Pegar

"Harapkan pegar, pegar makan padi."

Sekian lama kita terkeliru dengan istilah 'pagar' dalam pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi". Logiknya, apakah pagar boleh memakan padi?

Ini berlaku akibat kesilapan penterjemahan tulisan jawi kepada rumi. Dalam tulisan jawi, kata 'pagar' dan 'pegar' dieja dengan huruf fa-ga-ra.

Pepatah itu sebetulnya adalah "harapkan pegar, pegar makan padi". Pegar adalah spesis burung yang berperanan menghalau haiwan perosak padi.

Dalam bahasa Inggeris, burung pegar dipanggil 'pheasant'. Di Malaysia, ada spesis burung pegar Malaya (Malayan Peacock-Pheasant).

Justeru, penggunaan pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi" adalah kekeliruan yang harus diperbetul -- "harapkan pegar, pegar makan padi".

5 Ulasan

Amar B. berkata…
ooohhhh... thanks.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum wr. wbt

Hal ini juga berlaku kepada beberapa perkataan yang lain:

merbahaya - asalnya ejaan Jawi berbunyi mara bahaya, tetapi ejaan "mim ra" disebut "mer" sedangkan ejaan Jawi lama ia berbunyi "mara". Maka berjejerlah kesalahan sebutan merbahaya, sedangkan dalam Bahasa Melayu tidak ada imbuhan "mer".

merah padam - seharusnya "merah padma" (sejenis ton warna merah). Kesalahan ejaan Jawi lama "pa dal mim" menjadi "padam" dalam transkripsi ke Bahasa Melayu.

Perkataan "korek" dalam peribahasa popular seharusnya dibaca "kurik" - kurik kundi merah saga. "Kurik" adalah bintik2 hitam pada saga yang muda (dipanggil kundi). Apabila biji saga masak, ia akan menjadi merah tua.

Sayang sekali, kita semakin kehilangan perkataan2 Melayu tua yang indah2.

Wassalam.
Tanpa Nama berkata…
Itu adalah peribahasa, beginilah sikap golongan buta kayu dalam Penipu Rakyat, tidak tahu menilai. Selama ini ada burung ke yang diharapkan untuk menjaga padi? Macam ibarat perigi mencari timba, memanglah tidak logik, tapi itu adalah peribahasa saja, kenalah faham.

Penipu Rakyat banyak menipu dan suka merosakkan masyarakat. Bertaubatlah, insaflah.

Blah la, Penipu Rakyat komunis!

PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.
Tanpa Nama berkata…
ni apa caci maki orang yg cuba jelaskan sesuatu perkara.. takde kena mengena dgn politik pon. logik apa dia cakap tu..

aku rasa nak sepak je mamat yg tiba2 taksub berpolitik dalam komen tentang bahasa ni..
Tanpa Nama berkata…
Bahasa Melayu ada ritma (nada sebutan) yang membawa semantik tertentu =
"harapkan pegar" = yang semantiknya bermaksud
"kau nak harapkan pegar...?" ~ Nada musykil ~ hairan ~ pelik ~ mustahil ~

Errkkk...!

Peribahasa ini boleh diritmakan ujarannya sebagai
"kau nak harapkan pegar?, pegar pun makan padi..."
Sememangnya pegar tidak boleh diharap kerana padi makanannya.

Maka pada hemah saya, saya bersetuju penggunaan "PEGAR" dalam peribahasa "harapkan pegar, pegar makan padi".
Terbaru Lebih lama