comel, melihat wajah mereka,mendengar celoteh mereka first word,melihat first step mereka misalnya cukup memberi kegembiraan kepada kita.
Saudara Najwa dah pergi kerusus kahwin ke...? kalau belum elok mulakan.Terkenang kembali semasa pergi kerusus kahwin dengan tunang kini isteri tahun 1998 ketika reformasi sedang rancak selepas pulang dari kerusus di Daya Bumi kami akan terus ke Masjid Negara atau Kampung Baru untuk sama2 berdemotrasi dan ia berterusan sehingga isteri saya sedang hamil muda anak pertama, walaupun saya agak risau akan keselamatannya tapi semangat cekal yang ditunjukkan membuat saya kagum.Ungkapan2 seperti "Standby your husband" sambil merujuk kepada kecekalan ibu reformasi Datin Sri Wan Azizah membela suami tercinta dan "Let's Done the Justice even the haven fall"sering menjadi bisikan pembakar semangat dari isteri saya untuk saya terus berjuang( dlm ruanglingkup kemampuan kita ).
Ia..apa yang penting dalam kita mencari calun isteri dan teman hidup adalah keserasian dan memahami perjuangan malah sangat beruntung jika sama2 berjuang dengan kita..saya doakan anda mendapat calun seperti itu..amen..
Ohh..ye apa cite si saiful tu dgn tunangnya bila nak kahwin...tunang Saiful dah tak perlu rusing lagi kerana tiga doctor pakar GH dah check Saifool dan dia terbukti masih Teruna...
white rose berkata…
salam perkenalan...mudah2an saudara dilindungi serta dirahmati ALLAH slalu...insya'ALLAH...

~ustazah dyLLa,
dmana bumi berpijak, disitu aku berdiri...PERAK.
Terbaru Lebih lama